'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, December 26, 2010

KALAU AKAL PANJANG SEJENGKAL, JANGANLAH KEBERANIAN CUBA DIDUGA

Ada satu blog yang tidak berapa cerdik mengajak pembangkang berdebat. Kalau menang apa dapat? Kalau kalau kalah pula apa yang dapat? Apakah faedah untuk rakyat?

SPU mencadangkan supaya adakan pula debat mengenai pemberian saham Felcra yang tidak telus. Mungkin satu pihak itu cuba mengalih perhatian kepada masalah lain namun SPU membawanya kembali kepada masalah asal. Wakil rakyat era ini perlu berkhidmat untuk rakyat. Menyertai politik sudah jadi satu profession, bukan lagi tanggungjawab sosial. Rakyat berhak memilih bukan saja parti yang dirasakan mampu memberi khidmat terbaik untuk masyarakat bahkan rakyat ingin memilih wakil rakyat yang mampu bertugas bersungguh-sungguh untuk rakyat.

Tidak mustahil sesebuah parti akan tewas dalam pilihanraya kerana salah meletakkan calon. Rakyat tidak lagi seperti generasi dahulu yang hanya mengundi dengan melihat dan memilih parti. Asal ada gambar kapal layar mereka akan 'pangkah'. Asal nampak gambar 'dacing' mereka akan dundi.

Kita tidak tahu apa rasionalnya blog berkenaan mem'provoke' bersungguh-sungguh untuk mengadakan debat? Apakah terlalu yakin dengan pemimpin 'poojaan' hatinya akan menang debat berkenaan? SPU kata dia hanya bimbang perdebatan berkenaan berkesudahan dengan mempamirkan kebodohan berganda.

Apapun saya hanya nak nasihatkan blogger berkenaan melihat klip video dibawah ini, dan pastikan bahawa dia dan pemimpin 'poojaan' hatinya adalah seorang budak yang lari apabila dihambat oleh seekor ayam. Kehkehkeh!





Kehkehkeh! Kalau ong hanye berani macam ayam betineq neh, baik tork usoh nork bedebat! Biorlarh jadi urag budo dalam kalangan urag ceredek, kerana lama-lama kiteq bulih belajor dan menjadi ceredek, dari menjadi urag ceredek dalam kalangan urag budo kerana semakin ari kiteq jadiq semakin budo.  yok?

6 comments:

Anonymous said...

ong ni pun bengong juga urangnya..melalui debat tu bole dapat kbnaran dan ketelusan..biarlah bdebat. tu namanya gentleman. bukan mcm ong, tulis je berani, tapi muka ong sorok. wzwh gentleman, smua urang tahu sapa dia. salah silap bole minta maaf, tapi kejantanan tu penting..

uRag dRrulug said...

hahaha!
akhirnya ong masuk perangkap, yok?! ong sudah alah oleh provokasi! Sure, UD is low mentality and stupid, but he's nobody. So, who cares? But when you, WZWH show your low mentality and stupidity, there is something....no wonder people call you a moron of the year! Uikk! macam mana pulok UD bulih bacakap urag putis mule dariq yang behurmat hark yang ada ijasah dariq luor negeriq tu? memang sah itu ijazah dari pasar malam

uRag dRrulug said...

betul tu wz, melalui debat mengenai isu felcra tu nanti orang kampong boleh mengetahui siapa sebenarnya yang menipu rakyat selama ini? Kita akan lihat nanti siapa yang telus dan siapa yang bolos! hehe! Debat! jangan tka debat!

uRag dRrulug said...

Salam gemombang rakyat, blog anda sudah dilinkkan

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug dan semua,
Kayan ong ni Sir, makin ramai penyokong ong..link senun..link sini, tahniah untuk ong, mulek la tu..memuga ong akan dapat pingat..tak dapat pingat pun ong tinggalkan belang..macong rimau.
Kalo bertaki dengan WZWH, bio bagi bebudak sekuloh menengoh aje la, seboknya dianya kalo tanya soalan Base Melayu nye jawok dalam Matematik..kalo tanya soalan matematik nye jawok dalam geografi..tak pernoh nye jawab berdasorkan soalan...ong tingok lah dari nuklear ke mikro hidro...dari Jalan berturap Koletahan ke Bkt My Darling, kampung Pagi kena ade jalan dalong kampung , budget lain pulok tu...tadok akai..apa kalo ke bukit Mat daling tak lalu Kg Pagi ke jalannya...ishhh, nok tamboh kuntrekter lagi la tu..,
Budget menda sebenornya atas pelan2 pembangunan Hulu Tembeling...ishh, guna lah duit rakyat untuk rakyat, bukan duit rakyat masuk puket deme, lepas tu dah penuh baru tulong rakyat...,urang bagi idea, tuduh urang membangkang,,kalo begitu buang demokrasi pakai sistem Hitler lagi mulek..ishh hilang akal, aku kalo memikir ke akal puok-puok dan juok-juok ni..

uRag dRrulug said...

hehehe!
ong dinguk larh budok zurik tu, kena hambat derk hayap betineq....lintang pulang lariq, kehkehkeh! budo amat, yok?