'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, June 8, 2011

JIKA TUAH MASIH ADA...


Sekadar gambar hiasan


Terlalu banyak yang hendak ditulis kebelakangan ini. Tambahan pula Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut serta sayap-sayapnya memberikan input yang banyak, cuma sebagai blogger 'separa-masa' UD tak mampu melakukannya atas alasan bebanan tugas dan tanggungjawab yang mengekang.

1. UD terbaca komen di blog BH oleh CikGu Pian bahawa blogger Jerantut akan digerakaan bagi persediaan menghadapi PRU nanti. Namun tertanya-tanya juga bagaimanakah Cikgu Pian nak jadi komander blogger jika dia sendiri sudah berhenti menulis (menyalin) di blog 'CnP' nya?   [Nota: Cikgu Pian adalah antara blogger 'CnP' tersohor di Malaya]

Siapakah yang akan Cikgu Pian hubungi untuk merealisasikan perjumpaan blogger Jerantut itu kelak kerana selama ini beliau langsung tidak hubungan dengan blogger picisan seperti kami ini. Selain itu dimanakah pertemuan itu akan diadakan nanti kerana ada beberapa blogger Jerantut yang tidak tinggal menetap di Jerantut, termasuk UD sendiri.

Selain itu, apakah blogger Jerantut sudi mengikut telunjuk Cikgu Pian nanti kerana selama ini mereka tidak pernah dipedulikan langsung? Jika beliau dilantik sebagai komander blogger Jerantut, sudah pasti beliau akan jadi seorang komender yang ketiadaan tentera.

UD teringat pada dialog Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah; '....ahhh! sayang sekali, kalaulah Tuah masih ada...... Malangnya Tuah sudah tiada dan Jebat bukanlah seorang pemimpin yang sesuai utuk tugas ini. Selamat tinggal Jebat!

2. Apa jadi dengan usul tidak percaya kepada Wakil Rakyat yang diterima tanpa bahas dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini? Khabarnya tidak siapa yang berucap menyentuh usul berkenaan. 'Abang Bu' aka 'Abu Satu Batu' nampaknya sudah kehilangan 'batu'nya.

3. Setiausaha Eksekutif (satu-satunya jawatan sedemikian dalam Malaya) juga sudah 'terkencing' dalam seluar kerana akan dipecat oleh Ketua Bahagian (sumber blog WZWH)

4. Wanita UMNO sudah tidak sehaluan lagi. Siti Melet sudah seberangi sempadan dan sedang membina kekuatan untuk menentang KW. 'Kak Key' dengan sokongan 'Abang Bu Satu Batu' akan bersama Siti untuk jadi Naib Ketua Wanita 'tertua' dalam UMNO Pahang. Kalau gagal untuk jawatan itu, mungkin akan datang boleh pula bertanding jawatan Ketua Puteri setelah segalanya 'dikemaskini'kan. (sumber blog patpatsikulipat). 

5. Pemenang G7 ditempat ke-5, marah-marah kerana undian yang kurang dan tidak memuaskan hatinya sedangkan beliau memberikan 'rasuah' atas nama 'hadiah' berupa butang baju melayu dan pen kerana bersukacita apabila MB membenarkan menyambung kontreknya walaupun MDJ sudahpun menender semula dan beliau kalah di mahkamah dalam kes 'Rumah Hantu Berehat'.

Aku rase hark yang layok jadi pemipin dorh tork ade...yang ade tork beraper layok, gamok de aku larh! Hark yang layok sikit-sikit rasenya STB, kalau tork pon WZWH larh. Tapiq...ishhh! lantork gon larh, patut dulu darh gon becareq ke hal belog neh.....

5 comments:

Anonymous said...

Ishh dema ni UD.Janganlah tulis mengata ke pemimpin UMNO jerantut.Kesian demanya tu. Demanya tu kuat kerja untuk parti tu.Undi tak percaya tu elok juga lah itu suara sebenar ahli umno cawangan. Jangan menidak kan suara ahli cawangan jugek.

Anonymous said...

Memang Hassan Tuah sentiasa ada di Kuala Lipis

Anonymous said...

tahniah kpd blogger kerana membuka pekung dato wan amizan. terima kasih semua blogger. cara berdepan disekat untuk bercakap. cara begini kepimpinan tertinggi betapa hina nya pemimpin ini di mata masyarakat.

uRag dRrulug said...

Oihhh! Bukan aku takot di pesaloh, tapiq hark membongkor semua neh bukan nye aku oihh! Ni semua aku tingok dalamp belog WZWH, ame kala sesapa nork maroh tu, maroh larh ke WZWH, jangan maroh ke akuq...yok? ....huhu

Anonymous said...

Salam UD,

lame jugek akuq tork meningok blok ong. Teruk amek politik tempat ong tu ye... walaupun 4 cawangan keluar undi tak percaya... sebenor nya itu kenyataan nya. kalau tak sedor lagi aqme budok tu ... nampok nya berehat lepas nie... teruk geye nya. ke bali loh kita... sana ada ukiran yang amek menarik. boleh juga jagi periasan je. Cuba lihak sudut kiri nya.. WZWH meleper bos nya , kerana dia nak naik juga.. nak rase jugek.