'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, December 20, 2010

SPU USIK WZWH?

Cable Car, Projek Nuklear, Hydro, Greater Jerantut, Greater Ulu Tembeling, 
Greater Kg. Pengor, Greater Racket Tailed Drongo(???)



WZWH menulis begini (baca sini), tentang projek yang telah dan sedang dilaksanakan di Ulu Tembeling. Nilaiannya jutaan ringgit. Beruntunglah penduduk Ulu Tembeling. Saya sangat menginsafi bahawa saudara saya WZWH ini adalah seorang yang bersikap sangan terbuka dan telus.Kerana itulah beliau dengan berani membentangkan segala projek yang diracang dan laksanakan oleh 'bos'nya tanpa sebarang selindung. Saya juga dengan jujurnya menyedari bahawa memang banyak yang telah 'bos' berkenaan lakukan untuk penduduk.

Cuma, kali ini saya mengharapkan WZWH lebih jujur, telus dan benar-benar berani dengan menyatakan siapakah kontraktor-kontraktor berkenaan yang melaksanakan projek-projek berkenaan untuk kita bandingkan dengan rekod yang kita ada. Ini memang memerlukan keberanian yang sangat tinggi, tidak ramai 'lelaki' yang seberani ini. Mungkin juga WZWH masih kurang cukup berani mendedahkannya. Saya yakin pasti ada pihak yang mencabar WZWH untuk menjadi seorang hero yang berani mendedahkan maklumat ini. Mungkin WZWH akan seberani 'wikileaks' atau dia sebenarnya 'hero filem tamil' yang penakut dan menyorok disebalik 'langsir' dan hanya layak menjadi 'wikiweak'

Begitu apa yang ditulis di blog abang kita 'SPU' aka SaraPuddinUsin yang mengharapkan ketelusan dan kejujuran WZWH. Sempat juga dia mencabar untuk tunjukkan keberaniannya. Selama ini saya percaya bahawa WZWH memang berani dalam mempertahankan pendapatnya diblog walau banyak yang memberikan komen bertentangan dengan pendapatnya. Tapi kali ini penghormatan saya terhadapnya sudah semakin hilang. Dia bukanlah seseorang yang sebenarnya jujur dan telus seperti yang kita sangkat dan seperti yang kita dimaklumkannya.

Andaikan saya adalah seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan adalah perwakilan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, jangan haraplah dia untuk mendapat undi dari saya, bahkan saya akan berkempen supaya dia tidak mendapat undi sesiapapun. Kerana dia bukanlah seorang yang jujur dan telus, bahkan dia juga kelihatan sebagai salah seorang 'Ahli Majlis Pemungkor'. Saya meramalkan bahawa dalam apa-apa pemilihan di peringkat bahagian UMNO Jerantut, WZWH tidak akan dapat memenangi sebarang jawatan, termasuklah pemeriksa kira-kira. Mungkin 'KQ' mendapat undi lebih banyak darinya.


Ishhh! Tork dapart larh aku nork menulong ke ong neh Zuriq. Payoh amat dorh, pasai semua urag dorh tau ke perangai ong tu. Ingat ke ong handai 'provoke' ke urag, rupe nye ong hark yang kena 'provoke' de urag, Hehehe!

4 comments:

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug dan semua,
Aku rasa deme ni bersifat "Fat Cat",,sudah gemuk dan di sayangi uleh tuannya namun Si Kucing masih lagi mengeoww, menggesel2 serta bermanja dengan tuannya...Sifat si kucing juga tak pernah kenyang, sentiasa mengeow kelaporan.,,
Bagaimana pulak prujek Maxis di katakan prujek kerajaan, kalau Telekom Malaysia, mungkin la separuh kerajaan...apsal pulok RM 121 juta jalan k.tahan- kg pagi aje..tak termasuk jalan dlm kampung?
Aku rasa kucing ni terlebih lemak, tuannya bagi makan "Frieskes", menyebabkan kucingnya selalu sembelit dan mengeluarkan bahan pencernaan yg terlalu busuk...toxicnya mengalahkan bahan buangan nuklear..bertambah lagi dengan hutoknya yg makin sembelit dan sempit..dan dah tak buleh nak membelit,,,,satu aje aku nak kabo ke gon,,jgn sampai si kucing ni cirit birit!

uRag dRrulug said...

Salam Tuan En. Ri,
Betoi amat kateq ong tuh. Aku nork bewayat karang urag kateq aku ni jahat, itu pasai aku suke amat gon datang beri pendapat gon jugeq supaya kiteq same-same napork 'jahat'. Tapi hark sebeno nye ialarh kita bersuareq untok rakyat, mewakili rakyat. Mulek amat larh kumen ong neh. Aku norh dengor jugeq apa kateq Banir natiq. Dia tu urag bijok jugeq....sedareq aku tuh! Hark pandai dan bijok2 sedareq aku larh, hark budo dan suke diperbudokan tu sedareq WZ larh, hehe

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

SPU USIK WZWH?

Akurk tork mencarik banir, sebobnyerk ujan. Nork jugerklorh akurk bebuburk dengan gon nirk. Akurk tork hiran sangat mengenai perujek tuh. Kalar tork woyat saperk2 kuntrek pun semimangnyerk urag yang bulih laba mimang terus luba...!!! Iturk dorh mimamg adat pemimpint... Kalar sedarek Ri Pengor woyat pasai kucing akurk aderk dengor urag bewoyat pasai ikan dan keldai ....!!!

Keldai merupakan haiwan tunggangan yang sangat patuh untuk ke distinasi walaupun kemana2. Manakala, ikan sememangnya kegemaran kucing tak kira masak ke mentah itu sebaik2 sajian kesukaan mamalia berkenaan.

Seekor keldai dianggap jujur betul bendul ini, akan berkerja terus sepertimana arahan dari tuannya. Tidak memikirkan apa akan terjadi, tidak hiraukan orang mengerumuninya. Tidak menyatakan fakta sebenar. Keldai tersebut terus sahaja terangguk2 menuju ke distinasi. Begitulah untungnya menjadi seekor keldai, boleh kenyang makan dan hanya menjadi hiawan suruhan tanpa perlu berfikir panjang termasuk ahli kumpulanya. Kehebatan haiwan bernama keldai ini, boleh mengangguk beberapa kali dalam setiap langkah. Bermakna setiap langkah berangangguklah si keldai ini. Begitupun mengenai tuanpunya keldai ini, mereka lebih percaya kepada bunyi aakk uukk .... aakk uukk .... seekor keldai dari keluhan orang ramai yang boleh memasang jerat untuk “menanjol” leher keldai...!!!

Pang5 Banir, ingin katakan urag membangkang bukan berertiq pembangkang. Akurk nork berkisoh mengenai nyawak2 ikant dimaserk akan datang...

uRag dRrulug said...

Salam,
Betoi amat larh kate de ong tu abang Banir, oihh! Tork menyaloh laluq larh de aku nyeq. Tapi tu larh, kite neh hanya setakat bulih bersuareq hajeq larh, yok??