'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, December 18, 2010

RAKYAT PEDALAMAN DAHAGAKAN PERUBAHAN

Gambo Jiti de KoTembeling


Lebih 50 tahun negara Merdeka. Generasi yang berjuang untuk kemerdekaan dengan keringat dan darah mereka ada yang sudah meninggalkan kita. Mereka halalkan perjuangan mereka demi generasi kita masa kini dan masa depan. Mereka tidak mendapat apa-apa dari perjuangan mereka itu, tetapi melakukannya untuk kita, untuk anak cucu mereka.

Mungkin kita pernah mendengar bahawa untuk membolehkan rombongan Tungku Abdul Rahman berlepas ke London untuk merundingkan kemerdekaan, rakyat Tanah Melayu berkorban wang ringgit bagi membiayai perjalanan tersebut. Satu kutipan derma dijalankan diseluruh negara, dan khabar itu juga sampai ke kampong kita di Ulu Tembeling walaupun mereka mungkin kurang faham apa yang sebenarnya berlaku. Mereka menderma. Melurutkan hiasan, gelang ditangan dan cincin dijari demi satu perjuangan bernama kemerdekaan.

Generasi kita, mungkin sudah melupai peristiwa yang berlaku itu. Kita tidak merasa keperitan itu. Memang kita sebagai pewaris perjuangan ibu-bapa dan datok-nenek kita berhak menikmati erti kemerdekaan itu. Tetapi apakah kita benar-benar merasainya?

Jurang perbezaan antara kawasan bandar dan pedalam seperti Ulu Tembeling ini sangat ketara bagai bumi dengan langit. Apakah itu kerana perjuangan ibu-bapa dan datok-nenek kita dulu juga berbeza maka kita tidak mendapat seperti apa yang orang lain mendapatnya?

Bagi merangsang kelembapan ekonomi berbagai strategi kerajaan lakukan. Kita sangat menyokong. Golongan Petani dan Nelayan menerima subsidi itu dan ini. Penjawat awam diberikan bonus walaupun masuk kerja pukul 10 pagi dan balik pukul 1.00 tengahari. Peneroka Felda juga diberikan imbuhan dulu sebelum menyambut hariraya. Apa yang kerajaan berikan kepada penduduk kampong pedalaman yang hanya petani kecil?

Projek-projek pembangunan yang dibawa, apakah impaknya datang terus kepada golongan petani kecil dipedalaman seperti kami? Mungkin harga getah naik sedikit, tetapi kenaikan harga barang lain membuatkan kami merasakan lebih baik harga getah tidak naik langsung supaya harga barang juga tidak naik. Bapak menteri seperti biasa, berjanji dan berdusta. Kata petrol tidak akan dinaikan dalam tahun ini tetapi selang beberapa lama tiba-tiba harga petrol dinaikan juga. Kalau kata menteri juga sudah tidak boleh dipercaya, apa lagi yang boleh kami lakukan?

Haih! Aku malas pikir dorh. Bior nye lantok larh. Kiteq tunggu larh pulork mase kite akan dimeq perlukan natik. Kiteq tau larh berapeq kite nork letok hargeq, hehe! Mimang aku mintok, mimang aku hendok! ...Dunieq trik tau maluq!

5 comments:

Anonymous said...

Salam.Ini yang rakyat marhain rasakan.dulu semasa nak menuntut kemerdekaan sampai ke ulu tembeling UMNO cari rakyat untuk menderma.Namun bila dah merdeka dan UMNO memerintah apa yang UMNO berikan untuk rakyat yang banyak membantu memerdeka kan negara tercinta ini?.Pemimpin sekarang hanya berjuang utk poket mereka sahaja tidak lagi cuba membantu rakyat susah

uRag dRrulug said...

salam,
Itu larh hark yang aku raseq. Mungkin bukan saloh pemimpin utame, tetapi hark yang de bawoh neh, hark yang duduk de ratas kiteq neh, yok?

ideakita said...

harap orang di ulu jangan mimpi di siang hari untuk pembangunan di kawasan sana. sudah 53 tahun merdeka...anda masih di dsetinasi sama.

oleh itu basuh kaki dahulu sebelum tidur untuk PRU13 nanti.

Kalau selepas PRU13 apa yang berlaku samada anda masih mimpi di siang hari atau di malam hari...

tungguuuuuuuuuuu

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Urag Drulug dan semua,
Bila cakap pasal merdeka, mengapa kite semua memperjuangkan kemerdekaan tidak seperti menuntut kemerdekaan?...,kenapa kita menagih kemerdekaan?,,adakah kerana kite menagih pembangunan?Apakah bezanya pembangunan kita dengan negara yg kita tagih kemerdekaan?
Pada aku, kita tagih kemerdekaan kerana sayangkan tanah air kita,bangsa, agama dan budaya kita..,tapi apa yg pemimpin kite tonjolkan? gadaikan semua yg dipertahan dan di perjuangkan kemerdekaannya dengan menakluk rakyat sendiri...bangga dengan kuasa dan duit yg ada, buat prujek berbillion yg membolehkan yg kaya terus kaya yg miskin kekal miskin, yang paling teruk pemimpin yg bergelar kan melayu yg memperjuangkan melayu..tidak sedikit pun menunjukkan ciri kemelayuan dlm apa yg di rancangkan terhadap penduduk hulu tembeling yg boleh di katakan 100% melayu dan bumiputera..jadi mana nilai merdeka yg kite juangkan? itu bab kebangsaan..bab tanah air, amik harta semulajadi, bukan sahaja ambik, di cemarkan lagi...hishh...sebelum aku melalut, biar aku berhenti..bincanglah rakyat ulu tembeling..jgn cuma kite laungkan kemerdekaan tanpa ada apa yg kite merdeka kan...

Buntat said...

salam semua
terima kasih ainonmous kerana memberi komen. Sebenarnya saya amat bersetuju apa yang ong perkatakan. Saya telah memerhati dari dulu lagi. Pemimpin sekarang memang suka menipu rakyat. Kadang2 mereka ini tak sedar apa yang janjikan (perkatakan).
Mengenai dengan kenaikan harga minyak sangat tak diduga. Sesuka dia naik. Menteri berkenaan tak ada buat penguman langsong. Hanya dapat tahu harga minyak naik. Sungguh mengecewakan. Selagi mereka-mereka inilah mentadbir budaya ini tetap berturut-turut pentadbir akan mengikut jejak. Langsung tak nak BERUBAH SIKAP. Mereka ini tak tahu apa yang terjadi pada rakyat miskin dengan kesan kenaikan harga minyak. Janji poket penoh.
Tunggulah PRU13..........