'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, December 30, 2010

BANJIR - KEPADA KERAJAAN RAKYAT HARAPKAN BANTUAN

Gambar hiasan: Banjir disebuah kampong di pedalaman


Sejak kelmarin hujan turun berterusan, hanya berhenti seketika-seketika sahaja. Langit masih gelap. Memang kita sedang dalam musim tengkujuh. Menurut ramalan cuaca, fenomena hujan berlebihan akan berlaku dan kemungkinan besar kita akan mengalami banjir besar dari biasa dan luar biasa tahun ini.

Kebiasaannya hujan lebat mulai turun sejak november lagi dan menjelang tahun baharu kita sudah bebas dari musim 'pejor', namun kuasa Allah melebihi segalanya.

Apabila berlaku banjir, tentu banyak harta benda dan 'benda-benda' akan menjadi korban dan dikorbankan. Rakyat marhaen yang sentiasa dalam kesusahan akan merasai sengsara yang berlebihan ketika ini. Mereka tidak mampu mencari rezeki seperti biasa, namun Allah yang maha adil memberi mereka juga peluang dan ruang untuk mendapat reseki dari sumber lain juga.

Mungkin menangkap ikan, menggunakan jaring, serta candik akan dapat mendatangkan rezeki. Di Kampong Garok, ada yang mengusahakan 'feri kilat' dengan membina rakit bagi membolehkan orang dan penunggang motosikal menyeberangi banjir yang menghalang perjalanan dari Padang Piol ke Jerantut.

Jalan yang tidak sampai 1KM itu sudah sepatutnya dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun, tetapi demikianlah bila penjawat awak dan pemimpin yang hanya memandang benda-benda besar sahaja dan mengabaikan perkara-perkara yang dianggap remeh sebegini. Penasihat tak resminya pun memang tidak nampak apa-apa kerana dia berkacamata tebal - rabun mata dan rabun hati.

Yang berhormat sibuk mengadakan jamuan untuk mengambil hati ketua-ketua kampong yang sudah ada rasa kecewa terhadapnya, tetapi penduduk lain terabai juga. Kenyanglah ketua-ketua kampong namun laparlah rakyat marahen. Ketua kampong mengusap perut masing-masing balik dari jamuan tetapi mereka harus juga menjawab soalan orang-orang kampong tentang projek-projek yang pemimpin janjikan - mana dia dan bila?

Di kampong pelancongan khabarnya anak-anak muda sudah merasa bosan dan benci terhadap ketua kampongnya kerana ketua kampong diam-diam sendawa seorang. Anak-anak muda managih janji tanah yang YB janjikan ketika berkempen pilihanraya dulu - mana dia? Yang mereka dengar adalah YB yang memohon dan mendapat tanah dimerata-rata. Hahaha! Perut pemimpin kehadapan dan rakyat diketepikan!

Harap-harap kerajaan diperingkat daerah sudah bersedia dengan jentera mereka menghadapi banjir berserta bantuan makanan untuk penduduk-penduduk kampong yang kesusahan bukan sahaja kerana ditenggelami banjir namun ketidakupayaan mencari rezeki pada musim-musim begini. Kerajaan mesti membantu semua pihak dengan jujur tanpa mengira fahaman politik masing-masing kerana setiap mereka adalah rakyat yang sah bagi negeri dan negara ini.

Aih! Kerayanth, yok? Nork berutan tork dapat, nork bergaharu pon tork dapat, nork menureh tarok dapat jugeq....babayoi hajeq larh gamok nye, yok? Hehe! Ishhh! Habat amat mulut neh!

Wednesday, December 29, 2010

BLOGGER MULUT JUBOR AYAM



Ada blogger yang suka mencari kontroversi. Ini blogger jubor ayam. Blogger yang di'hambat' ayam menulis tantang Pas mainkan isu 'rasis kelantan' dalam ceramah di DUN Tahan. Beliau juga menulis dan mendakwa ada blog yang memainkan isu berkenaan tetapi beliau terlupa bahawa isu berkenaan dimainkan oleh beliau terlebih dahulu. Memang dia melayu yang mudah lupa apa apa yang dikatakannya.

Beliau mendakwa anggota Pas menyerap kedalam JKKK, PIBG dan Jawatan kuasa Masjid. Namun apakah salahnya kerana mereka sebahagian dari komuniti itu. Kita patut menganggap bahawa JKKK, PIBG dan Jawatankuasa Masjid bukanlah hak politik dan tidak akan kena mengena dengan politik. Sebaiknya begitu!

Beliau juga mendakwa mereka juga menyusup kedalam UMNO dengan menjadai AJK UMNO Cawangan dan bahkan ada antaranya AJK Pemuda UMNO Bahagian. Ini satu tuduhan yang berat. Jika benar ada AJK Pemuda UMNO Bahagian terdiri dari penyokong Pas maka bererti Ketua Pemuda UMNO Bahagian gagal melihat adanya musuh didalam selimut. Kebiasaannya kemenangan seseorang bagi jawatan AJK adalah dengan sokongan Ketua Pemuda sendiri. Apakah ini bermakna kebodohan Ketua yang dapat ditipu sehingga musuh tidak disedari?  Memang kita lihat bahawa Ketua Pemuda 'bodoh' dan mudah ditipu, tetapi bukan oleh musuh, beliau ditipu oleh penyokongnya sendiri.

Jika ada pun pembangkang didalam AJK Pemuda maka dianya adalah orang yang membuat tuduhan itu sendiri. What say you? Huhu!

Aku nork bewayat; Satu hariq beberape urag naek teksi. Ada surag hark yang teketut, tarok bungik tapiq kuat baunyeq. Dia buat pepureq tidor. Tarok sapeq nork mengakuq. Bila sapai, semua urag turun dan bayor duet tambang. Derebar teksi tanyeq; urag hark ketut tu belum bayor lagiq ker? Maka cepat-cepat urag hark ketut tu jawab dieq dorh bayor! Hehehe! Pandai amat yok? Urag hark yang ketutu tu! Macam budok hark de hambat de hayap tuh jugeq, yok? Kahkahkah!

Sunday, December 26, 2010

KALAU AKAL PANJANG SEJENGKAL, JANGANLAH KEBERANIAN CUBA DIDUGA

Ada satu blog yang tidak berapa cerdik mengajak pembangkang berdebat. Kalau menang apa dapat? Kalau kalau kalah pula apa yang dapat? Apakah faedah untuk rakyat?

SPU mencadangkan supaya adakan pula debat mengenai pemberian saham Felcra yang tidak telus. Mungkin satu pihak itu cuba mengalih perhatian kepada masalah lain namun SPU membawanya kembali kepada masalah asal. Wakil rakyat era ini perlu berkhidmat untuk rakyat. Menyertai politik sudah jadi satu profession, bukan lagi tanggungjawab sosial. Rakyat berhak memilih bukan saja parti yang dirasakan mampu memberi khidmat terbaik untuk masyarakat bahkan rakyat ingin memilih wakil rakyat yang mampu bertugas bersungguh-sungguh untuk rakyat.

Tidak mustahil sesebuah parti akan tewas dalam pilihanraya kerana salah meletakkan calon. Rakyat tidak lagi seperti generasi dahulu yang hanya mengundi dengan melihat dan memilih parti. Asal ada gambar kapal layar mereka akan 'pangkah'. Asal nampak gambar 'dacing' mereka akan dundi.

Kita tidak tahu apa rasionalnya blog berkenaan mem'provoke' bersungguh-sungguh untuk mengadakan debat? Apakah terlalu yakin dengan pemimpin 'poojaan' hatinya akan menang debat berkenaan? SPU kata dia hanya bimbang perdebatan berkenaan berkesudahan dengan mempamirkan kebodohan berganda.

Apapun saya hanya nak nasihatkan blogger berkenaan melihat klip video dibawah ini, dan pastikan bahawa dia dan pemimpin 'poojaan' hatinya adalah seorang budak yang lari apabila dihambat oleh seekor ayam. Kehkehkeh!





Kehkehkeh! Kalau ong hanye berani macam ayam betineq neh, baik tork usoh nork bedebat! Biorlarh jadi urag budo dalam kalangan urag ceredek, kerana lama-lama kiteq bulih belajor dan menjadi ceredek, dari menjadi urag ceredek dalam kalangan urag budo kerana semakin ari kiteq jadiq semakin budo.  yok?

Friday, December 24, 2010

MIKRO HIDRO LETRIK ATASI JANJI 'PEMUNGKOR'





Pilihanraya semakin hampir. Semua orang sudah tahu. Rakyat akan memilih kerajaan baru. Rakyat akan memilih parti yang akan memerintah negara. Politik sudah banyak berubah. Cara rakyat memilih juga berubah. Rakyat sudah semakin bijak memilih. Dasar langit terbuka membolehkan bermacam maklumat diperolehi dengan kadar segera. Tiada apa yang boleh dilindungi lagi.

Rakyat parti, tetapi ketokohan pemimpin juga mereka pertimbangkan kerana inilah orang yang yang akan berurusan dengan mereka secara langsung. Justru, dalam PRU kali ini kerajaan yang diwakili oleh parti-parti komponennya harus memilih wakil yang benar-benar dapat menyakinkan rakyat, dan disukai rakyat.

Wakil-wakil rakyat mestilah seorang yang boleh dipercayai. Bila berjanji mestilah menunaikannya. Janganlah berjanji unta untuk korban tetapi unta bertukar menjadi lembu. Tentu rakyat akan kecewa. Oleh itu pemimpin janganlah terlalu banyak berjanji dan janjikanlah sesuatu yang mampu ditunaikan.

Blog Parlimen81, kononnya hendak membina turbine bagi janakuasanya sendiri dengan menggantungkan turbine tersebut di Jambatan di Jerantut Feri. Itu idea hebat yang penuh sindiran. Tentulah ADUN Tahan dan WZWH yang dijadikan sasaran.

Idea itu mungkin kerana sudah kurang percaya pada cadangan dan idea yang WZWH berikan diblognya. Idea itu besar-besar belaka. Mencadang memang mudah tetapi melaksanakannya tidaklah seperti itu. Bajet bukanlah diluluskan oleh WZWH seperti yang dinyatakan didalam blognya. Bukan juga seerti janji seorang YB yang nak bina jalan dengan duitnya sendiri semasa kempen jalanraya dulu, yang akhirnya menyaksikan jalan dibina oleh syarikatnya dan syarikat kroninya dengan mengorbankan balak dipersekitaran.

Pada sesiapa yang rumahnya belum ada letrik, janganlah terlalu berharap pada hidro letrik dari empangan yang dikatakan itu, tetapi berusahalah sendiri dengan menjadi lebih cerdik dari pemberia cadangan itu. Binalah hidro letrik sendiri yang mudah dan murah, yang memang boleh dilakukan sendiri. 'uRag dRrulug' telah membuat kajian dan mendapati ianya dapat dilakukan dengan kos yang kecil.

Kah Kah Kah! Tarok be-pemipin macam dimeq nye bulih jugeq kita maju. Itu pasai, pemipin mestiq ceredek, bukan nye budo dan pemungkor!

Monday, December 20, 2010

SPU USIK WZWH?

Cable Car, Projek Nuklear, Hydro, Greater Jerantut, Greater Ulu Tembeling, 
Greater Kg. Pengor, Greater Racket Tailed Drongo(???)



WZWH menulis begini (baca sini), tentang projek yang telah dan sedang dilaksanakan di Ulu Tembeling. Nilaiannya jutaan ringgit. Beruntunglah penduduk Ulu Tembeling. Saya sangat menginsafi bahawa saudara saya WZWH ini adalah seorang yang bersikap sangan terbuka dan telus.Kerana itulah beliau dengan berani membentangkan segala projek yang diracang dan laksanakan oleh 'bos'nya tanpa sebarang selindung. Saya juga dengan jujurnya menyedari bahawa memang banyak yang telah 'bos' berkenaan lakukan untuk penduduk.

Cuma, kali ini saya mengharapkan WZWH lebih jujur, telus dan benar-benar berani dengan menyatakan siapakah kontraktor-kontraktor berkenaan yang melaksanakan projek-projek berkenaan untuk kita bandingkan dengan rekod yang kita ada. Ini memang memerlukan keberanian yang sangat tinggi, tidak ramai 'lelaki' yang seberani ini. Mungkin juga WZWH masih kurang cukup berani mendedahkannya. Saya yakin pasti ada pihak yang mencabar WZWH untuk menjadi seorang hero yang berani mendedahkan maklumat ini. Mungkin WZWH akan seberani 'wikileaks' atau dia sebenarnya 'hero filem tamil' yang penakut dan menyorok disebalik 'langsir' dan hanya layak menjadi 'wikiweak'

Begitu apa yang ditulis di blog abang kita 'SPU' aka SaraPuddinUsin yang mengharapkan ketelusan dan kejujuran WZWH. Sempat juga dia mencabar untuk tunjukkan keberaniannya. Selama ini saya percaya bahawa WZWH memang berani dalam mempertahankan pendapatnya diblog walau banyak yang memberikan komen bertentangan dengan pendapatnya. Tapi kali ini penghormatan saya terhadapnya sudah semakin hilang. Dia bukanlah seseorang yang sebenarnya jujur dan telus seperti yang kita sangkat dan seperti yang kita dimaklumkannya.

Andaikan saya adalah seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan adalah perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, jangan haraplah dia untuk mendapat undi dari saya, bahkan saya akan berkempen supaya dia tidak mendapat undi sesiapapun. Kerana dia bukanlah seorang yang jujur dan telus, bahkan dia juga kelihatan sebagai salah seorang 'Ahli Majlis Pemungkor'. Saya meramalkan bahawa dalam apa-apa pemilihan di peringkat bahagian UMNO Jerantut, WZWH tidak akan dapat memenangi sebarang jawatan, termasuklah pemeriksa kira-kira. Mungkin 'KQ' mendapat undi lebih banyak darinya.


Ishhh! Tork dapart larh aku nork menulong ke ong neh Zuriq. Payoh amat dorh, pasai semua urag dorh tau ke perangai ong tu. Ingat ke ong handai 'provoke' ke urag, rupe nye ong hark yang kena 'provoke' de urag, Hehehe!

Saturday, December 18, 2010

RAKYAT PEDALAMAN DAHAGAKAN PERUBAHAN

Gambo Jiti de KoTembeling


Lebih 50 tahun negara Merdeka. Generasi yang berjuang untuk kemerdekaan dengan keringat dan darah mereka ada yang sudah meninggalkan kita. Mereka halalkan perjuangan mereka demi generasi kita masa kini dan masa depan. Mereka tidak mendapat apa-apa dari perjuangan mereka itu, tetapi melakukannya untuk kita, untuk anak cucu mereka.

Mungkin kita pernah mendengar bahawa untuk membolehkan rombongan Tungku Abdul Rahman berlepas ke London untuk merundingkan kemerdekaan, rakyat Tanah Melayu berkorban wang ringgit bagi membiayai perjalanan tersebut. Satu kutipan derma dijalankan diseluruh negara, dan khabar itu juga sampai ke kampong kita di Ulu Tembeling walaupun mereka mungkin kurang faham apa yang sebenarnya berlaku. Mereka menderma. Melurutkan hiasan, gelang ditangan dan cincin dijari demi satu perjuangan bernama kemerdekaan.

Generasi kita, mungkin sudah melupai peristiwa yang berlaku itu. Kita tidak merasa keperitan itu. Memang kita sebagai pewaris perjuangan ibu-bapa dan datok-nenek kita berhak menikmati erti kemerdekaan itu. Tetapi apakah kita benar-benar merasainya?

Jurang perbezaan antara kawasan bandar dan pedalam seperti Ulu Tembeling ini sangat ketara bagai bumi dengan langit. Apakah itu kerana perjuangan ibu-bapa dan datok-nenek kita dulu juga berbeza maka kita tidak mendapat seperti apa yang orang lain mendapatnya?

Bagi merangsang kelembapan ekonomi berbagai strategi kerajaan lakukan. Kita sangat menyokong. Golongan Petani dan Nelayan menerima subsidi itu dan ini. Penjawat awam diberikan bonus walaupun masuk kerja pukul 10 pagi dan balik pukul 1.00 tengahari. Peneroka Felda juga diberikan imbuhan dulu sebelum menyambut hariraya. Apa yang kerajaan berikan kepada penduduk kampong pedalaman yang hanya petani kecil?

Projek-projek pembangunan yang dibawa, apakah impaknya datang terus kepada golongan petani kecil dipedalaman seperti kami? Mungkin harga getah naik sedikit, tetapi kenaikan harga barang lain membuatkan kami merasakan lebih baik harga getah tidak naik langsung supaya harga barang juga tidak naik. Bapak menteri seperti biasa, berjanji dan berdusta. Kata petrol tidak akan dinaikan dalam tahun ini tetapi selang beberapa lama tiba-tiba harga petrol dinaikan juga. Kalau kata menteri juga sudah tidak boleh dipercaya, apa lagi yang boleh kami lakukan?

Haih! Aku malas pikir dorh. Bior nye lantok larh. Kiteq tunggu larh pulork mase kite akan dimeq perlukan natik. Kiteq tau larh berapeq kite nork letok hargeq, hehe! Mimang aku mintok, mimang aku hendok! ...Dunieq trik tau maluq!

Thursday, December 16, 2010

MIMPI, REALITI DAN CELAKA

Orang-orang kampong, makanlah 'tulang' 
Kroni akan dapat 'isi'nya yang berjuta-juta

Cerita Sultan Mahmud Melaka dulu. Bermimpi berjumpa Puteri Gunung Ledang, jatuh cinta dan nak meminang Puteri. Antaran hantarannya adalah Jambatan Emas dan hati nyamuk 7 dulang. Ada yang nyata dan ada yang mustahil.

Ada seorang kawan, katanya semalam dia juga bermimpi. Mimpi kering bukannya mimpi basah. Dia dah lama melepasi zaman mimpi basah! Mimpinya adalah tentang pembangunan. Baca kisah mimpinya (DI SINI) .

Saya cuma mengimpikan pembangunan yang benar-benar dapat memajukan kampong dan kawasan pedalaman kita. Saya juga mengimpikan nasib baik dan pembangunan insan semua penduduk kampong kita. Saya juga mengimpikan peningkatan ekonomi bagi semua penduduk kampong kita. Rakyat harus mendapatkan hak mereka. 

Felcra adalah untuk rakyat berpendapatan rendah dikawasan berkenaan (bukan untuk Cikgu dan penjawat awam dari luar walaupun merka kroni seseorang). Siapa saja yang telah menyalahgunakan sebarang kuasa yang mereka ada dan telah mengkhianati rakyat di kampong kami, saya tidak akan maafkan segala dosanya. Semoga Allah akan membalasnya dengan balasan yang azab di dunia ini dan di akhirat juga.

Berdosa kepada Allah dapat dimohon ampun, tetapi bersalah dan berdosa kepada orang kampong, celaka juga akan menunggu mereka kelak. Walau berapa kali tunaikan haji dan umrah tentu tidak akan dapat menghapuskan dosa-dosa mereka itu.

Monday, December 13, 2010

KELIRU, EKONOMI LEMBAB DAN 'ONE NUMBER'



Satu ketika dulu masa seseorang tu baru berblog, saya CnP posting dari blog Husin Lempoyang. Orang tu marah sangat kerana dia ingat dialah yang terbaik dan orang lain semua tak baik. Dalam dunia blog dia bukanlah siapa-siapa tapi nak cuba tunjuk pandai, akhirnya dia rebah dan tersungkur. Sekarang dia dah sedar diri dan akui bahawa dia hanyalah seorang blogger picisan, Jadi kali ini saya nak siarkan sekali lagi CnP dari blog Husin Lempoyang.


Blog Husin Lempoyang ini adalah blog satira. Membacanya mestilah kreatif. Kalau kurang bijak kita hanya dapat menangkap makna yang tersurat, namun jika kita lebih pintar maka dapatlah kita melihat apa yang tersirat didalamnya. Ini bukan blog bodoh dan bukan untuk orang-orang bodoh, terutama bukan untuk orang yang bodoh sombong. 

Kahkahkah! Hanya Jauhari yang mengenal Maknikam! Di Jerantut, hanya    Johari yang mengenal Maniam. 'Daballiu Keliru'  pun mungkin kenal juga Maniam kerana dia sangat kenal dengan Johari spekulator nombor aka 'One Number' 


Menghadapi iklim perniagaan yang lembab




Tiga orang kawan - Rahim, Husni dan Atan - bertemu untuk minum teh tarik. Lama dah tak jumpa. Banyaklah ingin dibualkan.


Duduk saja, Rahim mula menceritakan masaalah perniagaannya. 


"Aku teruklah tahun ni. Berniaga tahun ni tak menjadi langsung," rungut Rahim. 



"Nak dapat kontrak susah. Dapat payment susah. Akhir-akhir ni, nak dapat kontrak pun susah. Gaji pekerja jalan."



"Itulah kamu. Dah baik-baik ada kerja Vice President, kau pegi ambil VSS," Husni mencelah.



"Yalah mana aku tahu ekonomi macam ini," terang si Rahim. 



Atan menghentikan perbualan sebelum jadi panas untuk panggil pelayan untuk order air dan makanan. Dia peka orangnya. Tak suka kawan gaduh-gaduh sesama sendiri. Padahal tak ada benda. Selalunya dia suka melawak untuk memecahkan ketegangan. 



Pelayan sampai dan masing-masing air dan makanan. 



"Cari makan ni tak boleh salah-salahkan orang," Atan masuk cerita.



"Semua kena usaha dan cari jalan. agak-agak tak menjadi, tukar plan."



"Kau macam mana Atan tahun ni?" tanya Rahim.



"Aku okayyyy.... In fact, this year turn out to be very well for me." Atan jawab.



"Biar betul kau ni. Setahu semua tender kau masuk awal tahun tak berjaya. Kontrak gamen yang kau ada hari tu pun payment susah," Husni mencelah. 



Dia tahu Atan ni salesman dan optimis selain seorang suka jenaka. 



"Aku dah jumpa jawapan pada semua masaalah ni. Kita kena guna probability dalam berniaga."



"Macam mana tu, Atan?" Rahim bertanya. 



Macam biasa dia kaki panik. Tak sabar-sabar.



"Aku kira-kira jadi kontraktor kan. Nak dapat kontrak kira zero probability.



"Rugi aku bikin kontrak. Jadi aku melabur dalam business yang lebih tinggi probability. Tahun ni aku dah untung kat RM200,000."



"Mana bizness? Cakap aku, cakap aku," Rahim naik tak sabar.



"Yalah terangkanlah," Husni ingin tahu. Dia agak skeptik. Pasal setahu dia dah tak ada sektor bizness yang ada daya maju sekarang. 



Atan terangkan, "Aku tahu probability kontrak dah zero. Habis modal saja prepare untuk masuk tender. Bizness lain dah tak ada prospek juga. Zero juga probability.



"Jadi walaupun bizness yang aku masuk ni probability dia rendah sangat. Masih lebih tinggi dari zero. Itu yang aku masuk." 



"Cakaplah. Buat aku suspens saja," Rahim menggesa.



"Aku masuk 4 nombor ekor," Atan jelaskan. 



Ketawa kedua-dua mereka. 



"Ketawa-ketawa kau orang. Aku dah dua kali dapat 1st prize. Setakat consolation, selalu. Lagi untung dari berniaga."


Sunday, December 12, 2010

NAMEWEE - KAUM LAIN BOLEH HINA KITA BILA-BILA MEREKA SUKA?



Banyak pihak menempelak tindakan yang diambil oleh Nazri Aziz dalam menangani kes Namewee. Bagaimana seseorang yang jelas melakukan penghinaan dengan mempersendakan negara kemudian mengulanginya lagi dan lagi masih tetap tidak dikenakan sebarang tindaka keras. Bahkan seakan tindakannya dipertahankan. Ini membuatkan rakyat melihat kerajaan sangat takut melakukan sebarang tindakan atau hukuman bila berkaitan dengan bangsa lain. Malah keranaan lebih rela mengukum bangsa sendiri.

Mungkin terlalu keras jika saya berikan contoh sekiranya kaum lain lakukan sebarang tindakan yang menimbulkan sensitiviti bangsa Melayu dan apabila ada bangsa Melayu yang bertindak balas bagi mempertahankannya maka Melayu itulah yang akan dikenakan tindakan.

Dalam kata lain, kaum lain boleh lakukan apa saja hatta menyakiti hati orang Melayu tetapi orang Melayu tidak boleh lakukan apa-apa yang menyentuh sensitiviti kaum lain. Tidakkah kerajaan sedar bahawa rakyat semakin menaruh perasaan benci atas kelemahan pihak kerajaan sehingga kita rasa kita dizalimi dibumi sendiri?

Baca Sini : Blog Malaysia Kongdom of Heaven

Saturday, December 11, 2010

ORANG PAS PUN GILA DUIT DAN BU*** JUGA


Pak Aji, stop kejap Pak Aji. Ketayap tu tanggal lah dulu kalau ye pun. Pasangan dia bukan main 'buka' nya, hehe! Astafirullah!! Alhamdulillah! Alhamdulillah!! Hehehe! Halal! Masuk Syurga juga kalau kalau ahli Pas


Harap maaf kerana kali ini posting UD agak ganas sedikit. Tetapi inilah kebenaran yang perlu kita maklumkan kepada khalayak ramai. UD menyiarkan ini bukan dengan ada apa-apa niat lain selain dari menyatakan yang benar dan untuk dijadikan pengajaran dan panduan kita semua.

Kali ini UD nak bawa perkara diluar lingkungan kita. Perkara yang tidak berlaku di DUN Tahan dan Jerantut. Bagaimanapun ini secara tidak langsung juga akan melibatkan kita apabila kita menghadapi PRU nanti. Ini mengenai parti dan mengenai pemimpin-pemimpin parti.

Beberapa laman blog bertubi-tubi menghentam beberapa pemimpin kanan Pas di peringkat pusat berkenaan dengan kegiatan tidak bermoral mereka. Sebelum ini, beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan berita Mat Sabu terlibat dengan perbuatan khalwat di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan. Maka cepat-cepat Nik Aziz menutup kes berkenaan bagi menutup malu kepimpinan Pas. Bagaimana pun tetap tidak dapat menutup 'kemaluan' pemimpin-pemimpin Pas berkenaan dan yang lain-lainnya.

Sebelum ini juga diberitakan seorang YB yang hanya dipanggil 'Din' dituduh mendagakan perhubungan sek dengan bukan muhrim, bahkan bini orang di Hotel  Pudu Raya. Tidak ada penafian dan tidak dihebahkan oleh puak-puak khawarij ini mungkin kerana cerita itu ada kebenarannya, jika tidak sudah tentu mereka juga akan melalak dan mengemukakan tuntutan saman kepada penyebar berita itu. (SINI)

Barubaru ini pula seorang lagi dan lagi tokoh Pas dituduh mengadakan hubungsn sulit dengan bukan muhrim dan dengan bini orang. Namun bisu juga jawapannya. (SINI)  Apa yang hendak saya utarakan disini adalah. Perbuatan ini bukan ada kena mengena dengan parti politik. Sikap kita selalunya akan cepat-cepat menuduh orang UMNO selalu lakukan  keburukan tapi hakikatnya orang Pas pun sama kerana mereka juga manusia yang lebah dengan godaan syaitan. Jika orang UMNO dituduh mengalah dan gilakan 'Duit' dan bu***', maka orang Pas pun serupa juga.

Cuma kita hendaklah selalu ingat bahawa bukanlah sesuatu parti yang buruk tetapi ahlinya dan pemimpinnya yang buruk laku. Cuma yang menjadi kebencian adalah Pas yang 'kunun'nya memperjuangkan Islam tetapi pemimpin-pemimpin juga tidak bermoral selain dari terlibat dengan merompak harta rakyat mereka juga terlibat dengan khalwat.


Hehehe! Apa kite nork kateq yok? 2 x 5 tetap sepuloh jugeq. Nasib tepat kiteq tarok belaku Yang Berhurmat bawok lariq anok dareq urag, yok? Kalo tidok, abih larh maluq kiteq sekapong dan sealor Temeling neh!

Thursday, December 9, 2010

UMNO KITA

Gambar hiasan:
Ini gambar yang didapati melalui carian google. Peringatan: Jangan sesekali menulis berok di carian di google kerana nanti tuan-tuan akan hanya menemui KJ. Gambar ini juga bukanlah YB yang khabarnya selalu mudik ke senun menaiki jetski. Gambar ini tak ada kena mengena dengan Yang Berhormat, Yang Berkhidmat serta Yang Keramat. Bahkan tak ada kena mengena juga dengan mana-mana Tok Pekong.



Ada seseorang menghubungi saya dilaman facebook. Saya melayannya sembang-sembang. Saya sangat mengenali dia, seseorang yang lebih muda dari saya, berada didalam DUN Tahan. Sekiranya saya menunjukkan muka sebenar, pasti dia juga mengenali saya. Tetapi perjuangan ini tidak memungkinkan saya berbuat begitu. Saya menulis bukan kerana nama, jika saya sudah berwajah, maka saya sudah bernama dan tentunya saya akan menulis kerana nama....nam saya sendiri.

Dia mencurahkan perasaan kepada saya. Terutama ketidak puashatiannya terhadap pembangunan dan kroni-kroni orang tertentu yang mendapat faedah sebagaimana merebut 'harta rampasan perang'. Dia bercerita juga tentang 'penjilat-penjilat' di kampongnya yang tidak berbuat apa-apa untuk rakyat tetapi hanya mencari untuk diri sendiri. Maka katanya, habislah sanak-saudaranya mendapat saham felcra belaka. Dia bertanya saya apakah pegangan politik saya, saya menjawab tanpa ragu-ragu: UMNO.

Saya faham dia bencikan UMNO kerana orang-orang tertentu dalam UMNO itu, tetapi saya katakan kepadanya;' marahkan nyamuk jangan kelambi di bakar'. 'Marahkan nyamuk, bunuhlah nyamuk itu saja, berserta spesis-spesis yang sewaktu dengannya'. UMNO tidak bersalah, yang bersalah ahli-ahlinya, pemimpin-pemimpinnya.

Dia kata dia nak masuk PKR dan sedang menunggu sesiapa untuk menubuhkannya. Dia minta saya menubuhkan PKR. Saya kata PKR bukanlah wadah perjuangan. PKR tidak akan perjuagkan rakyat. PKR hanya perjuangkan pemimpinnya saja. Untuk mengangkat pemimpin utamanya hingga menjadi PM. Bahkan di Jerantutpun, PKR tidak ada ahli. Segalanya hanya diatas kertas semata-mata. Letakkan nama seseorang dan hantar sebagai ahli sedangkan mereka yang berkenaan langsung tidak menyedarinya. Kerana itulah mesyuarat PKR selama ini hanya diwakili 'kerusi' saja. Hehehe!

Untuk memulihkan semula UMNO yang sedang nazak ini adalah dengan menyertainya, bukan menghindarinya. Kita jadi ahli di cawangan-cawangan, kita pilih ketua yang baik atau kita sendiri menjadi ketuanya, kita pilih pemimpin di peringkat bahagian dari kalangan mereka yang baik-baik juga, dan mereka di peringkat bahagian ini sudah tentu akan memilih pemimpin atasan yang baik-baik juga.


Untuk memulihkan semula UMNO yang sedang nazak ini adalah dengan menyertainya, bukan menghindarinya. Kita jadi ahli di cawangan-cawangan, kita pilih ketua yang baik atau kita sendiri menjadi ketuanya, kita pilih pemimpin di peringkat bahagian dari kalangan mereka yang baik-baik juga, dan mereka di peringkat bahagian ini sudah tentu akan memilih pemimpin atasan yang baik-baik juga.

Untuk memulihkan semula UMNO yang sedang nazak ini adalah dengan menyertainya, bukan menghindarinya. Kita jadi ahli di cawangan-cawangan, kita pilih ketua yang baik atau kita sendiri menjadi ketuanya, kita pilih pemimpin di peringkat bahagian dari kalangan mereka yang baik-baik juga, dan mereka di peringkat bahagian ini sudah tentu akan memilih pemimpin atasan yang baik-baik juga.

Sengaja saya ulangi 3 kali, supaya pemimpin-pemimpin UMNO Cawangan akan lebih mengerti, supaya AJK dan pemimpin UMNO Bahagian akan lebih menyedari dan supaya AMT UMNO dan bahkan PM sendiri akan lebih memahami.

Ingat!
Ingat!
Ingat!
Bahawa tentu saja ada orang yang sanggup membakar kelambunya kerana marahkan nyamuk.


Ame kala urag UMNO masih buat pekok badok jugeq, bior nye lantok larh ape ke nork jadiq pade UMNO neh! Ame kala tork ade UMNO kumeq idup juge larh!



Tuesday, December 7, 2010

BILA UMNO GAGAL JUARAI MEDIA SOSIAL......

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua !

Sama ada orang di hilir, orang di hulu, orang di darat, orang di laut, merlainkan kepada orang di atas dan dibawah yang sedang bersama-sama sebab kalau nak ucappun, tentu mereka tak akan mendengarnya.

Hari cuti ni sempatlah juga menghias semula header di blog UD ni. Bukannya apa, dengki pada blog Hulu Tembeling yang dan nampak semakin lawa. Blog Pas N9 Tahan pun cantik juga, bahkan SPU juga sudah berubah rupa sempena Maal Hijrah. Bagaimanapun, harapnya lah blog Hulu Tembeling itu bukan saja setakat cantik, tapi mestilah diisikan juga dengan tulisan. Jangan jadi macam  blog DUN Tahan kita tu yang dah dipenuh anai-anai. (Kalau nak marahpun, marah lah! Tidak semua orang dapat lakukan semua perkara, begitu juga dalam penulisan blog ini). Patutnya UD dah dijemput untuk mengendalikan blog bagi UMNO Jerantut selama ini. Heheh! Takpun, SPU ke, atau STB ke HT ke atau pun WZWH sendiri.

Jikalau saya kata UMNO tidak prihatin kepada rintihan rakyat mereka pasti akan marah. Jika kita kata UMNO tidak memainkan peranan serius dalam menjuarai media sosial, pemimpin UMNO Bahagian dan Cawangan juga akan marah. Tapi sebenarnya masih ramai antara mereka yang 'buta IT' dan bertambah ramai lagi antaranya yang 'buta hati' untuk berubah.

Bukan di Jerantut sahaja, bahkan kebanyakan UMNO Bahagian-bahagian masih belum ada kesedaran untuk membina laman blog mereka sekurang-kurangnya untuk menangkis segala tohmahan sambil memberi jawapan kepada persoalan yang rakyat bangkitkan. Kerana itulah banyak pihak (tidak termasuk UD) mengambil kesempatan daripada ruang 'kosong ini' untuk menghentam kerajaan kerana sedar bahawa tidak akan ada sebarang jawapan dan balasan dari sebelah sana.

Jikalaupun ada blog-blog yang mempertahankan dan memperjuangkan kerajaan, mereka itu adalah dari individu yang prihatin dan simpati terhadap kerajaan bagi memastikan politik dan ekonomi terus stabil. Sedangkan UMNO tidak melakukan apa-apa. Nampak macam rakyat berjuang untuk UMNO sedangkan pemimpin UMNO sibuk mencari kekayaan semata-mata.

Saya bukan penentang kerajaan. Bahkan saya menjadi ahli UMNO jauh sebelum WZWH (contoh saja, harap saudara saya WZWH tidak ambil hati, saya tau dia orang berpelajaran tentu tidak akan mudah melatah dan bertidak bodoh, sekali sekal itu adalah biasa) Cuma saya terpaksa menyuarakan supaya pemimpin UMNO tidak akan terus terlena dalam mimpi 'basah' mereka'

Baca komen yang saya kutip dari laman facebook dibawah ini. Ini adalah suara hati sebenar rakyat, Jika kerajaan dan pemimpin UMNO masih juga tidak mendengarnya, bermakna mereka tidak akan mendengar sampai bila-bila. Mungkin buat-buat tidak dengar atau memang sudah pekak badak.

Errrrrr! Baca, jangan tak baca kemudian suruh lah orang-orang berkenaan membacanya kepada pemimpin-pemimpin kita, atau tolong bacakan untuk mereka, heheh! Oooooppppppppss! Cakap banyak pulak aku ni!


Keratan surat kabar lama, baru tadi aku baca 
sebab nak sampai ke ulu ni lambat sangat.


Ini yang dipebincangkan oleh mereka yang terlibat dalam menanti projek yang dijanjikan oleh kerajaan. PM tak baca facebook dan Blog kerana sibuk dengan masalah negara. MB Pahang langsung tak tau nak buka dan membaca FB dan blog. Pemimpin-pemimpin UMNO lainnya masih sibuk dengan 'harta rampasan perang'. 


    • Asma Hana hmm..bru 28 km kan..kalu smpai ke kg mat daling brapa km lg ek?
      November 2 at 3:50pm ·  · 

    • Yanti Asma Asma entah ler...nnti kita tnya org yg berwajib mnjwbnya...hik3
      November 2 at 3:56pm ·  · 

    • Wan Maza jln siap 28km thn 2013, utk smpai ke mat daling brp km lagi... thn berapa nak siap klw cam ni........
      November 2 at 5:44pm ·  ·  1 person · 

    • Wan Badrul ‎28km(k.tahan-kg.pagi) - tahun 2013.
      30km(kg.pagi-k.sat)-tahun 2017,
      20km(k.sat-m.daling)-tahun 2022.
      itupun kalau buat..
      Budak baru lahir tahun 2010 mungkin sempat kut..

      November 2 at 6:24pm ·  ·  1 person · 

    • Hanamasyi Zaliza adushhhhhhhhhhh
      November 2 at 6:35pm ·  · 

    • Wan Badrul HZ: sakit perut ke?.. heh heh heh
      November 2 at 6:38pm ·  · 

    • Hanamasyi Zaliza umur kome da tua nak bwak keta pun da x lrt tu pun klu pnjang umur,,,,,,,,,,,,,,kikikikikkkkkkkk
      November 2 at 6:43pm ·  ·  1 person · 

    • Wan Badrul tau xpe.. heh heh heh
      November 2 at 6:44pm ·  · 

    • Ain Nurain sempat la simpan duit beli keta lagi..ehheheh
      November 2 at 8:05pm ·  · 

    • Azie Azmi tak pe la...senang anak cucu nanti.hihihi.
      November 2 at 9:34pm ·  · 

    • Zanariah Maat seronoknyer.....inyallah klau ada rezeki, umur panjang bloeh lah aku blik kg.kt sana.....yes!!!!!!!!!.....cucu kg hulu nk blik.
      November 3 at 12:01am ·  · 

    • Ramlan Ibrahim elok lah tu ada jalanraya.. dk tahan dh g tembeling jln kaki dr pasir raja... naik gunung trn gunung... bersyukurlah...
      November 3 at 10:59am ·  · 

    • Yanti Asma Asma Mlan : org dh xjln kaki, naik gnung turun gnung dh...
      mu jer hok rajinnya....

      November 3 at 11:01am ·  · 

    • Ramlan Ibrahim stamina tuuuu.... nk naik perahu tambang naik, baik jln kaki lah...
      November 3 at 11:03am ·  · 

    • Yanti Asma Asma hik3....berakit la plak....
      berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian.....

      November 3 at 11:04am ·  · 

    • Ramlan Ibrahim sambil2 berakit cari ikan... sdp jugok tu..
      November 3 at 11:05am ·  · 

    • Yanti Asma Asma ermmmm...bila nk mari sini lg...???
      November 3 at 11:09am ·  · 

    • Zammeri Sahar Kita tunggu siapa yg Kena...... Berahim pendek .... Bukan berahim kasoh bukan berahim ..... Apa yaa yg duduk Kat beloh ulu poh 2... Lupa pulok aku...
      November 3 at 1:29pm ·  · 

    • Yanti Asma Asma nama dia berahim kontrak (duk kuala tahan masa ni)..
      nama tempat tu Dahung.....dulu namanya Berahim dahung..hik3

      November 3 at 1:32pm ·  · 

    • Zammeri Sahar Pandai ongg...
      November 3 at 1:33pm ·  · 

    • Yanti Asma Asma Abg V : knp topic ke situ pak???
      November 3 at 1:34pm ·  · 

    • Zammeri Sahar Takut cakap ajee.... Habuk pun pek... Bape lama dah cerita jalan née... 2 kata tgk siapa yg kena....
      November 3 at 1:40pm ·  · 

    • Yanti Asma Asma hak3....mangsanya adalah org2 kg. jgk...
      kesiannyaaa....

      November 3 at 1:42pm ·  · 

    • Urag Drrulug Hahaha! Akuq akan PASTIKAN jalan ini siap sepenuhnya bila tiba masa ianya sudah disiapkan kelak. Yg nak mai, bolehlah mati dulu, jangan tungu sehingga jalan ni siap sebab itu hanya janji urag pulitik hajeq. Kalau ada PRK mungkin akan cepat sikit....gamoknye larh!
      November 3 at 4:07pm · 

    • Yanti Asma Asma UR : bgus2...pastikan ianya jd kenyataan...
      agak2nya ada ke PRK.....hik3

      November 3 at 4:11pm ·  · 

    • Urag Drrulug ‎...hehe! Allah menentukannya....bukan hanya wakil pergi kerana dipanggil, tetapi pergi hanya kerana ingin pergi secara lebih terhormat demi kemjuan rakyat
      November 3 at 4:14pm · 

    • Zaimiee Mie Sdr UD..buatlah pepe yg patut tuk msyrkat kte d ulu ni....
      November 3 at 5:35pm ·  · 

    • Wan Badrul mati celik larh akuq nih gamoknye, tk dpt meningok jalan sapai kulu..
      November 3 at 5:46pm ·  · 

    • Zaimiee Mie 
      Soal mati dlm celik tu hal ke 2 Yon..kte x prlu ase brsalah..yg patut ase begitu..pihak pemerintah..2 tnggungjwb mereka..kte nk dr mereka hak kte...lau mereka xnk bg tau pun lewat memberi sehingga jenerasi
      kedua ini juge pupus..hemmmm..krta...See More

      November 3 at 5:53pm ·  · 

    • Wanasmawi Wanmohd Bhawi sebsb itu org u,tembling jgn pecaya dgn janji org politik ni msia dah merdeka 50thn lebih tapi jln raya tak sampai2 lagi...
      November 3 at 9:14pm ·  · 

    • Zainuddin Daman org politik mane yg mesti dipilih...???
      November 4 at 1:26pm ·  · 

    • Urag Drrulug hapeq yg buleh kiteq buat? buat budo hejaq larh, yok? mmmmmm
      November 5 at 8:25pm · 

    • Syed Hamal boleh ke siap 2013. ini dalam kontrek. aku ada gambar papan tandanya
      November 5 at 10:31pm ·  · 

    • Zainuddin Daman buat bodo, diperbodohkan laaa
      November 6 at 10:21am ·  · 

    • Abdul Malik Aizal hih bangge dapt jlan hahahaha
      habak sangat lah gon hahaha

      November 8 at 12:30am ·  · 

    • Wan Salmiah Wan Akil sama-sama le kita tunggu lihat je apa yg terjadi
      November 10 at 5:07pm ·  · 

    • Wan Juhaimi Wan Zainudin x boleh la tenggok ja.kena wat perancangan untk hri tua kita.hahahah
      November 17 at 11:06pm ·  · 

    • Mie Pumkinus sabo je lh deme.....x tau lh kite ni....mengharap kpd yg tk pasti....
      November 29 at 12:45pm ·  · 

    • Wawan Aacid kalo boleh kan kome nak suh pm(dato' najib) bwak mercedes dier pg mat daling ikot jalan darat skali........pg ikot gelanggi blik ikot koler tahan.......kome eskot blakang naik moto pown xpe.....
      December 3 at 9:59am ·  · 

    • Fran Zafran Suran try ler antor surat ke dia...jmput dgn hotmatnya...he3
      December 3 at 10:00am ·  · 

    • Wawan Aacid xtau alamat dier masalahnyer...........ong kan biasa ngn dato' 2ni....ong la ngjaknyer....kome bg pendapat jea.
      December 3 at 10:02am ·  · 

    • Fran Zafran Suran kih3...agak2nya,nak ke dia g....
      nnti kita try la yek...

      December 3 at 10:06am ·  · 

    • Wawan Aacid cakap jea la......rakyat didahulukan pemimpin di kemudiankan....
      so.....cuba selami ape yg rakyat alami...samer2 rase

      December 3 at 10:09am ·  · 

    • Wan Juhaimi Wan Zainudin stelah i merantau 1mlaysia,bru i dpat rasakan bahawa kg ut pling lambat dpat jlan raya.klau disabah walau pun jlannya cma 1wey tpi ada tar.kk ka tawau mkan msa 8jam tau??????
      December 3 at 6:37pm ·  · 

    • Wan Brohanuddin Wan Zakaria Dah umur 50 tahun..sebelum jalan sampai rasanya jalan dulu, gitu gamaknya...letih rasanya.
      December 3 at 7:06pm ·  · 

    • Zammeri Sahar Kg kita tidak Ada Dalam perancangan kerajaan gamoknya .. Yg npk Hutan balak.. Mereka agak ongme semua pek.. Sbb google klu tengok hijau ajee...
      Lg pun setiap pilihan raya peti undi masih dimenangi oleh BN...

      December 3 at 7:34pm ·  ·