'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, June 22, 2011

KERANA PULUT SANTAN BINASA.....

Gambar Hiasan:
Gotong-royong masak kenduri ~ Pulut dan Santan


Hidup yang semakin mencabar tak kira kita tinggal dimana, segalanya ada cabaran dan segalanya memerlukan kesabaran dan kewarasan fikiran untuk diharungi. Lakukanlah apapun, asalkan ianya akan memberikan faedah kepada ramai, tentu masyarakat akan sanjungi kita. Lakukanlah apapun, asalkan ianya akan memberikan faedah kepada diri sendiri, tentu masyarakat akan jadikan sebutan sepanjang zaman.

Di Putrajaya dah heboh pasal senarai calon-calon PRU akan datang. Khabarnya di DUN Tahan akan bertukar wakil. Yang lama khabarnya kalau bernasib baik akan naik pangkat, jika tidak akan di'sejuk-bekukan' dan kemudian akan di isyhtiharkan 'frozen foods' untuk bahan eksport. Nantilah esok atau lusa, UD akan tulis siapakah namanya yang kita dengar sudah diangkat sebagai salah satu dari calon untuk DUN Tahan. Ini sumber resmi, maklumlah UD sendiri berkhidmat di Putrajaya, duduk dicelah ketiak PM, hehe! Masam sikit pun tak mengapa!

Semua ada peluang dan semua ada harapan untuk dicalonkan dan bertanding. Terpulang kepada rakyatlah siapa yang akan mereka pilih nanti atau parti mana yang akan lebih menyakinkan rakyat untuk diberikan kepercayaan memerintah kerajaan. Yang ini ada sikit susah hendak kita perkatakan sebab sekarang ini rakyat sudah lebih bijak memilih dan menilai. Peranan media baru sungguh memberi kesan walaupun sehingga ke ceruk dunia di Ulu Tembeling. Kalau tak, tak kan cenerung ular boleh berblog....orang kampong pagi pun.



Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...itu pepatah lama yang harus kita pegang kuat. Namun ada yang mengubah-suai pepatah berkenaan sesuai dengan kiasan yang ingin mereka sampaikan. Ada yang kata 'kerana pembalakan air sungai dikeruhkan' dan sebagainya. Itu tentunya sindirian untuk orang-orang tertentu. Siapa makan cili dia berasa pedasnya. Siapa makan nangka dia kena getahnya.

UD menyinambungkan dengan posting semalam......dan gunakan peribahasa yang diubah-suaikan, bunyinya begini: Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.....kerana kulup bontot juga binasa. Hehehe! Anwar yang ada syurga 2 pintu.


Teringat hark nork buat kenduri duluq, urag kapong menatiq unta, hark sapai adalah kibas yang dah bertukar mejadiq lembu. Kerayanth ye oih? Gemaneq nye mejadiq begitu, yok? Baik ;arh akuq balik kumoh, makanth nasiq gulai puyok!!!

Monday, June 20, 2011

PAS DAN HAMPAS

Badan macam badan Anwar, muka iras-iras Anwar. Konek tu kita kena tanya Kak Jijah kerana dia yang lebih arif, hehe! Hwaaaaa!! Oh Sara!!!! Oittt! Terkezut tuan SU, kehkehkeh!


Tak lama dulu di Terengganu mereka amalkan bersembahayang 2 imam, imam UMNO dan imam Pas. Ketika itu Pas mengkafirkan orang-orang UMNO. Bersembahayang terpaksa dipisahkan dengan 2 imam. Kenduri orang UMNO orang Pas tak hadir walaupun rumah dalam kampong sama atau bersebelahan. Orang-orang UMNO dikaffirkan. Sembelihan orang UMNO juga diharamkan orang Pas memakannya. Anak orang UMNO juga diharamkan berkahwin dengan orang Pas. Begitulah dalamnya pengaruh keagamaan Pas yang hanya menghalalkan mereka dan mengharamkan orang lain.

Kemudian Pas beransur-ansur berubah. Walaupun kerajaan UMNO masih diharamkan dan syurga hanya untuk orang-orang Pas sahaja tetapi bantuan yang kerajaan UMNO berikan mereka halalkan memakannya. Wah! Islam sudah mula berpilih-pilih. Hukum Islam juga sudah berbeza untuk orang Pas dan orang UMNO. Sehingga kita dengar apa yang diterima oleh orang UMNO diiktiraf sebagai rasuah yang haram sedangkan benda sama yang diterima oleh orang Pas diiktiraf sebagai hadiah yang halal. Sehingga jika mengundi Pas akan masuk syurga dan undi UMNO masuk neraka. Wah! Makin mudah untuk masuk syurga dengan Pas, mungkin tanpa perlu beramal ibadahpun tidak mengapa asalkan mengundi Pas dalam pilihanraya sudah memadai.

Mungkin juga para pemimpin Pas boleh me'rekomen'kan kelas-kelas syurga yang tertentu untuk para pemgikutnya kelak. Bukan bodoh yang menipu itu, tetapi yang bodoh adalah yang mempercayai dan membiarkan dirinya tertipu.

Dulu slogan Pas untuk membangunkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, namun apabila mereka sedar betapa sukarnya untuk melaksanakan hukum hudud itu maka mereka menyalahkan orang lain dan kemudian mengubah kepada dasar baru iaitu negara kebajikan. Janji negara kebajikan tentu lebih mudah dan menjanjikannya juga pasti lebih mudah. Atas nama kebajikanlah boleh Nik Aziz lepaskan Mat Sabu dari kes khalwat di Hotel Perdana bilik 121 dulu. Jika dilaksanakan hukum hudud, dah tentu 'kontot' 'kotay' Mat Sabu kena potong, hehehe!

Orang kata syurga dibawah tapak kaki ibu. Itu hanya khiasan, jadi tak perlulah mengintai dari celah kedua kaki ibu hanya untuk melihat syurga kerana syurga itu bukan syurga kita tetapi adalah syurga bapa kita.

Hehehe! Selamat hari bapa. Tahniah kerana berjaya memberi nikmat kepada kaum ibu dengan mengindahkan syurga ibu yang sebenarnya adalah milik bapa. Banyak-banyak bapa yang ada hanya 1 syurga. Sedikit-sedikit bapa yang ada 2 syurga. Kadang-kadang saja bapa yang ada 3 syurga. Jarang-jarang bapa yang ada 4 syurga. Untung juga Anwar kerana ada syurga 2 pintu, hehehe! 

Fatwa Pas, kes rogol (juga liwat agaknya) mesti dengan 4 orang saksi. Adakah perogol hendak merogol dihadapan orang ramai bagi membiarkan dia dituduh dengan 4 saksi itu? Perogol akan bebas kerana tiada saksi dan yang dirogol akan dihukum kerana memfitnah sebab tak ada 4 saksi. Maka akan selamatlah Anwar Berahi dari kerja kotornya tambahan pula gerakan 'Bersih' sedang menganjurkan tunjuk perasaan untuk membersihkan Anwar Berahi dari tuduhan mengotorkan 'saluran septik tank' Saiful.


Aih! Kerayanth yok? Ade jugeq urag hark yang gemo masuk pintu belakang. Ishh! Habat amat yok! Kalau setakat bawok lariq anok dare urag, bulih tahan kireq lagiq yok?

Thursday, June 16, 2011

MEDIA DI PEDALAMAN





Hahaha! UD dengar khabar ramai orang mengutuk UD kerana kata mereka blog UD ni blog bodoh. Apa dapat UD kata jika itulah pandangan sebahagian orang terhadap UD, namun yang dapat UD katakan adalah inilah konsep dan watak yang UD sendiri ciptakan untuk menulis di blog uRag dRrulug ini.

So, tidak ada pertikaian tentang itu. Cuma dengan rendah diri ingin UD katakan bahawa UD memiliki Ijazah dalam bidang Media yang khusus. Anak Tembeling yang merantau jauh meninggalkan kampong halaman namun kasih sayang kepada kampong halaman tetap kekal dalam ingatan. Sekali-sekala pulang ke kampong dan selebihnya mendapat khabar berita dengan menghubungi sanak saudara dan sahabat andai melalui telefon dan email serta banyak membaca dari facebook dan blog khususnya dari Jerantut.

Tidak mengapa jika tiada sesiapa mengenali UD dan khabarnya banyak pihak mengaku bahawa merekalah UD dan ada juga pihak yang menuduh UD adalah orang itu atau orang ini. Namun, UD adalah UD.

Bangga bila mendengar khabar bahawa sahabat andai di Ulu Tembeling juga sudah dapat melayari internet dan berfacebook. Malahan ada beberapa facebook yang menjadi sumber inspirasi UD menulis dan mengenangkan kampong halaman. Dunia kita semakin moden dan negara kita juga sudah semakin maju. Itulah yang kerajaan telah berikan kepada kita sebagai rakyat negara ini. Cuma, kadang-kala kita lupa apa yang kita terima tidalah setimpal dengan apa yang telah kita berikan terhadap negara tercinta ini.

Walau apapun, UMNO dan kerajaan BN harus dikekalkan bagi menjamin apa yang kita dapati sekarang ini akan terus kekal sebagai milik bangsa kita.  Semoga Melayu akan terus kekal sebagai tuan kepada bumi Melayu ini dan, semoga tak akan hilang di dunia.

Don Tapscott dalam bukunya "Grown Up Digital: How the net (net bukan next) Generation is Changing Your World", menyebut mengenai 2 generasi;

Generasi Pertama:
'Pre baby boomer' - lahir sebelum 1945
'Baby Boomer' - lahir selepas perang dunia (1946 -1964)

Generasi Kedua:
Generasi X - tahun 1965 -1976
Generasi Y - tahun 1977 - 1997
Generasi Z - tahun 1998 dan selepasnya


Generasi kedua ialah yang lahir selepas 1965 dikenali sebagai Generasi Internet yang banyak mendapat lebih banyak berita dan maklumat melalui internet berbanding media cetak dan penyiaran. Untuk perhatian, Generasi X dan Y adalah  golongan yang akan menjadi kelompok terbesar pengundi dalam PRU13 nanti.

Kerana itu jika parti politik yang ada mampu mengurus harapan generasi muda dan berkomunikasi  aspirasi dengan mereka maka harapan untuk mendapat majoriti sokongan rakyat dala PRU nanti tentunya akan lebih besar. Soalnya apakah pemimpin politik Jerantut ini berfikiran begini?

Generasi X, generasi Y, generasi Z......asal jangan WZWH rosakkan minda generasi muda ini dengan idea-idea bombastiknya yang hanya kerana ingin pertahankan tokoh politik tertentu.

sini   serta   sini  dan banyak lagI suara dari pedalaman, hehehe!

Monday, June 13, 2011

WOW! BLOG uRag dRrulug MELANGKAH KE NASIONAL




Wow! Berbelog tentu akan lebih menarik dan menyeronokkan bila bilangan pembaca bertambah. Blog picisan UD selama ini hanya untuk Jerantut kini sudah melangkan ke peringkat nasional. Terima kasih kepada 'mentor' Tuan Husin Lempoyang. UD tak kenal dia pun dan tak pernah jumpa pun, hanya UD menulis diruangan komennya dan memohon. Lihat CnP dibawah ini:

uRag dRrulug berkata...

Wow! Tuan Husin....hehe, boleh linkkan blog saya disini? - http://uragdrrulug.blogspot.com/

Husin Lempoyang berkata...

Ok ... lu ada humour dan sinis, boleh masuk bloglist ana.

Serius sangat tak boleh la.



Bukan bangga diri, tapi UD merasakan ini satu penghargaan. Banyak yang kata blog UD ini menarik dan unik. Tapi yang penting adalah UD sudah dapat memperkenalkan Ulu Tembeling kepada negara dan dunia. Menulis ada berbagai cara dan UD ada identitinya sendiri.

Terima kasih kepada pengunjung yang semakin bertambah. Mungkin nanti UD sudah susah nak tidur lena kerana memikirkan apa yang akan ditulis esok kerana pembaca sudah tentu akan menanti-nanti dengan penuh harapan. Mengetahui apa teguran yang diluahkan dalam bahasa sindiran.

Terima kasih Husin Lempoyang, nanti UD boleh belanja makan nasi gulai ikan baung masak asam rong di Jerantut. Khabarnya dulu dah makan gulai patin tempoyak di Temerloh? Hehehe! Ahhh! Kenderaan 'hybrid' ni kalau Tuan Husin hendak, kenalah order sekarang, bimbang kalau lambat mungkin tak dapat. Meniaga 'auta' lagi untung dari meniaga 'unta'!

Hehehe! Selain dari tersenarai dalam blog list Husin Lempoyang, blog UD juga ada dalam list blog Papa Gomo, Parpukari, Pahang DailyOnline dan beberapa blog tersohor lainnya (tapi tak ada dalam blog Laksmana Jebat). Laksamana 'Al-Copy Paste' tak ada rasa segan ka? Kalau tak kenapa dah lama tak mengopy paste atau menulis pasal Fasha Sandra? Atau apa-apa cerita seks? Hehehe!

Sunday, June 12, 2011

JANJI-JANJI YB...

Kenderaan hybrid ciptaan khas untuk WZWH menemani YB nya melawat kawasan


Terima kasih larh kepadeq urag hark memberi kumen de belog uRag dRrulug neh. Make, UD nork 'kupiq and Paste' jugeq de belog UD neh, macap hark yang de buat ulih belog Cg Pian akan Laksamana Jebat Al- Copy and Paste tu;

Hiss... UD,


Cuma masa aja penentu nya ,tidak sekarang, esuk atau lusa, jambatan itu ada. Tidak di alam nyata akan berlaku di alam impian. Orang UD boleh menyeberang sungai secara khayalan, lepas lah juga. Aku setuju mana dia prujeek Mega WZWH itu... PRU 13 makin hampir oooi WZWH. Kata WZWH prujek itu dalam pipe line. Setahu aku lah yang dalam ppipe line ialah air dan angin aje, tak percaya tanya Pengarah JBA Pahang. Menunggu lah kita wahai UD, kena lah kita berbulan lah pula. Di Terengganu ada masjid kaca/kristal maka di Tahan ada jambatan kaca...hheeee....heeeee, gelembong aka di pungkar lah aok semua.
June 11, 2011 12:26 PM


UD tak hendak berkongsi mimpi dengan sesapa sebab mimpi-mimpipun sudah tak seindah dulu lagi kerana janji-janji dusta pemimpin. Orang-orang Kuala Tahan banyak mengadu pasal tanah. Orang Kg. Gol tak sudah kempunan menjaringkan gol kerana kecewa dengan isu tanah juga. Orang Kg. Merting terkontang-kanting dan masih mamai dengan isu tahan FELCRA yang hujan emas mencurah ke tempat lain. Yang orang Kg. Labu dapat hanyalah hujan batu, sambil sekali sekala mengengam batu sendiri saja.

Lama dulu UD buat 'CnP' posting bertajuk 'uRag dRrulug dengan Kentut pemimpin' Post tu di CnP dari blog Husin Lempoyang yang idea asalnya dari blog MYKMU.Johor. Sebenarnya posting itu berbentuk sindiran politik, tapi kerana WZWH langsung tak peka kepada lelucon dan melainkan lelucah sahaja, maka jenuhlah WZWH mengutuk UD serta Husin Lempoyang serta memandang rendah kepada blogger nasional itu. Rupanya WZWH langsung tak tahu yang bahasa sindiran dan kiasan.

UD nak berikan lagi satu cerita lawak untuk WZWH belajar melawak dan kemudiannya jadi Pak Lawak Politik Jerarantut, beliau memang sudah ada bakat sekarang ini kata ramai pembaca blog Jerantut. Bacalah disini, Blog 'Hikayat Marhaen Kacak'. Ada banyak yang boleh dipelajari didunia ini, dimana-mana saja hatta di lubang najis sekalipun, hehehe!

WZWH mungkin sudah lupa suatu ketika dulu bila undian dijalankan antara UD dan WZWH maka rakyat Ulu Tembeling telah memilih UD untuk mengalahkan WZWH (Klik) 

Pemimpin juga kena memandang belakang, apa janji yang tidak ditunaikan? Kesian jugeq ke urag kapong hark yang mennggu nork korban onta....(Klik sini) Hehehe! Yang Berhurmat pedooh ke kumeq yok? hohoho!


Adik wan (zuriq) ong jangan maroh ke abang yok? Mende nye kiteq besedareq, abang buat-buat hayor hajeq ke ong tu, bagurau-gurau yok? Ong tak menegor laluq maseq kite bejupeq de Ko-Tahan duluq yok? Sumbong amart ong neh!

Saturday, June 11, 2011

JEMBATAN KACA @ HALIMUNAN

Mana Cable Car WZWH dahulu? Dah siap ke? Kehkehkeh!


Tak lama dulu blog SPU menulis post mengenai peruntukan jambatan gantung di Kuala Tahan yang hilang. ( Baca Sini). Tulisannya singkat saja tapi isu dan implikasi dari isu berkenaan tetap panjang dan berpanjangaan.

Ada 2 perkara yang suka UD ulas disini dari apa yang ditulis di blog SPU itu: 1- Laluan Keretapi dari KL ke Temerloh yang diperkatakan itu sebenarnya sudahpun diperbincangkan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan dan baru-baru ini saya terbaca artikel mengenainya di akhbar Sinar. Bermakna laluan keretapi itu akan jadi kenyataan.  2- Isu jambatan gantung di Kuala Tahan itu sendiri.

Di ruangan komen diblog SPU dalam post berkenaan kita temui beberapa komen yang menarik. Kita ambil komen dari blogger Cenerong Ular (Blogger Blog Hulu Tembeling - yang sudah lama tidak menulis):



chenerong ular said...







Salam SPU, marah benar nampak gaya wzwh ke blog spu dan geng gengnya "KATA DIA".

Persoalannya saya dan blog blog lain langsung tidak menulis kenapa dan siapa yang mendapat konsensi balak di kampung kucing, walau pun kita tahu siapa ?.

inti pati yang di persoalkan ialah kemana peruntukan itu di bawa ?. dan saya pernah menulis di dalam komen blog beliau, siapa yang kuat membangkang hingga terhalangnya projek jambatan gantung tersebut, saya tau siapa, bukan kaki tangan kerajaan,kakitangan kerajaan lagi takut kepada pemimpin umno, ada lagi kuasa yang lebih tinggi yang memberi kata noktah pembatalan projek JG TERSEBUT.

Satu lagi yang saya pernah persoalkan apa resionalnya untuk kita mendirikan JG MENYEBERANGI sungai tembeling di kuala tahan, untuk apa ?,alangkah elok peruntukan sebanyak itu kita cadangan bagi pembangunan persisir sungai tembeling, Ada kah mendapatkan peruntukan untuk membina benda yang kurang penting di anggap KHIDMAT YANG CEMERLANG, SEMUANYA, ADA UDANG DI SEBALIK MEE KUNING.?
Kita percaya bahawa Cenerong Ular sebagai 'Anak Tembeling' lebih tahu mengenai isu berkenaan dan bahkan beliau sendiri lebih mengenali WZWH secara peribadi.  Saya harap CU akan menulis kembali selepas ini setelah rehat yang panjang. Nanti ada masa boleh kita sembang-sembang sambil mengeteh di Corner depan Pasar Jerantut, hehe!

Friday, June 10, 2011

MANA JANJI MANISMU ?





Blog patpatsikulipat, WZWH dan SPU berkisahkan tentang protes sebahagian ahli UMNO terhadap pemimpin. UD yang jarang mendapat kesempatan menerima berita secara langsung hanya berpandukan kepada apa yang terlulis dalam blog-blog berkenaan.

Tidak kira berapa sedikit cawangan yang memprotes, atau sama ada protes berkenaan tidak disokong kebanyakan cawangan dalam bahagian Jerantut, atau cadangan berkenaan dibenamkan oleh kuasa tertentu, namun hakikatnya, suara rakyat sudah bangkit untuk menegur pemimpin.

Bukan soal menang dan kalah dari segi isu itu yang dipertimbangkan, namun dari segi moralnya pemimpin berkenaan sudah diberikan isyarat bahawa rakyat ingin memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti dan kerajaan bahawa rakyat sudah tidak inginkan bertuankan pemimpin berkenaan lagi. Isyarat ini sangat jelas dan PM kita percaya sudahpun dapat menangkap maknanya.

UD tidak hendak membicarakan kenapa ini semua terjadi, kerana jika itu dilakukan maka akan mengakibatkan imej pemimpin berkenaan akan lebih tercemar dimata rakyat. UD tidak ingin melakukan kesilapan sebagaimana yang dilakukan oleh WZWH. Konon nak pertahankan bos namun tanpa sedar beliau telah menelanjangkan bosnya sendiri.

Jika dilihat kepada popular post di blog UD ini sendiri, kita dapati antara 3 post yang sangat diminati adalah berkaitan dengan masyarakat dan pembangunan; Kedukaan Masyarakat Ulu Tembeling, Septik Tank - Rakyat Jerantut Rugi Kerana UMNO Tak Bahas Usul WZWH dan Sekolah Usaha Sama Ternak Burung Walit Di Ulu Tembeling.

Bahawa rakyat DUN Tahan sangat mendambakan pembangunan dan berharap pihak Kerajaan melaksanakannya sebanyak mungkin dengan kadar segera bagi menyamakan dengan apa yang didapati oleh masyarakat di bandar-bandar selama ini. Bahawa pembangunan jugalah dijadikan  modal dan janji-janji yang diberikan oleh wakil rakyat selama ini setiap kali kempen PRU.

Di Kuala Tahan, rakyat menanyakan dimanakah Jembatan menyeberangi Sungai Tembeling yang dijanjikan itu? Mana tanah untuk generasi baru? Kerana ini janji wakil rakyat. Tentu rakyat tidak menanyakan tentang cable car yang dicadangkan oleh WZWH kerana mereka juga sedar bahawa itu hanya mimpi tidur tak basuh kaki WZWH saja.

Di Ulu Tembeling, rakyat tertanya-tanya manakah pembangunan yang dijanjikan? Yang kelihatan hanya kontraktor kroninya yang diperkayakan.

Di Kampung Gol, rakyat menanya mana tanah padang ragut rakyat yang konon nak dibangunkan oleh pemimpin yang tiba-tiba menjadi kecenderungan pihak yang ada kepentingan dan rapat dengan pemimpin berkenaan? Rakyat rasa dan sedar mereka tertipu. Itu adalah antara sebab-sebab kenapa usul undi tidak percaya itu dibuat.

Rakyat masih sayangkan UMNO dan kerajaan yang memerintah, namun rakyat juga berhak membenci pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri dari kepentingan masyarakat kerana sudah nyata tidak selaras dengan slogan 'Rakyat didahulukan'....

UD bukan menghukum sesiapa, tetapi hanya memanjangkan suara rakyat untuk didengari oleh para pemimpin dan dalam masa sama menyedarkan para pemimpin akan kesalahan yang mereka telah lakukan selama ini. Jika sesat dihujung jalan, kembalilah kepangkal jalan. Tapi jika tak ada jalan, bagaimana balak nak di keluarkan? Jika tak ada balak untuk apa jalan dibinakan? Haha! Jalan-jalan cari makan...cari makan buat jalan.


Hehehe! mende kiteq urag budo, nye pebudo de urag hajeq larh...yok? Dunieq tork tau maluq!

Wednesday, June 8, 2011

JIKA TUAH MASIH ADA...


Sekadar gambar hiasan


Terlalu banyak yang hendak ditulis kebelakangan ini. Tambahan pula Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut serta sayap-sayapnya memberikan input yang banyak, cuma sebagai blogger 'separa-masa' UD tak mampu melakukannya atas alasan bebanan tugas dan tanggungjawab yang mengekang.

1. UD terbaca komen di blog BH oleh CikGu Pian bahawa blogger Jerantut akan digerakaan bagi persediaan menghadapi PRU nanti. Namun tertanya-tanya juga bagaimanakah Cikgu Pian nak jadi komander blogger jika dia sendiri sudah berhenti menulis (menyalin) di blog 'CnP' nya?   [Nota: Cikgu Pian adalah antara blogger 'CnP' tersohor di Malaya]

Siapakah yang akan Cikgu Pian hubungi untuk merealisasikan perjumpaan blogger Jerantut itu kelak kerana selama ini beliau langsung tidak hubungan dengan blogger picisan seperti kami ini. Selain itu dimanakah pertemuan itu akan diadakan nanti kerana ada beberapa blogger Jerantut yang tidak tinggal menetap di Jerantut, termasuk UD sendiri.

Selain itu, apakah blogger Jerantut sudi mengikut telunjuk Cikgu Pian nanti kerana selama ini mereka tidak pernah dipedulikan langsung? Jika beliau dilantik sebagai komander blogger Jerantut, sudah pasti beliau akan jadi seorang komender yang ketiadaan tentera.

UD teringat pada dialog Sultan Melaka dalam Hikayat Hang Tuah; '....ahhh! sayang sekali, kalaulah Tuah masih ada...... Malangnya Tuah sudah tiada dan Jebat bukanlah seorang pemimpin yang sesuai utuk tugas ini. Selamat tinggal Jebat!

2. Apa jadi dengan usul tidak percaya kepada Wakil Rakyat yang diterima tanpa bahas dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini? Khabarnya tidak siapa yang berucap menyentuh usul berkenaan. 'Abang Bu' aka 'Abu Satu Batu' nampaknya sudah kehilangan 'batu'nya.

3. Setiausaha Eksekutif (satu-satunya jawatan sedemikian dalam Malaya) juga sudah 'terkencing' dalam seluar kerana akan dipecat oleh Ketua Bahagian (sumber blog WZWH)

4. Wanita UMNO sudah tidak sehaluan lagi. Siti Melet sudah seberangi sempadan dan sedang membina kekuatan untuk menentang KW. 'Kak Key' dengan sokongan 'Abang Bu Satu Batu' akan bersama Siti untuk jadi Naib Ketua Wanita 'tertua' dalam UMNO Pahang. Kalau gagal untuk jawatan itu, mungkin akan datang boleh pula bertanding jawatan Ketua Puteri setelah segalanya 'dikemaskini'kan. (sumber blog patpatsikulipat). 

5. Pemenang G7 ditempat ke-5, marah-marah kerana undian yang kurang dan tidak memuaskan hatinya sedangkan beliau memberikan 'rasuah' atas nama 'hadiah' berupa butang baju melayu dan pen kerana bersukacita apabila MB membenarkan menyambung kontreknya walaupun MDJ sudahpun menender semula dan beliau kalah di mahkamah dalam kes 'Rumah Hantu Berehat'.

Aku rase hark yang layok jadi pemipin dorh tork ade...yang ade tork beraper layok, gamok de aku larh! Hark yang layok sikit-sikit rasenya STB, kalau tork pon WZWH larh. Tapiq...ishhh! lantork gon larh, patut dulu darh gon becareq ke hal belog neh.....

Thursday, June 2, 2011

URAG DRRULUG MAMPU BERSENDIRIAN

Kaum keruageq kiteq de kapong Mat Daling
Akuq dimeq tork napok sebab akuq menyelap dekat hinjeq



Membaca blog 'Wan Zuriq', rasa hendak terpedaya dengan kata-katanya. Seorang berketurunan Bendahara dan Penasihat Politik dan Ekonomi ADUN. Tapi kenapa nama uRagdRrulug juga turut dipetik didalam blognya seolah-olah ada persefahaman untuk bersama-sama mensucikan politik Jerantu.

UD langsung tidak agenda dalam membersihkan politik Jerantut. UD tiada langsung minat dalam politik Jerantut. UD hanyalah seorang 'massenger' pembawa suara rakyat marhaen dalam DUN Tahan yang hanya ingin suara kami didengari oleh semua orang terutama para pemimpin bahkan oleh dunia dan kami berbangga dengan keupayaan kami untuk bersuara.

Ramai orang memandang rendah kepada UD dan ada yang menganggap UD adalah seorang dari boogger yang sedaia ada di Jerantut. Apakah dalam dunia globalisasi ini kita tidak boleh menulis tentang Jerantut walaupun kita tidak beraada di Jerantut? UD menulis khususnya untuk mengangkat martabat orang-orang di Ulu Tembeling, supaya jangan lagi ada rasa rendah diri dan terhina walaupun kita masih tinggal jauh dipedalaman dan terbiar dari segi pembangunan. Dalam kata lain, politik bukanlah agenda UD.

UD tidak pernah berbincang dengan WZWH secara khusus mengenai blog dan politik Jerantut, sudah tidak ada apa-apa persetujuan dan persefahaman mengenai agenda politik WZWH untuk membersihkan politik Jerantut. Bagaimanapun UD akan tetap memberikan sokongan jika ianya melibatkan kepentingan pembangunan dan ekonomi rakyat marhaen Ulu Tembeling dan DUN Tahan amnya. Selain dari itu, anggaplah WZWH atau UD bersendirian.


Aih!!!Yok! Ong nork ajok kumeq bersameq ong berjuang? Maseq nork berjuang ong ingat ke kumeq, kala maseq dorh menang berjuang natiq apa ong masih ingat keq ke kumeq? Hehehe! Kume neh hanya urag hark yang mencari kayu apiq dan memunggoh ayer hajeg, hik hik hik! Sumbong amart ong neh zuriq!


Wednesday, June 1, 2011

SUARA RAKYAT MARHAEN MENJELANG MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN

Perwakilan UMNO yang dipilih ke Perhimpunan Agung UMNO
Siang mengantuk malam berjaga...di karaoke atau dangdut?



UMNO Bahagian akan bermesyuarat pada 5hb nanti. Walau tiada pemilihan AJK Bahagian tetapi pemilihan G7, ke Perhimpunan Agung tetap juga ada. Lobi melobi sedang dan masih berlaku. Tak banyak sikit tetap politik UMNO menjana ekonomi ahli-ahlinya.

Pemimpin bercakap mengenai perubahan didalam UMNO. Apakah UMNO sudah berubah? Siapa didalam UMNO yang harus berubah? Apakah perubahan yang sudah UMNO Lakukan?

Di cawangan-cawangan masih seperti dulu. Ketua cawangan tetap berkuasa dan bersama kroninya menentukan siapa perwakilan UMNO ke Bahagian serta siapa akan memeggang jawatan apa di cawangan. Ahli di cawangan semakin mengecil, sesiapa yang berpotensi untuk bertanding jawatan didalam UMNO akan dicantas dan disisihkan.

Ketua dan perwakilan cawangan masih tetap orang yang sama kerana segalanya sudah dirancang sesama mereka. Sama ada perwakilan UMNO cawangan mampu membuawa suara dari akar umbi dan cawangan tidak mereka utamakan, yang penting hanya mereka yang layak ke mesyuarat bahagian untuk mengharap akan mendapat 'gula-gula' dari calon yang bertanding. Bahkan calon yang bertanding juga masih mampu memberi 'gula-gula' para perwakilan.

Jikalau kita membaca komen di blog wan zuriq, kita boleh melihat apa komen dari mereka yang benar-benar tahu apa yang berlaku didalam pentadbiran UMNO Jerantut ini. Bagaimana pegawai-pegawai yang berkhidmat menyalahgunakan kuasa dan wang peruntukan untuk mengembungkan perut mereka sendiri. tentu rakyat tidak akan menghalalkannya. Tentulah segalanya itu didapati dari sumber yang haram. Jadi tidak hairanlah jika ahli UMNO yang dikategorikan sebagai 'bujang senang' ini semuanya 'haramjadah'

Jika UMNO Jerantut benar-benar mahu selamat pemimpin haruslah mengubah semua itu. Mereka yang ada disekeliling 'ketua' haruslah dipisahkan kerana terlibat dengan penyelewengan. Masalah utama adalah 'Ku Lan' tidak pernah dapat mendengar suara sebenar rakyat marhaen. Suara yang disampaikan oleh pegawainya hanyalah dendangan yang manis dan merdu belaka. Jika ini diteruskan jangan ingat UMNO akan dapat bertahan lagi menjelang PRU13 nanti.

Pemimpin tertinggi UMNO mesti membuat keputusan yang tepat terutama dalam pemilihan calon dalam PRU nanti. Kami yang akan menentukan undi kami nanti tidak teragak-agak untuk tidak mengundi calon UMNO yang tidak kami sukai serta sekiranya UMNO kelihatan masih tidak berubah dari apa yang rakyat bencikan selama ini.

Pucuk pimpinan harus sedar bahawa ada kumpulan ke-3, yang lari dari UMNO tetapi tidak juga menyukai pembangkang. Kumpulan ke-3 ini nanti mungkin sama ada mengundi kepada pembangkang sebagai protes terhadap UMNO / BN atau tidak akan memberikan undi kepada sesiapapun.

Adeq jugeq larh aku dengor ceriteq pasai perwakilan yang dibawak ulih yang berhurmat ke dangdut. Kala demeq nork dengor ceriteq nye, nantiq akuq bewayat ke dimeq...hehe. Ade belake ceriteq pasai urag UMNO neh. Kerayantah, Yok?