'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, June 22, 2011

KERANA PULUT SANTAN BINASA.....

Gambar Hiasan:
Gotong-royong masak kenduri ~ Pulut dan Santan


Hidup yang semakin mencabar tak kira kita tinggal dimana, segalanya ada cabaran dan segalanya memerlukan kesabaran dan kewarasan fikiran untuk diharungi. Lakukanlah apapun, asalkan ianya akan memberikan faedah kepada ramai, tentu masyarakat akan sanjungi kita. Lakukanlah apapun, asalkan ianya akan memberikan faedah kepada diri sendiri, tentu masyarakat akan jadikan sebutan sepanjang zaman.

Di Putrajaya dah heboh pasal senarai calon-calon PRU akan datang. Khabarnya di DUN Tahan akan bertukar wakil. Yang lama khabarnya kalau bernasib baik akan naik pangkat, jika tidak akan di'sejuk-bekukan' dan kemudian akan di isyhtiharkan 'frozen foods' untuk bahan eksport. Nantilah esok atau lusa, UD akan tulis siapakah namanya yang kita dengar sudah diangkat sebagai salah satu dari calon untuk DUN Tahan. Ini sumber resmi, maklumlah UD sendiri berkhidmat di Putrajaya, duduk dicelah ketiak PM, hehe! Masam sikit pun tak mengapa!

Semua ada peluang dan semua ada harapan untuk dicalonkan dan bertanding. Terpulang kepada rakyatlah siapa yang akan mereka pilih nanti atau parti mana yang akan lebih menyakinkan rakyat untuk diberikan kepercayaan memerintah kerajaan. Yang ini ada sikit susah hendak kita perkatakan sebab sekarang ini rakyat sudah lebih bijak memilih dan menilai. Peranan media baru sungguh memberi kesan walaupun sehingga ke ceruk dunia di Ulu Tembeling. Kalau tak, tak kan cenerung ular boleh berblog....orang kampong pagi pun.



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...itu pepatah lama yang harus kita pegang kuat. Namun ada yang mengubah-suai pepatah berkenaan sesuai dengan kiasan yang ingin mereka sampaikan. Ada yang kata 'kerana pembalakan air sungai dikeruhkan' dan sebagainya. Itu tentunya sindirian untuk orang-orang tertentu. Siapa makan cili dia berasa pedasnya. Siapa makan nangka dia kena getahnya.

UD menyinambungkan dengan posting semalam......dan gunakan peribahasa yang diubah-suaikan, bunyinya begini: Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.....kerana kulup bontot juga binasa. Hehehe! Anwar yang ada syurga 2 pintu.


Teringat hark nork buat kenduri duluq, urag kapong menatiq unta, hark sapai adalah kibas yang dah bertukar mejadiq lembu. Kerayanth ye oih? Gemaneq nye mejadiq begitu, yok? Baik ;arh akuq balik kumoh, makanth nasiq gulai puyok!!!

3 comments:

Anonymous said...

salam UD,

Kalau gitu kerayan sungguh weh... badan masih muda, baru penggal je belum berpenggal-pengal dah di tulok oleh deme yek. elok sangat lah dunia sekarang. rakyat dah tahu selok belok, jadi mana nak berwakil kan pemungkar.. pemungkar tidak menjana ekonomi dan menyelesai masaalah... yang ade mengajak rakyat tempat nya ber dreaming je.... soal nya sampai bila. Hai nak keje ape lepas ni... pungkar dah kurang menjadi .... jadi hanya kepad yang berobat batuk je.

Akuq cadang UD saja gantik nya... apa macam ud.

uRag dRrulug said...

Hah? cadang UD gatiq yang berhurmat? Mulek amat larh cadangan tu! Natiq bulih larh UD jadiq calun dalamp pilihan raye akan datang yok?

buntat said...

hakak sukung amat ong ganti tempat tu. Ong paling lawak daripada seluruh uRag dRulug.Kalau ong jadi calun kerayanlah oi.