'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, September 16, 2012

'ORANG KITA'



Beberapa hari UD tak buat posting, bukannya apa...UD mudik ke ulu mencari bomoh ...Dapat cerita dari seorang bomoh, katanya banyak orang-orang politik datang berjumpa untuk dapatkan khidmatnya. Tentu lumayan pendapatannya.

Menurut bomoh tu, semasa pemilihan bahagian lagi ramai mereka datang. Jantan betinanya ada belaka. Maklumlah masing-masing berhajat nak dapat jawatan. Kalau dulu hajat nak jawatan dalam bahagian, tapi sekarang ni hajat nak jadi calon....nak jadi calon 'winnable cancicates'. Selain itu ada juga yang berbomoh dan menurun untuk capai hajat nak jadi dato'.

Menurut bomoh tersebut, dia adalah presiden bomoh-bomoh daerah. Jadi banyaklah telnik-teknik perbomohan yang dia ketahui dari kalangan ahli-ahlinya. Tetapi kebanyakannya hanyalah tipu-tipu belaka. Katanya inilah masanya nak dapat duit dari orang-orang politik sebab mereka bukannya perwakilan.

Kata bomoh tu lagi, yang paling untung berniaga adalah bomoh orang asli sebab ramai datang mencarinya untuk dapatkan 'minyak cenuai', ada yang hendakkan minyak pengasih, ada juga yang hendakkan minyak penyayang.

Yang jantannya hendakkan 'minyak pembesar' - minyak lintah lah tuu. Ada juga yang hendakkan minyak pengeras. Tapi belum ada lagi yang hendakkan 'minyak pembengkok' - untuk jadi bengkok macam barang 'Orang Liwat' tu.

Dalam pada berbomoh tu, mereka sanggup membayar harga yang mahal untuk mencapai tujuan walaupun kesannya tidak pasti. Beginilah kehidupan rupanya. Yang selalu menipu pun akan kena tipu juga akhirnya.

Ada satu kisah dari seorang bomoh disebelah hilir, yang menetapkan syaratnya supaya 'client'nya mandi bersama bomoh. Maka ramailah ahli-ahli 'pertubuhan untuk kaum ibu' yang berhajat tu mandi bersama-sama bomoh. Tapi mungkinlah dalam suasana yang suram seperti di 'night club' atau 'karaoke' yang selalu dikunjungi.

Kalau cahaya terang benderang tentunya bomoh akan pengsan menengok punggong kecut dan kopek lembek 'client'nya tu. Risik punya risik, ramailah yang namanya ada dalam senarai orang mandi bersama bomoh ni. Mungkin dalam posting akan datang kita akan sebarkan untuk pengetahuan rakyat jelata.

Rupanya aktiviti orang politik ini memang banyak. Ada yang jantan 'terpaksa' ke luar negara, ke seberang kerana nak bermain golf 19 lubang. Manakala dalam masa sama yang betinanya jalankan aktiviti santai 'mandi bersama bomoh' hwa...hwa...hwa.....


Urag kiteq ye oih!! Kerayanth! Endok dimeq mandi bersama bomoh yok? Habat amart eishh!!


1 comment:

Anonymous said...

mandi bersama bomoh? mandi bogel ker? tak meloya ke tok moh tu menengok kedut-kedut dan kecut-kecut sana sini? hehe adoiiiii...gila betul