'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, April 30, 2011

BERPIJAKLAH DI BUMI, BERKATA BIAR BERLAPIK



Bebudok menyelap dan memanoh ikanth yang menyuruk didalap pungkor


Kadang-kadang kita melihat dunia bukan dengan mata hati, tetapi dengan hawa nafsu yang membara serta dengan tamak haloba. Apabila ada pihak mendapat sesuatu, maka kita merasakan bahawa kita juga patut mendapatnya. Namun apabila kita mendapat sesuatu, kita tidak merasakan bahawa apa yang kita dapati itu patut juga didapati oleh orang lain. Demikianlah dunia dalam hati kita.

Sebuah blog menulis mengenai perlombongan. Mengajak semua melombong. Maka nanti semua orang akan melombong besi, melombong emas, melombong timah. Mungkin juga kita ada intan berlian yang boleh dilombong.

Pelawaan itu nampaknya sangat menarik. Bagaikan jujur memberi peluang untuk semua menjadi kaya raya. Namun kadang-kadang kita terlupa bahawa sentiasa ada perangkap yang menunggu kita. Seorang kawan pernah memberitahu bahawa dia sedang cuba membuat permohonan untuk tapak lombong berkenaan. Namun beliau dinasihatkan supaya mendapatkan sokongan dan menyerahkan tugas-tugas berkenaan kepada seorang Yang Berhormat kerana tanpa kerjasamanya adalah sukar untuk mendapat kelulusan.

Kita andaikanlah bahawa ada 100 orang yang mengetahui dimana ada biji-bijih berkenaan serta terpaksa memberitahu dan mendapatkan khidmat nasihat 'serong' dari orang berkenaan, apa akan jadi? Siapakah yang akan mengaut keuntungan berlipat ganda diatas keperihan rakyat jelata?

Tidak lama dulu heboh diperkatakan bahawa orang berkenaan kerap menuruh orang-orang kampong supaya  mengenal-pasti tanah yang kosong dan berpotensi untuk diusahakan kononnya dengan tujuan untuk membantu penduduk kampung, namun setelah pelan tanah diserahkan kepadanya, beliau telah membuat permohonan atas namanya atau kroninya maka tinggallah orang-orang kampung itu berputih mata.

Khabarnya itu adalah antara sebab-sebab mengapa beberapa cawangan UMNO mengusulkan undi tidak percaya kepada seseorang. Jika kerajaan dibawah pimpinan Datuk Najib dan Datuk Adnan ini peka, benamkan lah saja orang ini kerana rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan dan menolak wakil sepertinya. Jangan sampai rakyat terpaksa menolak UMNO dan BN kerana tidak suka kepada calon. Ke macamana?


Kala pemipin ceredik, nye bawok kitaq naek ke bukit. Kala pemipin budo, nye bawok kiteq terejun ke lubok. Aihhh, kerayanth oih!! Kiteq menyelap larh pulork! Jenuh larh kiteq meninguk pungkor, yok?

Monday, April 25, 2011

PENCEMARAN






Masa ni orang dibandar sibuk perjuangkan alam sekitar. Memang alam sekitar kita dan sangat tercemar dengan segala macam bentuk pencemaran. Cemar udaranya, cemar baunya, cemar dengan sampah sarapnya.

Minggu lepas saya balik ke Jerantut dan berjalan-jalan di sekitar Pekan Sari nya. Ketika saya tiba dipenghujung, disuatu sudut, saya melihat sebuah tong sampah besar yang penuh dengan sampah sarap sisa-sisa pepejal dari pasar. Dibawah tong sampah itu mengalir air yang mengeluarkan bau busuk.

Saya juga difahamkan bahawa kawwasan berhampiran akan dimajukan sebagai terminal bas dan teksi. Bermakna ianya akan jadi pusat atau destinasi awal ketibaan pengunjung ke Jerantut, dan ianya bersebelahan dengan Pasar Jerantut. Saya tertanya-tanya, jika inilah keadaanya kelak tanpa ada perubahan, tentu ketibaan pengunjung Jerantut akan disambut dengan pandangan dan bau yang memalukan.

Teringat pada kampong pada zaman dahulu, pada kehidupan zaman dahulu yang sangat sederhana. Kita akan ke sungai kemudian mencebet air didalam bekas yang dinamakan sekoi yang diperbuat dari tempurung kelapa, atau labu air yang dijadikan bekas air. Ketika itu pengunaan bekas yang diperbuat dari tin amat jarang sekali digunakan, apatah lagi bahan dari plastik sangat asing waktu itu.

Pergi ke sekolah atau kemana-mana untuk maksud satu perjalanan jauh, kita akan membungkus makanan dalam bungkusan yang didapati dari alam semulajadi sama ada daun pisang, atau daun terap bahkan upeh pinang yang merupakan bungkusan yang tahan lasak. Segalanya adalah dari bahan semulajadi dan 'biodegradable' (Klik  sini)

Namun kemajuan telah merubah segalanya. Sungai jadi keruh kerana pembalakan yang hyper aktif oleh 'orang itu'. Sampah sarap berupa polystren dan plastik ada dimana-mana sepanjang sungai. Jangan salahkan ikan jika ikan sudah tidak mahu timbul lagi, kerana sebenarnya kebanyakan ikan sudah terpaksa menimbulkan diri kerana tidak tahan dengan pencemaran.

Ikan juga terpaksa beramai-ramai timbulkan diri kerana tidak tahan dengan renjatan letrik, tuba dan racun serta bom oleh seorang orang kuat politik Jerantut yang terkenal dengan pemburuan haramnya.

Memang dunia sudah banyak berubah. Manusia juga sudah banyak berubah. Dallam politik parti UMNO, ada yang sanggup menjual dirinya semasa pemilihan peringkat bahagian dengan memilih orang yang sah dan nyata pembelit dan pemungkor hanya kerana mendapatkan dua tiga ratus ringgit. Mereka mungkin lupa, orang yang sanggup membeli kita dengan duit akan sanggup menjual kita juga demi duit.

Berapa ramaikah para Tok Empat yang terbeli jiwa dan raganya selama ini? Tuhan akan membalas perbuatan mereka yang menjual bangsa  dan negara.

Kita inginkah kehidupan yang tenang dan gembira, namun kita cuba mendapatkannya dengan cara yang buruk dan tidak mesra alam. Jangan salahkan alam jika gunung akan memuntahkan bara apinya nanti.

Hidup di KL ini sudah cukup tercemar. Saya ingin hidup dikampong halaman semula nanti, tetapi apakah kampong halaman masih seperti dulu? Apakah sungai masih jernih sebagaiman masa dulu? masih banyakkah anak-anak ikan badar dan ikan bagoh? Banyakkah lagi siput-siputnya? Berbaloikah lagi jika kita menahan lukah dan tuar?

Dimanakah boleh kita menanam padi huma dan menanam jagung serta labu dan timun tahun? Yang meneroka dan menceronboh tanah secara haram itu bukankah jentera berat yang memusnahkan hutan kita? Siapakah dibelakang segalanya itu?

Cemor! Cemor! Cemor! Hark becakap berdegor-degor, taik lekat celoh gelegor. Patut membangunke masyarakat tapiq mencekek rakyat. Ape nork kateq pasai Felcra Merting tu? Apasal hanay 2-3 urag hajeq urag kapong hark yang dapart? Terima kasih larh Tok Pengulu, kume doakan ong akan menerima balasa apa yang ong lakukan. Yang Bernurmat pun same jugeq, yok?

Saturday, April 23, 2011

BLOG BUKAN HANYA SEKADAR LUAHAN FIKIRAN, BAHKAN KESELURUHAN MINDA SI PENULIS


Global ~ Globalisasi - apa kita benar-benar faham maknanya?


Terakhir saya menulis tentang Penulis Upahan. Itu adalah cerita realiti kehidupan pada satu zaman tidak lama dulu. Ketika itu menulis adalah satu profession yang boleh dibanggakan biarpun tidak mampu memiliki kehidupan yang baik kerana menulis.

Saya juga kaitkan dengan penulisan blog masa kini, dimana hasil tulisan seseorang itu akan lebih mudah dibaca dan tersebar meluas selaras dengan zaman atau era globalisasi. Saya juga menyatakan bahawa ada sesetengan blogger dapat meraih kehidupan lebih sempurna dengan menulis diblog-blog, Alhamdulillah! Allah memberikan mereka rezeki secara demikian.

Apapun yang kita tulis akan mencerminkan apa yang ada didalam hati dan fikiran kita. Kerana itulah apabila kita membaca buku yang berbeza kita akan merasai pengalaman yang berbeza pula. Selain dari cara penulisan yang berlainan, idea dan fikiran yang berlainan juga akan kita rasai. Penulis itu berbeza-beza, penulisan mereka berbeza-beza,  jiwa dan minda mereka berbeza-beza juga.

Tidak dapat kita nafikan bahawa lebih banyak kita membaca tulisan seseorang itu maka kita akan lebih banyak memahami jiwa dan minda penulis berkenaan. Sepertimana juga dengan banyaknya mendengar kata-kata dari seseorang maka kita akan lebih banyak dapat menilai apa dalam hati dan apa dalam minda mereka. Boleh juga kita katakan bahawa pertuturan dan penulisan akan mencermin peribadi dan minda. Kita akan dapat secara langsung menilai setakat mana kebijaksanaan seseorang itu melalui apa yang disampaikannya dari tulisan dan pertuturan.

Justeru, apa yang tertulis didalm blog dan cara penyampaian serta penulisan juga akan mampu memberikan darjat seseorang penulis itu. Apakah sesuai dianya digambarkan sebagai seseorang yang berkelulusan dari IPT luar negara atau hanya sijil yang dibelinya dari kaki lima.

Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut sudah lama tidak dikemaskinikan, beberapa blog lain pun demikian. Namun sesekali elok juga melihat segala blog-blog yang dilinkkan diblog Unit Media Baru Jerantut kerana tentuanya ada sesuatu yang menarik disana.

SPU, UMB-J dan lain-lain blog lagi patut diaktifkan semula. Seandainya blog-blog berkenaan ibaratkan polong yang tidak bertuan, maka polong-polong itu harus mencari tuan barunya atau tuan baru harus mencari polong-polong itu - baru hangat politik dan dunia blog Jerantut.

Aaaa, baca blog ini dan nilaikan sendiri ditahap antarabangsa atau globalisasilkah atau hanya setakat apakah? Klik ke blog  Aku Seorang Pejuang. Hehehe! Bandingkan dengan yang ini: Klik  atau  Ini.


Adeq surag urag beso hark yang adeq belog memaki-hamun ke akuq, tapi dieq saloh urag. Dieq ingat dieq ceredek tapi dieq buktikan dieq tamboh budo. Natiq akuq akan sior kan ape dieq tules bio dimeq tau. Tapiq, dieq dorh tork ade harapan dorh, mulek amat larh dieq kurek lubang ontok diriq seniriq, hehe

Tuesday, April 19, 2011

PENULIS UPAHAN



1. Dulu, di zaman ramai masyarakat yang buta huruf, peranan jurutulis upahan sangatlah pentng. Merekalah harapan bagi orang-orang kampong dalah berurusan dengan pihak kerajaan, sama ada surat menyurat resmi serta mengisi borang-borang tertentu.

Bukan asing pada zaman itu bagi kita melihat 'tukang tulis' ini berbekalkan sebuah mesin taip, tanpa ada pejabat dan hanya ada sebuah meja dibawah payung dilokasi yang strategik iaitu berhampiran pejabat-pejabat kerajaan.

Peranan mereka sangat diperlukan, dihargai dan sangat penting dalam masyarakat zaman itu. Masa berubah, buta huruf sudah dapat dibasmi dan dalam masa sama peranan mereka dikala ini sudah tidak diperlukan lagi.


2. Kala ini, hampir semua orang sudah celik huruf, namun tidak kurang juga yang masih 'buta IT'. Blog, facebook serta twitter memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat kini sebagai media sosial. Buta IT sama juga dengan buta hati. Bagi yang masih buta IT atau kekurangan waktu, mereka boleh menggunakan khidmat penulis upahan bagi mewakili diri mereka serta mengurustadbir bagi pihak mereka.

Kerana itulah ada penulis upahan seperti itu boleh mendapat kehidupan yang lumayan hasil usaha dari penulisannya, Rocky Bru, Kickdefella, Sang Kelembai, ParpuKari, Gomo, semuanya tentang $$$$$$$$.


3. Semua boleh menulis tetapi tak semua pandai menulis. Blog kita di Jerantut ini hanya taraf blog kelas 3. Menulis isu dan dengan cara 'meraban' saja. Baca blog Dunia Sama Rasa serta Dunia Sama Rata, sudah tentu tidak mampu mencapai taraf nasional. Blog adalah cermin fikiran seseorang, kita akan dapat menilai tahap fikiran melalui penulisan.


4. Selain blog boleh ditulis oleh seseorang bagi mewakili kita, blog juga boleh berpindah milik. Bukan asing bila sesuatu blog dibayar bagi menghentikan penulisannya yang tidak memihak kepada orang-orang tertentu. Blog juga boleh dibina supaya menulis untuk menyokong kita. KJ juga melakukan ini. Dalam pilihan raya Sarawak, khabarnya ramai blogger yang dibayar oleh kedua-dua pihak bagi menjalankan tugas siber trooper - pejuangan dimaya. Wajarkah?


Aihh Oihhh! Berapeq bulih kita bayor ke WZWH menuleh pasai leboh madu gered A bertaraf antara bangsa? tentu mahai yok? Nasib baik larh dieq ade Dupork hark yang kaye rayeq.

Friday, April 15, 2011

KEJUTAN BUDAYA IT .......






Ketika masyarakat diluar sibuk dan sudah menguasai IT serta media sosial, kita masih termangu-mangu dan menolak kepercayaan bahawa media sosial memainkan peranan dalam kehidupan dewasa ini termasuklah dalam mengimbangi pengaruh politik tanah air.

Kita tidak boleh menyalahkan komuniti di Jerantut dan Lembah Tembeling ini kerana kegagalan kita menerima media sosial ini lebih awal kerana kegagalan yang sama juga dialami oleh pemimpin negara, Tun Abdullah yang telah mengakibatkan kehilangan banyak pengaruh politik BN sebagai kerajaan memerintah.

Ramai pemimpin dan tokoh-tokoh politik menganggap media sosial (Blog, Facebook dan sebagainya) tidak berpengaruh dalam masyarakat. Kerana itulah KJ pernah dahulu melabelkan bloggers sebagai beruk, namun akhirnya telah mengupah 'beruk-beruk' untuk menulis bog bagi pihaknya. KJ sangat sinonim dengan perkataan 'beruk' sehingga jika kita membuat carian di google dengan menulis perkataan 'beruk' kita jangan terkejut apabila kita menemui Khairi Jamaluddin disitu.

Walaupun lewat, akhirnya Jerantut (pemimpin politiknya) juga mengakui bahawa besarnya peranan blog, facebook dan sebagainya dalam media sosial ( UMNO memanggilnya media baru, namun media sosial lebih tepat pada maknanya). Kerana itu pada suatu waktu tidak lama dahulu ujud beberapa blog bagi membawa pandangan dan suara pihak dan individu tertentu.

Sila klik beberapa blog seperti yang tersenarai didalam blog Suara Prihatin UMNO Jerantut:
dan banyak lagi.

Kegagalan pemimpin di bahagian Jerantut menguasai media sosial ini kelak akan memberikan kesan buruk kepada politik mereka sendiri serta parti. Tidak lama dahulu, ada seseorang (bekas pemimpin) sudah berjaya mendekatkan diri dan menguasai media sosial ini dan mengawalnya, namun tidak kekal lama. Kenapa tiada usaha untuk melakukan demikian sekali lagi oleh pemimpin yang ada? Apakah mereka merasa bahawa mereka mampu berdiri tanpa jaringan sosial?

Malang sungguh jika kita masih berfikiran kolot demikian. Jangan ulangi kesilapan seperti yang Tun Abdullah pernah lakukan dahulu dengan mengasingkan diri dari media baru. Janganlah kerana tidak pandai menari maka dikatakan lantai yang tinggi rendah. Janganlah kerana kita yang buta IT maka kita menyalahkan IT itu serta menganggap IT itu tidak penting sama sekali. Berubahlah! PRU13 semakin hampir, saya juga tidak ingin melihat BN gagal kerana kebodohan kita menterjemahan peranan media sosial sekali lagi.

Seseorang pemimpin UMNO mesti berani untuk tampil kehadapan dan seterusnya mempimpin media sosial di Jerantut ini.....menjuarai media sosial....media rakyat. Siapakah yang berani kehadapan? Media sosial adalah senjata, jika tidak mampu dikawal mungkin ianya mampu membunuh kita.


Urag drrulug Temeling pon dorh membaca dan bulih menuleh belog. Dimeq jugeq dorh adeq facebook dorh oih! Jangan ingat dimeq budo lagiq macam duluq. Nork memungkor payorh amart dorh, tork macam jaman ariq duluq! Hehehe! Memungkor bulih hanyeq sekaliq dalap idup, tork bulih nork memungkor setiap kaliq sepanjang idup! Ape dimeq nork kateq?

Wednesday, April 13, 2011

TEMBELING MAN, PERAK MAN...AISEH MEN..


Pic of The Tembeling Man..Aisehman!


WZWH menulis mengenai Tembeling Man (Sini).  Saya teringat pula tentang Perak Man (Sini)  Komdian WZWH menulis tentang 'Beraja di mata dan bersultan di hati'.....komdian pula melupakan Loji Nuklear yang dicadangkannya. Nampaknya pendiriannya kurang tetap atau dalam kata lain ada kecelaruan fikiran pada WZWH.

UD pernah menulis dan mengumpamakan WZWH dengan 'Septik Tank' sebagai kotak fikiran WZWH yang kurang layak jadi 'Think Tank' kepada 'Yang Berhormat'nya. WZWH cuba datang dengan idea hebat, melampau zaman ini dan bahkan melampau fikiran manusia..kerana itulah dia mencadangkan projek Lebah Madu Tualang yang akhirnya kelihatan tidak logik dan sangat kelakar (Sini).

Selalunya WZWH boleh tahan dengan provoke dari UD namun pada satu ketika dia juga gagal bertahan bila UD umpamakan dia sebagai seorang budak yang lari dikejar ayam (Sini) Hehehe! Maka WZWH pun menunjukkan wajah sebenarnya yang mudah marah...

Apapun, sesuat patut dilakukan untuk mengaktifkan semula blog SPU kerana blog berkenaan merupakan rujukan kepada blog-blog lain di Jerantut ini, tanpa SPU dunia maya Jerantut tidak lagi akan ceria:

Tuesday, April 12, 2011

KETURUNAN BENDAHARA....BERAJA DIMATA......


Foto dari blog Cawan Tembaga (Klik)


1. Setuju dengan pandangan WZWH bahawa kebelakangan ini blog-blog di Jerantut sudah kurang kesannya kepada media sosial. Beberapa blog memang akan terus mendiamkan diri untuk selamanya manakala ada yang juga turut hilang hasrat untuk menulis atas sebab-sebar tersendiri.

WZWH tentu sangat mengetahui blog-blog tertentu milik sesiapa kerana hubungannya yang akrab dengan bloggers tunggak Jerantut suatu ketika dahulu. Memang kebelakangan nampak bloggers bagaikan anak ayam kehilangan induknya, namun kenyataan WZWH bahawa dia bagaikan boleh 'beraja dimata dan bersultan dihati' di alam siber Jerantut adalah kenyataan melulu yang akan menikam dirinya sendiri.

Saya tidak ada langsung rasa hormat kepada WZWH sama ada sebagai blogger atau sebagai 'tuan penasihat 20 persen' kepada ADUN Tahan kerana bagi kedua-duanya itu beliau tetap gagal memainkan peranannya. Sebagai blogger beliau lebih membawa 'damage' kepada tuannya dengan tulisan-tulisan terbarunya mengenai politik UMNO Jerantut dan sebagai penasihat beliau juga gagal memberi nasihat yang baik untuk diikuti oleh 'tuan'nya.

Beliaulah yang membuatkan rakyat di DUN Tahan membenci 'tuan'nya, dan kerana 'tuan'nya juga beliau turut dibenci oleh penduduk di DUN Tahan. Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai ini kerana saya juga tidak ada langsung minat untuk menyukai mereka berdua.

2. Bloggers BraveHeart, Sri Tri Buana dan Laksmana Jebat memang tidak menunjukkan minat dalam menulis politik Jerantut yang sangat 'habat' ini, atau mungkin juga benar kata WZWH bahawa mereka masih belum ingin menunjukkan 'warna' sebenar 'kad' mereka kerana masih belum tiba masanya.

Khabarnya bloggers Sri Tri Buana dan BraveHeart (juga) berada di Sarawak untuk sesuatu tujuan yang mewakili UMNO Jerantut, namun saya kurang pasti. Jika benar, UMNO Jerantut bolehlah turut berbangga kerana telah  terpilih menghantarkan 2 wakilnya bagi tujuan berkenaan. Soalnya kenapa pula WZWH sendiri serta Laksamana Jebat tidak tidak terpilih mewakili Jerantut sedangkan mereka juga ada sedikit wibawa dan wajar diketengahkan?

Mungkin kerana WZWH tidak menulis isu nasional dan hanya menumpu kepada isu setempat. Tetapi Laksamana Jebat yang menulis isu nasional pun nampaknya bagaikan meroyan dengan posting 'copy and paste'nya serta kisah-kisah seks selebriti semata. Mungkin kerana itu mereka berdua tidak layak diangkat ke tempat lebih tinggi agaknya.

3. Media sosial Jerantut perlukan pemantauan dari mereka yang berkenaan. Ketua Penerangan UMNO Bahagian masihkah dalam kegelapan sehingga kini?


Ishh! Raban betoi ong neh WZWH! Aku kireq ong neh tork berapeq pasai dorh gamoknyeq, yok? Akuq bior ke ong surag larh dengan belog de Jerantut neh. Apa kateq ong larh. Kumeq malas peduliq dorh! Hehehe! Nork kabo ke dimeq, hark yang mengumen guneq bahaseq macam akuq neh de belog WZWH bukannyeq akuq, melainkan kalau guna nameq uRag dRrulug....hark yang meniruq akuq, macam akuq tetapi bukan nye akuq.......