'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, November 28, 2010

KECIL HATI - UD PUN NAK BERHENTI






Kadang-kadang, jarang-jarang sekali-sekala UD layari juga laman sembang sosial facebook ini. (Walaupun ada juga, tapi laman F**kbook UD tak pernah lawat, pasai benda tak elok) Dalam sembang-sembang tu adalah perkataan yang menghiris hati kecil UD. UD siarkan dibawah ini:


Zaimiee Mie dh lameg duk bando..banyok le perkataan urag kitek ong lupeg..
Wednesday at 9:38pm · Like
·                                
      Urag Drrulug  tu lah, kekadang mase duk di KL pon aku cube cakap macam kiteq drrulug senun
Wednesday at 9:39pm · Like
·                                 
Urag Drrulug nak malu ke mende? bahase kiteq yok?
Wednesday at 9:39pm · Like
·                                
Zaimiee Mie hahaha..baguih tu oi..jgn lupeg bahaseg ibunde kiteg tu...
nok maluk mendeg..urag lain terok jugek bahaseg dimek...
Wednesday at 9:41pm · Like
·                                
Zainuddin Daman urag drulug tu bukan urag drulu nun...dia ni ntoh urag mane,
Wednesday at 10:33pm · Like
·                                
Zainuddin Daman tapi bagus juga urag drulu ni, buleh meningat kembali cakak2 urg kita drulu, tapi yg paling besnya dia hentam yb kita yg dia angap tak betul...
Wednesday at 10:35pm · Like
·                                
Zaimiee Mie ayah busu..kite kene g jumpe Wan Joh Kt Jerantut nun, suruh die TEMAS sape die sedare kite UD ni....
10 hours ago · Like



Rupanya apa yang UD lakukan selama ini, menaikan martabat Ulu Tembeling, menaikan moral penduduk pedalaman dipersada dunia tidak dihargai. Selama ini orang Ulu Tembeling malu bercakap loghat Ulu Tembeling bukan saja dibandar-bandar bahkan didalam laman sosial juga, namun setelah ujudnya blog UD, ramai yang merasa bangga bercakap loghat ibunda.

UD dianggap bukan orang Ulu Tembeling sebenar, mungkin kerana mereka merasa hanya merekalah yang layak mewakili Ulu Tembeling. Kerana itu UD telah berfikir untuk BERHENTI dari menulis blog ini dan akan menawarkan kepada mereka itu untuk menulisnya. Biar mereka yang merasa bahawa merekalah orang Ulu Tembeling sebenar yang menulisnya pula.

UD pernah pelawa Cenerong Ular untuk menulis di UD tetapi ditolak dengan baik dan berhemah. Sekarang blognya Hulu Tembeling sudah semakin dibacai ramai. Syukur alhamdulillah, satu lagi anak Tembeling telah dikenali di alam maya ini.

UD dimaklumkan bahawa Zainuddin Dahaman ini adalah kelahiran Gusai dan bertugas di Felcra Kg. Merting, Tembeling Tengah. Mungkin dia boleh memikul tanggungjawab ini. Pastinya orang bijak dan terpelajar sepertinya akan mampu melakukan lebih baik dari UD yang sudah semakin keletihan dan kurang upaya. Diharap beliau dapat menulis ke alamat email UD untuk dilakukan urusan penukaran admin blog UD ini. Tanpa prejudis UD percaya anak muda seperti dia boleh lakukan ini.

Saturday, November 27, 2010

MIMPI JUTAWAN

Gambar hiasan: Mungkin ini antara seorang jutawan yang pernah melanggani sahabat Sara tidak lama dulu, namun kini terpaksa terlantar di katil kerana mengidap AIDS - balasan Allah didunia ini.


Semalam, UD dimaklumkan bahawa satu perjumpaan besar-besaran akan diadakan di Jerantut yang dihadiri kontraktor-kontraktor kelas F (A-D). Perjumpaan ini tidak ada kena mengena dengan pengkelasan / pengredan kontraktor-kontraktor yang dibuat baru-baru ini. Bukan untuk membantah pengkelasan berkenaan malahan kesemua kontraktor sangat berpuashati dan menyokong usaha murni yang dibuat oleh para pegawai dan pemimpin yang bijaksana dan bijaksini itu. Bagaimanapun, ada juga ura-ura untuk membawa perkara ini keatas bagi menyemak peraturan dan dasar kerajaan berkaitan dengan syarikat serta pemberian kontrek bagi memastikan tindakan yang dilakukan itu tidak menyalahi sebarang peraturan yang ada selama ini.

Perjumpaan berkenaan yang akan diadakan itu akan turut dihadiri oleh CEO-CEO beberapa syarikat gergasi 'gred A dan bertaraf dunia' yang kebanyakannya dari Amerika dan juga Eropah. Ini adalah lanjutan dari cadangan dari seorang blogger yang juga AJK Pemuda UN-KNOW Jerantut dalam kenyataan diblog beliau begini: "Kontraktor  kelas F Jerantut boleh tangkap cicak gecko yang banyak di hutan Tembeling kemudian bela dalam rumah khas cicak gecko." Tentu industri ini kelak akan mampu mengwujudkan banyak jutawan-jutawan di Jerantut.

Oleh kerana terdapat lebih dari 2000 species gekko diseluruh dunia (menurut sumber berkenaan) maka selaras dengan perlaksanaan pengklasan kontraktor-kontraktor di Jerantut ini, maka kemungkinan kontraktor-kontraktor di Jerantut akan dikelaskan sekali lagi dengan membahagikan mereka kepada 2000 kelas atau gred. Ini bagi memudahkan setiap kelas atau gred konraktor itu akan menternak satu species gekkao. Wah! Jerantut akan maju, canggih serta lebih terkehadapan dari daerah-daerah, malahan negeri dan negara lain didunia ini dalam mewujudkan jutawan kontraktor kelas F 'gred A bertaraf dunia'.

Khabarnya tokek berkenaan akan digunakan untuk mengubati pesakit AIDS. Alhamdulillah, bila penyakit kelamin berkenaan sudah ada penawarnya. Tentu nanti ada yang sudah tidak bimbang lagi untuk membantu bersungguh-sungguh dalam menggalakkan insustri pelacuran berkembang dengan pesat didaerah kita ini. Tiba-tiba kita teringatkan Sara.......

UD pun merasa tersangat bangga dan tersenyum lebar memikirkan diri serta kawan-kawan akan jadi jutawan tokek.. Tiba-tiba bahu UD ditepuk beberapa kali dan menyedarkan UD dari khayalan. "Bangun! Bangun!" - rupa-rupanya UD hanya bermimpi disiang hari. Mimpi jutawan!

Ishhh! Teringak pulok akuq mase-mase dulu hark selaluq pegi ke Dang-Dut dan karaoke dengan urag beso sebelum jadi urag beso, hehehe! Bulih tahan jugeq dieq tu, yok? Hehehe! Kerayanth!

Friday, November 26, 2010

RASUAHPUN SATU PERNIAGAAN



Ni nasib baik aku tolong tutup sikit, kalau tak, tentu kuat bau bu***  dia  ni,
Jangan bimbang, ni Eli, bukannya Sara dan kita bukan adik beradik sesusu, hehe



Kata-kata keramat Pal Lah semasa masih PM ialah; 'Pertanian adalah Perniagaan'. KJ - anak menantu @ anak hantu ada juga kata-kata keramat, tetapi tidak mampu diluahkan. Kata-kata keramat KJ begini; 'Rasuah juga adalah satu perniagaan' Maka pada waktu itu banyaklah orang-orang politik dalam pemuda UMNO mewah dengan perniagaan berkenaan. Sementelah pula KJ waktu itu masih anak menantu kepada PM, demikian diriwayatkan oleh yang ampunya ceritera adanya. (BACA SINI)

Di era rasuah adalah perniagaan, banyaklah ketua-ketua pemuda dibahagian-bahagian mendapat faedah dari perniagaan yang dijalankan itu dengan 'menjual orang'. (Kata Husin Lempoyang, jual orang lebih baik dari jual onta) Perniagaan dalam pemuda berkembang pesat dimana-mana. Kata orang, kalau nak tahu seseorang itu warak atau tidak, tengoklah dahinya tanda kekeraban dia sujud bersembahayang, tetapi kalau nak tengok siapa yang berjaya dalam perniagaan yang disebutkan ini maka tengok sajalah perutnya.

Bagaimana kerajaan UMNO hendak hapuskan rasuah kerana rasuah sudah diiktiraf sebagai perniagaan dalam UMNO? Perkara yang sama juga dilakukan oleh penjawat awam kerana mereka banyak belajar dari UMNO. Jika kita pandang keatas, siapa yang benar-benar bersih? Jawapannya: Nil, Nol, Nehe, Tiada atau Pek! Kerana itulah politik dikatakan kotor, disebabkan semua yang bergiat dalam politik ini hanya dengan tujuan untuk mendapat tempat untuk merompak sebanyak mungkin harta rakyat yang rakyat sendiri tidak sedari.

Bukan hutan serta ikan dan hidupan liar di daerah kita saja, ditempat lain pun sama. Cuma, sepandai mana mereka makan dan sepandai mana mereka menutupi tahi yang mereka tinggalkan itu. Rakyat melihat segala apa yang berlaku dan dilakukan selama ini. Silent voters mungkin berdiam diri kerana tidak gunakan blog dan facebook untuk bersuara, tetepi mereka akan gunakan satu-satunya hak mereka iaitu undi dalam PRU akan datang untuk membalas dendam mereka. Kita akan lihat nanti apa yang akan berlaku, dan saya tidak benar-benar yakin bahawa UMNO/BN akan dapat kemenangan mudah 2/3, atau bahkan dibeberapa parlimen dan DUN juga akan dikalahkan.

Dipejabat-pejabat kerajaan dimana kontrek dikeluarkan, apa penilaian kita tentang bebas rasuah? Semua orang sudah ada jawapannya, terutama mereka yang terlibat sebagai kontrektor. Jika sesekali kita jujur pada diri sendiri, mampukah kita bertanya; Islamkah aku? atau apakah aku memegang hukum Islam sebenarnya serta mengamalkannya? Saya pasti mereka yang terlibat akan dengan cepat berhenti membaca posting saya dan dalam hati menyumpah seranah saya kerana menulis posting begini.

Kita banyak mendengar kisah anak-anak muda yang terlibat dengan keruntuhan moral, sedikit sebanyak mereka adalah anak-anak yang kita hasilkan dan berdarah dagingkan rasuah. Anak-anak gadis yang melahirkan anak tanpa nikah dan membuang bayi mereka seperti membuang seluar dalam mereka ini mungkin adalah hasil dari apa yang mereka makan dan bagaimana mereka dibesarkan. Ada juga isteri-isteri yang terlajak dan gemar mengadakan sek dengan bukan muhrim dan melibatkan orang-orang yang bernama dalam politik. Kerana apa ini berlaku? Jangan salahkan mereka kerana pada mereka kebebasan melakukan sek adalah seumpama satu perniagaan juga, walaupun bukan bayaran yang mereka inginkan.


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN, RASUAH JUGA PERNIAGAAN BAHKAN SEK JUGA SATU PERNIAGAAN - SEMUANYA HALAL BAGI YANG SUKAKAN YANG HARAM


Banyok amat lagig ceriteq pasai hark yang tork mulek ni hark yang aku adeq. Cume nye aku malas nork bewayat sangat. Tapiq, ishhh! aku pun nork beniage jugeq, yok? Segalanya adalah perniagaan, hehe. Natiq kita bukok ceriteq sapa hark yang kaki minum, hark yang kaki dangdut, kaki betina dan sebagainye larh, Apa gon kateq? Aku ade banyok sipan rohsieq, oihhh! Hehe!

Wednesday, November 24, 2010

CATATAN MERABAN KONTRAKTOR MEROYAN KELAS F(D)

'Zon Kentut' Kontraktor Kelas F(D)


1.Baru-baru ini satu perjumpaan antara kontraktor kelas F telah diadakan. Seramai hampir 150 kontraktor yang berdaftar telah dipanggil untuk diberi taklimat. (Bukan di Jerantut, tapi ditempat lain, di negeri dan negara lain)

2. Taklimat diadakan dalam 2 sessi; pagi dan petang. Kontraktor juga di kelas-kan dalam 4 kumpulan. Kumpulan A dan B menghadiri sessi pagi manakala kumpulan C dan D pada sessi petang.

3. Kontraktor yang rapat dan jadi kroni bertuahlah kerana diangkat kedalam kumpulan A dan B. Mungkin bermakna peuang mendapat kerja-kerja lebih baik dari yang lainnya. Kontraktor yang tidak jadi kroni, masuklah dalam kumpulan C dan D, yang mungkin hendak 'bermimpi' untuk mendapat kerjapun sudah tidak layak.

4. Kenapa taklimat perlu dibahagia kepada 2 sessi? Kerana dewan perjumpaan itu kecil kah? Kalau kerana dewan itu kecil kenapa tidak dibuat didewan yang lebih besar? Dewan Majlis Daerah boleh memuatkan hingga beribu orang, kenapa tidak gunakan dewan itu? Kalau dewan itu juga kecil, kenapa tidak diadakan perjumpaan ditengah padang saja?

5. Mungkin juga tujuannya hendak mengkelaskan kontraktor-kontraktor ini. Maka nanti kontraktor kelas F di sini akan jadi kontraktor kelas F(A), F(B),F(C) dan F(D). Peliklah jadinya nanti. Mungkin inilah yang pertama di Malaysia. Ini semua adalah berkat pemimpin-pemimpin kita yang bijaksana dan bijaksini. Pemimpin yang sudah belajar tinggi-tinggi dan sudah bersih serta suci murni.

6. Mungkin juga ini hasil usaha dan idea kreatif pegawai-pegawai kerajaan yang gajinya dibayar kerajaan tapi ingin cepat kaya-raya dan memberi makan anak bini dengan duit 'ufti'. Kalau anak-bini membesar dengan duit haram yang akan menjadi darah dagingnya itu menjadi 'haramjadah', janganlah salahkan takdir!

7. Bersyukurlah kontraktor yang dapat gred A dan B serta tidak sia-sialah menjadi kroni. Kontraktor gred C dan D, berdoa sajalah semuga Allah akan membalas kepada mereka yang berkenaan dengan balasan yang sesuai dengannya didunia dan diakhirat.

8. Taklimat di sessi pagi untuk kumpulan A dan B dihadiri oleh pegawai tinggi kerana kumpulan ini adalah kumpulan anak emas. Taklimat untuk kumpulan C dan D memadailah dihadiri oleh pegawai rendah kerana ini adalah kumpulan 'taik kucing'.

9. Antara yang dapat jadi kumpulan A dan B termasuklah Tok 4 Kampong Tarak Tahan Wali Busra, serta (bukan Wan) Aki Hapri, Aki Terbizi, Aki Hupian dan Mustahak Abdillah di Kampong Sungai Rentang Anak Dara Dibawa Lari.

10. Apa ciri pengkelasan ini pun ramai yang tidak pasti, ada kontraktor yang baik dalam kerjanya, kemas, pantas tetapi diletakkan dalam kumpulan C dan D. Nak kata tak memberi 'ufti', semua mereka memberi 'ufti'. Mungkilah kerana ada yang memberi sikit dan ada yang memberi banyak. Tapi sama ada sikit dan banyak, 'neraka' jahanam juga tempatnya nanti..

11. Kalau berjalan-jalan di bandar nanti dan terjumpa mereka yang ada tulisan didahi dengan tulisan F (A-D), fahamlah bahawa mereka ini adalah antara kontraktor yang dah dikelas-kelaskan dalam satu program mengklasifikasikan kontraktor kelas F dibandar kita ini.

12. Ahli-ahli UMNO kitapun patut diklasifikasikan begini juga. Ada ahli UMNO(A) dan UMNO(D). Wakil rakyat juga ada kelas A - D. Pegawai kerajaanpun patut ada A-D sebab 'neraka' dan 'syurga' pun ada gred juga - A - D.

13. Inilah dasar 'SATU Malaysia' - mengredkan 'SATU' kepada beberapa kumpulan. 'SATU A' hingga 'SATU D'

14. Nampaknya usaha PM untuk menghapuskan rasuah sudah berjaya, bukan berjaya menghalangnya tetapi berjaya menggalakannya lagi.

15. Elok kita ingatkan peribahasa lama, antaranya:
Bapak borek anaknya rintik, tak tumbuh tak melata, ketam jangan nak mengajar anak berjalan lurus, rasuah adalah sedekah, duit dan bur** adalah halal.

16. .......tak sempat nak tulis lagi sebab broadband dah kena potong, bil dah lama tidak berbayar..


Haih! Kerayanth yok? Beginiq pulork dorh! Ishh! Rasuoh kume dorh beriq tapiq kereje tarok dapat jugeq!

Monday, November 22, 2010

PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN

Wakil rakyat yang kita kasihi dan akan lebih dihormati kelak 
apabila beliau benar-benar berubah.


Khabarnya Wakil Rakyat kita telah selamat pulang dari 'Tanah Suci Mekah' mengerjakan Haji. Alhamdulillah! Saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana dipermudahkan segala urusan buatnya mencari keredhaan 'Illahi".

UD mengucapkan selamat pulang kepada YB dan selamat menjalankan tugas yang tersisa. Tanpa sebarang prejudis, UD harapkan supaya YB akan lakukan segala yang termampu baginya untuk membantu rakyat terutama yang berada didalam DUN yang dia wakili.

Saranan UD kepada YB supaya jangan berfikir bahawa tugas beliau sudah sampai ke penghujung. Selagi belum ada PRU beliau tetaplah wakil rakyat yang sah bagi DUN Tahan. Memang ada pandangan yang negatif terhadapnya selama ini, bukan dari seblangan kecil rakyat tetapi banyak yang tidak senang hati dengan tindakan beliau atas alasan-alasan yang tersendiri dan khusus. Bagaimanapun siapakah diantara manusia ini yang disukai oleh semua orang? Kita tidak akan mempu memuaskan hati semua orang dalam semua masa dan semua orang juga tidak akan mampu memuaskan  hati kita dalam semua masa. Bahkan Rasulullah sendiri tidak disukai oleh kedua bapa saudaranya sendiri, Abu Jahal dan Abu Dajal.

Apa yang perlu YB lakukan sekarang ini adalah memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukannya selama ini sama ada secara sengaja ataupun tidak. Meminimumkannya. Tidak ada insan yang tidak pernah berbuat dosa. Memperbaiki kesilapan adalah lebih baik dari membiarkan kesilapan itu terus begitu saja.

YB anak Tembeling, pasti ramai yang menyokong beliau untuk terus kekal sekiranya beliau mampu memperbaiki kesilapannya selama ini. Rakyatpun manusia yang berakal dan berhatibudi. Bukan banyak sangat yang rakyat pinta dari pemimpin. Berlaku jujurlah dan ikhlaslah kepada semua orang, berlaku adillah kepada rakyat jelata, bantulah mereka yang benar-benar susah terlebih dahulu dari mereka yang lebih senang sedikit. Tetapilah segala janji atau jangan berjanji jika sukar untuk ditunaikan kerana berbohong itu bukan saja membuatkan rakyat kecewa dan marah bahkan ianya perbuatan orang-orang munafik. Apabila jadi pemimpin, dahului rakyat dari diri sendiri dan kaum keluarga serta kroni.

Secara jujur saya katakan, rakyat tidak kisah sangat walaupun pemimpin bukan berkelulusan tinggi. Sijil, diploma dan ijazah bukan penentu keupayaan seseorang untuk menjadi pemimpin yang baik. Cuma, jadikanlah sifat-sifat baik sebagai cara hidup kita dan asas kepada perkhidmatan perkhidmatan kita kepada rakyat. Rakyat akan menilai ini semua. Rakyat bukan hendak melihat apa sijil dan ijazah yang kita ada tetapi apa sumbangan dan bakti yang mampu kita berikan kepada rakyat dalam membantu mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Saranan saya kepada YB, kuatkan hati dan semangat, dan jika ini dianggap satu perjuangan yang jujur dan ikhlas kepada rakyat maka teruskan dan hadapilah ianya sebagai satu cabaran. Allah akan permudahkan segalanya dan rakyat akan dengan sendirinya menilai apa yang telah kita lakukan. Jika YB telah insaf dan sedar atas kesilapan yang dilakukannya dan ingin berubah dan berkhidmat benar-benar kerana Allah, saya akan sentiasa bersama-sama bahkan sanggup berada dibarisan hadapan dalam perjuangan.

ADUN Tahan sudah berubah, sudah insaf dan redha sejak kembali dari Tanah Suci. ADUN Pulau Tawar lebih dulu sudah insaf dan redha kerana lebih dulu ke Tanah Suci. Yang tidak akan pernah-pernah insaf hanyalah ADUN Damak yang sudah 4 penggal menjadi wakil rakyat namun tiada pembelaan terhadap pengundi Melayu di DUN-nya.


Aku kireq, tarok urag hark yang tork sukeq ke yang berhurmat ame kala dia buat memulek. Kala janjiq tepat ke janjiq, kala napok prujek tork bahan ke dieq surag. Bekusig-kusig larh dengan urag laen jugeq siket, jangan duk berig asik-asik ke krunig dieq hajeq. Duet ringgit ni harteq dunieq hajeq, mencariq nye pon bior larh bepade beserta dengan jalan yang mulek. Urag Temeling tork membuang bakeq! Urang de sebeloh ulu akan tetap sukung kala buat mulek.

Saturday, November 20, 2010

HIKAYAT UNTA, LAMMA, LEMBU DAN KHINZIR

Ini unta satu bonggol.


Ini pula unta dengan 2 bonggol


Sempena Hari Raya korban ini, saya nak cerita mengenai unta, kerana unta sangat sinonim dengan ibadah korban. Tapi cerita ini tak ada kena mengena dengan Husin Lempoyang, peniaga unta di pasar Baghdad tu. Tapi kalau dia tau cerita ini, tentu dia juga akan bersorak sakan dan berkata; "Wow! Jual orang lagi untung dari  jual onta!'


Syahadan maka tersebutlah kisah tentang 3 buah kampong.  Nama-nama kampong itu adalah Kampong Labu Labi, Kampong Padang Biol dan Kampong Sungai Rentang Anak Dara Dibawa Lari. Maka diriwayatkanlah adalah seorang saudagar peniaga minyak 'pemungkor' telah berjanji pada ketiga-tiga ketua kampong berkanaan untuk sedekahkan beberapa ekor unta bagi dikorbankan untuk kampong-kampong berkenaan. Maka setelah tiba hari yang ditetapkan, maka pergilah ketua-ketua kampong berkenaan membawa kenderaan mereka untuk mengangkut unta-unta berkenaan. Adapun ketiga-tiga ketua kampong berkenaan tidaklah pernah mereka melihat akan unta itu. Bagaimanapun tahulah juga mereka sedikit-sedikit akan perihal rupa unta dari orang-orang tua terdahulu.

Syahadan, maka apabila tiba ditempat dimana mereka mengambil unta itu, maka tercengang-cenganglah mereka kerana 'unta' yang mereka terima itu sudah tumbuh tanduknya. Tidaklah seperti unta di negeri Arab dan yang dikisahkan dizaman-zaman nabi. Maka tidaklah dapat berkata-kata lagi mereka itu oleh kerana terkejut yang amat sangatnya.

Arkian, maka dibawa jugalah 'unta-unta' itu balik ke kampong-kampong mereka kerana orang-orang kampong sudah berduyun-duyun menunggu untuk melihat bagaimanakah akan rupa binatang bernama unta itu. Maka akhirnya tibalah juga mereka ke kampong masing-masing. Maka diperikanlah bahawa bukan main terkejut berserta dengan tercengang-bangang orang-orang kampong itu kerana melihat 'unta' yang ingin dikorbangkan itu bertanduk pula.

Maka berkatalah seorang yang kononnya tahu akan hal-ehwal mengenal unta; " Ini bukan unta kerana leher unta panjangnya kira-kira sedepa." Maka jawab seorang lagi; " Ini bukan unta, leher unta panjang, tapi tak sampai sedepa." Yang seorang lagi berkata; " Unta tidak bertanduk, tapi mungkin yang ini dah tua kerana sudah tumbuh tanduknya." Maka, lamalah mereka itu berkira-kira bagaimana ikhtiarnya untuk niat menyembelih 'unta' berkenaan kerana nampaknya sungguhlah sangat berlainan.

Maka berkatalah seorang tua yang ada diantara mereka itu; " Sembelih sajalah. 'Unta' ni nampaknya macam sama saja dengan lembu-lembu aku tu. Niatkanlah sajalah 'unta' ini sebagaimana lembu untuk dikorbankan. Yang pentingnya, sembelihan dan korbannya sah serta halal!" Maka disembelih jugalah orang-orang banyak itu akan lembu-lembu itu untuk jamuan hari raya korban.


Yang ini pula Lamma namanya, sedara mara dan kaum kerabat unta jugalah.


Yang ini, tidak berleher dan walaupun kerinting bulunya, 
masihlah Khinzir (BABI) dan tetaplah haram dagingnya bagi orang-orang Islam.

Walaupun kurus, tetapi halal 
atau memadailah tulangnya dibuat sup.


Nota:
Dari sebaran maklumat di laman facebook, di Lancang juga mengalami perkara serupa apabila 'unta' yang dijanjikan bertukar menjadi lembu. Zaman sekarang banyak perkara-perkara pelik berlaku, banyak juga mereka yang bergelar pemimpin membuat janji-janji palsu.


Sian ke urag kapong, yok! Hark budo-budo kene tipu sokmo dengan hark yang pandai memungkor! Nasib baik juge larh unta itu bertuko jadi lembu, kalau jadi khinzir yang tarok lihier?, dorh lah haramp tok bulih de makanth, payoh amat pulok nork menyembelih pasai tarok belihier. Payoh amat, yok? Nork maroh karang mende kita dorh kenai dieq pemungkor, kiteq jugeq hark pilih dieq jadiq yang berhurmat duluq, ingat ke bulih jadi pasai! Wow! meniaga 'pungkor 'lagi untung dari meniaga onta!


Thursday, November 18, 2010

DARI KISAH PELAYARAAN KE PERJALANAN MENAIKI MRT



Cekap


Selesa

Bersih


Munsyi Abdullah yang pernah melawat Pahang pada tahun 1838, juga mencatatkan, dalam bukunya, ‘Kisah Pelayaran’ bahawa:

‘…dagangan yang keluar dari dalam Pahang itu yang terbesar itu emas dan timah. Ada juga sedikit-sedikit orang bertenun kain sutera, dan kayu kemuning ada juga keluar, dan seperti damar dan rotan sedikit-sedikit. Syahadan, adapun dengan yang boleh laku di Pahang itu seperti apiun dan sutera dan garam dan beras dan kain-kain Eropah pun boleh laku sedikit-sedikit. Maka sahaya bertanya darihal tempat keluar emas itu. Maka kata orang di sana, lima belas hari mudik baharu sampai ke tempat emas itu, Jelai namanya. Dan ada pula banyak jenis nama paritnya itu. Dan lagi, kata orang, berlaksa orang disana daripada Cina dan Melayu, lagipun ramai tempat itu. Maka di sanalah tempat orang berniaga.’ (Pahang, sejarah dan budaya ms-79)


Pada tahun 1888 keputusan dibuat untuk membina sebatang jala pedati dari Kuala Kubu ke Raub. Ditimbangkan juga, pada masa yang sama, tentang kemungkinan dibina keretapi bagi menghubungkan Kuala Pilah dengan Temerloh. Tetapi dari segi pembinaan keretapi terdapat pendapat yang bercanggah kerana ada pihak yang menyokong pembinaan keretapi bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan Semantan. (Pahang, sejarah dan budaya ms-81)

Pada  27 Julai 1892, seorang pegawai (Edward Fairfield) si Pejabat Kolonial menulis kepada Gabenor Negeri-negeri Selat (Sir Cecil Clementi Smith) menyoal tentang kebijaksanaan penetapan pentadbiran British di Pahang yang pada pendapatnya tidak lebih daripada “a jungle-state of no particular resoucers”. Sir Cecil mempertahankan tindakan yang telah diambil oleh pihak pentadbiran di Negeri-negeri Selat. (Pahang, sejarah dan budaya ms-81)

Begitulah perubahan masa dan catatan sejarah pembangunan negeri Pahang. Dari zaman ianya hanya boleh dihubungi melalui laut dan sungai kepada jalan darat iaitu dengan pedati hingga kepada perancangan untuk membina laluan keretapi.

Kini setelah beratus-ratus tahun, negara kita telah berkembang maju dengan pesatnya terutama di sebelah pantai barat, bagaimanapun Pahang masih lagi terkebelakang jika dibandingkan dari segi kemajuan pembangunannya. Namun kenapa tidak sesekali kita selami juga fikiran pentadbir masa lalu untuk diterjemahkan ilham pembangunan mereka dalam era negara kita di zaman moden ini.

Pembinaan jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Semantan (Temerloh) nampaknya masih relevan. PM bercakap mengenai MRT (mass rapid transit) yang akan dibangunkan di negara kita, kenapa kita (rakyat Pahang, melalui MB Pahang yang bijaksana itu sesekali mendesak PM untuk dibinakan laluan MRT dari Kuala Lumpur ke Temerloh. Selain sebagai satu alternatif kepada pengangkutan bas dan motokar, ini juga mampu mengurangkan kesesakan di lebuhraya Karak.

MRT berkenaan juga jika dikembangkan mampu menjadi pengangkutan pelancongan bagi pelancong yang ingin melawat Genting Highland, Bukit Tinggi dan destinasi dalam laluannya. Soalnya, apakah pemimpin kita ada meluangkan sedikit masa untuk memikirkan ini? Yang ada banyaknya memkirkan bagaimana untuk menghabiskan semua sumber alam yang ada. Jangan kita hairan satu masa nanti sejarah akan menulis tentang Pahang begini; …”Pahang is a jungle-state of no resoucers at all” – bila hutan juga sudah habis ditebang.


Gon napok dork? Idea ini lebih lujik dari idea nuklear dan empangan…’septik tank’, hehehe! Urag tu, idea dieq hanya ‘copy and paste’ hajeq. Mudoh, yok? Tork payoh pikir-pikir. Tapiq sarang burung walit tu masih aku napor relevan di Ulu Temeling. Kita tarok duet, tapiq mungkin buleh buat melaluiq koperasi. Tapiq ingat! Pengurus Koperasi tu jangan larh pilih urag hark kuat memungkor dan kuat membelit. Punoh amat kitaq, yok?

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA – JANJI DULU TETAP KAMI TAK LUPA





Bukan tak kreatif, tapi tak reti, tak nk dengar pandangan orang2 yg mempunyai idea yg baik...hanya pandangan beliau yg dirasakan betul..almaklumlah keluar dari unuversiti ( uni mne tu )...cakak urag putih pn dah pandai, tanah tak boleh beri kepada org kuala tahan, takut dijual, rumah tak boleh dibina untuk jenerasi kedua nanti mencemar pandangan pelancong yg datang, nk mintak tanah kena buat kertas kerja untuk 3 ekar kertas kerja mestilah mempunyai produk yg ada kaitan dengan pelancongan dan ekonomik..bayangkan lah berapa ramai org kuala tahan yg tak ada tanah...brapa produk daa yg harus difikirkan oleh org2 kuala tahan yg tak ada tanah...tak boleh beri tanah untuk tujuan tanaman getah, tak ekonomik...hahahaha pemikiran haru biru...dia ingat pemikiran dia macam mahathir, mahathir pn menggalakan untuk membuat restoran terapung semasa beliau datang pada kali kedua ke kuala tahan...guane gayek laa nokk dapat tanoh dan rumoh di kuala tahan ni..harapkan yb tak membantu langsung, ingatkan sukung dia boleh membantu...kena tukor yb laa gaye nya pada pru ke 13 nanti,tapi kalau tak letak dia jadi calun dia akan bertanding atas tiket lain plk...biarkan laa dia bertanding atas tiket lain..letak dia jadi calunpn macam gaye yb pembangkang juga....lebih baik jangan calunkan dia pda pru ke 13 nanti...byk lagi ni...tunggu dulu, letih amat dohhh nk menaip ni, klu belajo di universiti bulehlaa menaip lama2.

Itulah mukadimah posting saya pada Hari Raya ini. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua saudara-mara sama ada yang tinggal di Ulu Tembeling, pesisir Sungai Tembeling, di Jerantut dan dimana-mana mereka berada. Demikian juga kepada para pembaca setia serta mereka yang menaruh simpati terhadap perjuangan membangunkan daerah pedalaman ini. Bersama kita bangunkan semangat juang membangunkan daerah pedalaman Ulu Tembeling dan pesisirannya.

Tulisan diatas adalah komen diblog UD tidak berapa lama dahulu. Tetapi yang pentingnya komen berkenaan adalah komen ‘genuin’ dari rakyat dalam DUN Tahan yang mencurahkan rasa terkilannya terhadap Wakil Rakyat.

Apa yang saya nampak dan boleh saya buatkan kesimpulan adalah begini;

Apabila menyedari tidak mampu memenuhi janjinya untuk memberikan tanah kepada pemuda-pemuda yang menyokongnya dahulu, maka Wakil Rakyat telah memberikan alasan yang menampakkan bahawa dia seorang yang bijak dan berfikiran besar. Kerana itulah beliau menyulitkan pemohonan berkenaan dengan meminta dibuatkan kertas kerja dan sebagainya.

Tetapi kesemua alasan yang diberikannya adalah tidak masuk akal langsung, walaupun begi mereka yang ‘terencat akal’nya, antaranya adalah;
1)      Tanah tak boleh beri kepada orang Kuala Tahan, takut dijual.
2)      Rumah tak boleh dibina untuk generasi kedua kerana akan  mencemar pandangan pelancong.
3)      Mohon tanah mesti 3 ekar keatas dan dengan kertas kerja serta mempunyai produk yang ada kaitan dengan pelancongan dan ekonomik.


Alasan bijak itu sebenarnya lebih menampakkan kebodohan beliau selama ini. Kesemua ketua-ketua kampong yang perlantikkannya disusun’nya’ terpaksalah menutupi segala ‘tahi-tahi’ diatas jalan yang ditinggalkan berciciran merata-rata selama ini. Kalau tidak sebab dapat elaun, tentu ada antaranya yang dah letak jawatan. Tapi beginilah kehidupan, bila mulut sudah kena suap segalanya jadi betul belaka.


Malang sunggoh yok bile pemipin kita kakiq ‘pungkor’Kala budo hajeq tork ape lagiq, nih dorh larh budo, pemungkor pulork tuh! Ishh! Kerayanth sunggoh yok? Pegawai-pegawai ‘punahsihat’nya pon kakiq pungkor jugeq, yok? Sian akuq ke ayoh Wan Anuor Hakim tuh, tepakse larh memungkor jugeq, Kih! Kih! Kih! Akuq bewayat ke gon ni hark yang benor dan bukan pungkor!

PEMIMPIN MESTI CERDIK DAN BERTINDAK CERDIK


Gambar hiasan: Inapdesa di Kuala Medang


Dulu pernah ada program begini di Kg. Labu, tanya Tok 4 
kalau masih ingat dan waras fikirannya, hehe


Akhirnya, hari ini blog WZWH menggunakan pendapat UD dalam membangunkan industri Burung Walit. Urag ceredek guna pendapau urag budo, hehe! Patut lama dah dia fikir tentang tu, tapi sebab kepala sengal gamoknya maka dia tak terfikir langsung selain dari nuklear. Oleh kerana UD befikiran telus dan jujur untuk membangunkan daerah pedalaman, UD dah lama pautkan (linkkan) website burung walit di blog UD, selain tiu juga banyak yang berkenaan pertanian dipautkan disini. Sebab itulah blog UD jadi bertambah unik dan benar-benar berniat untuk membantu rakyat. Semak segala pautannya, berkenaan pertanian dan sebagainya...

Antara pendapat dalam ruangan komen posting UD terdahulu. Menarik untuk dibincangkan lebih lanjut. Walaupun blog uRag dRrulug ni sebuah blog 'bodoh', kadang-kala melawak dan selalunya menyindir pemimpin tetapi ada juga idea bernas yang di selitkan diantara yang tersurat ada yang tersirat. Tetapi jika pembacanya kurang naluri kemanusiaan sudah tentu akan menganggapnya berselirat dan berserabut.

Seperti yang dikatakan tadi, dalam sindirian ada idea dan cadangan yang bernas. Pemberi komennya juga demikian, justru pembacanya terutama Yang berhormat, Wakil Peribadi Yang Berhormat, Setiausaha Sulit Kanan Yang Berhormat, Setiausaha Sulit Depan dan Belakang Yang Berhormat, Jemaah Penasihat Yang Berhormat, Peramal Nombor Yang Berhormat ( Wan Nombor lah ni) serta yang sewaktu dengannya hendaklah membaca banyak kali jika sekali baca tidak faham, untuk mencari permata didalam lumpur ini.

Kali ini saya nak ulas tentang komen dari pemberi komen tetap (tetapi tidak berpencen) di blog UD ini. Komen mereka begini:







Anonymous Anonymous said...










Salam tuan UD & MUT...,

SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Akurk darh, royat dulu,tumbuhan melata liar di tebing Sungai Tembeling akurk rasa buleh dikomerisalkan jika ada pemimpin beri membuat cadangan dan kajian ala biotekno. Buah kemnacong, jambu air, hempenai, mata ayam, buah neram, buah lewa, buah kejijak @ chekli dll yang kaya dirimba Ulu Tembeling, tapi akurk tork tahularh, kalar doh abis kene tebang semuaknyerk. Ada satu lagi buah kulim buleh dibuat maajun sakit pinggang utuk dibagik aje kepada pemimpin pulitik biar demeq turk belumba2 lagirk nork baut kemajuant di Jerantut,lupakan Ulu Tembeling nirk...

Pang5 Banir, nork minta bukak ladang tebu, tapi takut banyak pulork ular takut kena ketik...
November 15, 2010 4:27 PM
Delete




Anonymous Anonymous said...










Bukan tak kreatif, tapi tak reti, tak nk dengar pandangan orang2 yg mempunyai idea yg baik...hanya pandangan beliau yg dirasakan betul..almaklumlah keluar dari unuversiti ( uni mne tu )...cakak urag putih pn dah pandai, tanah tak boleh beri kepada org kuala tahan, takut dijual, rumah tak boleh dibina untuk jenerasi kedua nanti mencemar pandangan pelancong yg datang, nk mintak tanah kena buat kertas kerja untuk 3 ekar kertas kerja mestilah mempunyai produk yg ada kaitan dengan pelancongan dan ekonomik..bayangkan lah berapa ramai org kuala tahan yg tak ada tanah...brapa produk daa yg harus difikirkan oleh org2 kuala tahan yg tak ada tanah...tak boleh beri tanah untuk tujuan tanaman getah, tak ekonomik...hahahaha pemikiran haru biru...dia ingat pemikiran dia macam mahathir, mahathir pn menggalakan untuk membuat restoran terapung semasa beliau datang pada kali kedua ke kuala tahan...guane gayek laa nokk dapat tanoh dan rumoh di kuala tahan ni..harapkan yb tak membantu langsung, ingatkan sukung dia boleh membantu...kena tukor yb laa gaye nya pada pru ke 13 nanti,tapi kalau tak letak dia jadi calun dia akan bertanding atas tiket lain plk...biarkan laa dia bertanding atas tiket lain..letak dia jadi calunpn macam gaye yb pembangkang juga....lebih baik jangan calunkan dia pda pru ke 13 nanti...byk lagi ni...tunggu dulu, letih amat dohhh nk menaip ni, klu belajo di universiti bulehlaa menaip lama2
November 15, 2010 5:05 PM
Delete


Wakil Rakyat hendaklah melihat segala apa yang ada disekeliling kita dan anggapnya sebagai aset yang kita ada serta majukannya sebagai satu produk unik daerah pesisir Sungai Tembeling. Jangan asyik melihat kepada hutan dan pokok-pokok balak semata-mata untuk mengembungkan perut sendiri saja. Jangan juga korek tanah sana sini kerana mencari bijih besi untuk kekayaan sendiri saja. Rakyat mesti diutamakan, kerana itulah dia digelar Wakil Rakyat, bukan bila dah naik kerjanya menjahanamkan rakyat.

Orang-orang di uala Tahan sudah mencurahkan rasa tidak puah hati kepada Yang Berhormat Wakil Rakyat. Dulu mereka ingat bila dinaikkan akan dapat membantu mereka semula, tetapi nampaknya bila sudah naik dia lupakan yang membantu naikkan mereka. Mungkin yang dapat faedah hanyalah Tok Empat Ali Kuala Tahan - dapat pegi umrah di taja oleh Yang Berhormat. Tetapi ingat, yang menaikkan Wakil Rakyat bukan Tok Empat sorang saja. Jika beginilah tingkahlaku Wakil Rakyat kita, KITA AKAN PASTIKAN dia tidak lagi akan terpilih sebagai calon. Jika dicalonkan pun kita akan pastikan dia tidak akan menang, walaupun sebagai calon bebas ( seperti yang diumumkan dulu)

Di Kampong Merting, ramai orang tak puas hati kerana pemberian saham Felcra. Wakil Rakyat yang penakut itu tidak berani berhadapan dengan rakyat, lalu wakilkan kepada Bapak Sedaranya. Kemudian alasan yang disuruh berikan adalah dia tidak terlibat dalam menentukan siapa yang bernasib baik terpilih sebaliknya salahkan bekas Ahli Parlimen yang lalu, yang memang tidak ada kena mengena dengan hal ini. Tujuannya adalah untuk meburukan bekas Ahli Parlimen berkenaan di kampongnya sendiri. Siapa yang busuk hati sebenarnya?

Rakyat memerhatikan segalanya ini dan rakyat sudah pandai membuat keputusan mereka sendiri. Malahan ada rakyat yang lebih cerdik dari Wakil Rakyat dan penasihat-penasihat (baca PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT) nya. Media sosial sudah menguasai komunakasi dunia, tetapi Wakil Rakyat yang 'bengong' sudah tentu tidak mampu menguasai media sosial dalam komunitinya.

Homestay @ Inapdesa boleh dibangunkan dibeberapa kampong. (Kampong Labu telah usahakan dulu) Kenapa penasihat tidak nampak pelancongan sebagai satu produk sampingan? Wakil Rakyat mesti merombak dan menyusun semula majlis penasihatnya bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Jika tidak....hancusssss! Selain dari homestay...banyak lagi...fikir...fikir...fikir....jika otak sudah sengal mintak pendapat orang lain dan dengar pendapat orang lain juga.


Mimang aku dorh bebaik dengan WZWH, tapi hark yang saloh bekenaan Yang Berhurmat aku bantai jugeq. Aku dorh wayat dulu, jangan pilih urag budo. Kala urag ceredek jadi ketueq urag budo, urag budo jadi ceredek, tapi kalau urag budo jadi ketueq ceredek, urag ceredek akan jadi budo. Habih larh budo semua kiteq ni yoh oihhh! Hehehe!

Monday, November 15, 2010

SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Buat ketupat palas? Sambil buata ketupat sambil mengumpat? hehehe! 
Mengumpatpun satu industri. Kak key boleh jadi peneraju, abang bu jadi penerejah!



Kebelakangan ini ‘MITI’ sibuk menghebohkan promosinya terhadap ‘Satu Daerah Satu Industri’. Di TV saya melihat kejayaan satu daerah di Pulau Pinang (kalau tak silap) yang menghasilkan jeruk madu yang diusahakan oleh Pak Ali dengan jenama ‘Jeruk Pak Ali’. Banyak jenis jeruk-jeruk yang dihasilkannya, dari betik, kedondong, pala dan sebagainya. Maka berjayalah daerah itu dengan satu industrinya.

Maka kitapun memandang sekeliling kita. Apakah industri yang diujudkan oleh pemimpi kita di Jerantut ini? Blog-blog Jerantut sibuk dengan isu projek silang yang lebih menguntungkan pengusaha. Mungkin juga ada penjawat awam yang tertentu juga mendapat faedah darinya, tidak pun ada pemimpin politik kita yang sudah ‘brruppp’ kerana menyokong projek berkenaan. Inilah malangnya jadi Melayu di negeri Tanah Melayu.

Dulu WZWH cadangkan penghasilan ‘Madu Lebah Tualang’ yang gred A dan bertaraf dunia di Ulu Tembeling mungkin sebagai satu industri. Setiap orang asli yang saya temui semasa mencari gaharu bila ditanyakan soalan itu, mereka mengaru kepala dan berkata;
‘Kalau lebah bersarang di pohon tualang itu tentulah lebah liar dan bukan lebah peliharaan. Kalau bukan lebah peliharaan tentulah ianya bukan satu perindustrian. Aku pula yang menggaru kepala. Rupanya orang asli lebih ceredik dari xxxx!

Walau apapun, kita jangan biarkan kita ketinggalan terlalu jauh kebelakang. Kita harus mendesak pemimpin kita mewujudkan satu industri bagi kita-kita di Jerantut ini. Tiddak kiralah apa industrinya, asalkan jangan perjudian dan pelacuran. Pemimpin kita harus fikirkan sesuatu. Penjawat awam juga harus bersama memikirkannya. Mereka ini dibayar khidmatnya oleh rakyat jadi mereka mesti berkerja untuk rakyat. Kalau terasa terlalu berat bebanannya, mohon saja berhenti mungkin tempat mereka boleh disis oleh orang yang lebih perform dan produktif lagi.

Kita selalu mendengar bahawa penjawat awam yang dibayar gaji oleh kerajaan tetapi tidak menyokong kerajaan. Itu masih boleh difahami lagi. Tetapi sebagai penjawat awam mereka mestilah berusaha untuk melaksanakan dasar yang kerajaan cadangkan jangan pula mereka sendiri yang mensabotaj perancangan kerajaan.

Malang bagi Jerantut kerana kita bukan setakat ketandusan pemimpin tetapi kita juga diberikan penjawat awam yang dibuang dari daerah lain, dimana disana mereka sudah tidak berguna lagi. Jerantut bagaikan tempat pelupusan ‘penjawat awam’ yang bermasalah dan sudah tidak diperlukan. Kerana itu jugalah kita menghadapi banyak masalah dengan permohonan dan pemberian tanah.

Projek homestay tidak berjaya di Jerantut? Bukankah Taman Negara dikunjungi ratusan ribu pelancong setahun. Kenapa tidak diambil kesempatan dari limpahan itu? YB tak faham pelancongan? Adakah ditubuhkan jawatankuasa pelancongan peringkat DUN Tahan? Daerah? Dulu ada yang usahakan tetapi tidak mendapat sokongan kerajaan lalu terkubur tanpa nisan.
  

Kalaulah pemimpin dan penjawat awam kita masih belum ada idea untuk manjadikan  apa-apa sebagai industri bagi daerah Jerantut, mungkin kita bolehlah jadikan Jerantut sebagai satu daerah yang menghasilkan ‘pemungkor’! Kerana kita melahirkan ramai orang yang bercakap besar tapi tidak mampu lakukan apa-apa pun.



Hai oih!! Urag Asliq pun dorh tau Madu Lebah Tualang bukanth satu industriq. Hehehe! Kerayanth sunggoh yok? Nye nork pebudo ke kiteq? Ishhh!

Sunday, November 14, 2010

JALAN TEMBELING JERANTUT ROSAK, JURUTERA JKR SUDAH TAHU ATAU BELUM?

Gambar hiasan: Sebuah jalan yang rosak dan merbahayakan pengguna


Semasa balik kampong dulu saya melalui jalan Tembeling Jerantut. Banyak jalan yang pecah dan rosak tentu merbahayakan keselamatan pengguna terutama pada musim hujan begini. Dekat kawasan perumahan pemindahan banjir di Kuala Tembeling lubangnya sangat besar dan dalam. Jika ada kereta yang bergerak lagi menuruni bukit tentu akan termasuk kedalam lubang berkenaan dan mengundang bahaya. Mungkin pemandunya akan mengelak lubang tersebut disaat akhir tetapi bagaimana jika dihadapan ada kenderaan lain ataupun motosikal? Tentu akan berlaku kemalangan yang mungkin mengakibatkan kemalangann jiwa.

Menuruni Bukit Atap dari Kuala Tembeling juga begitu, di kawasan pertengahan bukit dan diselekoh. Lubang yang dalam ini boleh dijadikan kawah semasa kenduri kawin, agaknya! Jurutera JKR Daerah tidak nampak kah? Atau ini diluar bidangkuasa? Atau tidak ada bajet atau tidak "masyuk"! hehehe  Atau kena tunggu sampai kemalangan mengakibatkan kehilangan jiwa baru tindakan akan diambil? Penjawat Awam dan Penguasa peringkat Daerah adalah bertanggungjawab terhadap nyawa rakyat kerana mereka berkhidmat untuk rakyat. Jika kemalangan jiwa berlaku kerana kecuaian dan kealpaan mereka, mereka akan dituntut di akhirat kelak.

Yang berhurmat dork dingok? Ke dork napork ulas matenyeq? Ke sedap amat kerite hark yang dieq naek tu sapai tarok rase lubang? Ke mimang suke masuk mane-mane lubang? Hark sepit ke hark lunggor ke tarok bekireq lalu! Hai Oihh! Kerayanth sungguh yok?

Friday, November 12, 2010

THE LOST CITY, THE FORGOTTEN CITY

Inilah pandangan dari pekan Kuala Tembeling. Pasir Tambang, Sungai Tembeling dan Sg. Jelai. Air sungai yang keruh - orang besar dapat faedah dari perlombongan emas di Penjom tapi rakyat dapat air yang keruh.



Hanya satu ini gerai minuman yang masih dibuka di Jeti Lama tempat orang kampong hilangkan haus dahaga. Orang besar tentu akan cari tempat yang lebih selesa seperti 'Coffee House' untuk lepaskan 'dahaga' zahir dan batin.


1. Hari ini lambat buat posting. Semalam balik dari kampong. Singgah di Kuala Tembeling kejap dan ambil gambar. Nak buat posting mengenai Kuala Tembeling, kena tunggu gambar siap cuci dulu. ( Hehehe! Sori ahh! Aku nork belajo memungkor sket, mana ada orang pakai kamera guna film lagi dorh mase neh)

2. Kita bila bercakap suka hal besar-besar. Cakap pasal ekonomi global. Cakap pasal ekologi, hidroligi, alternatif energi...semua besar-besar, sehingga kita lupa pada yang kecil atau memang kita sengaja tidak pedulikan yang kecil-kecil. Kita juga lupa bahawa rakyat terbanyak (marheen) adalah dalam kalangan yang kecil-kecil ini.

3. Saya sempat merakamkan beberapa keping gambar-gambar pekan Kuala Tembeling (The Lost City) yang telah kita lupakan, yang telah pemimpin-pemimpin kita lupakan. Kita ada AJK Bahagian asal dari Kuala Tembeling, tetapi nampaknya hanya ingin memenuhkan tembolok sendiri saja. Habis seluruh keluarga dan adik beradiknya dapat rumah PAKR Tembeling. Itulah satu-satu jasanya kepada keluarga sendiri yang boleh dikenang oleh generasi akan datang.

4. Sila rujuk posting saya yang lalu; SECEBIS KENANGAN. Saya juga nak ingatkan kembali sebahagian Fakta sejarah mengenai Pekan Kuala Tembeling disini:
1) Dulu Kuala Tembeling hanya dihubungi oleh jalan keretapi.
2) Pelancong ke Taman Negara dulunya melalui Kuala Lipis dan menaiki bot dari sana
3) Pihak Taman Negara mengubah Kuala Tembeling sebagai pintu masuk ke Taman Negara dan pengangkutan bot bermula disini dan pelancong menaiki keretapi dari Kuala Lipis atau pun Jerantut.
4) Kuala Tembeling jadi pekan utama bagi penduduk pesisir Sungai Tembeling dan sebahagian dari Sungai Jelai.
5) Pekan Sahari Tembeling pada hari Selasa dihidupkan oleh penduduk pesisiran sungai berkenaan dengan aktiviti berjual-beli.
6) Apabila terbina jalanraya dari Jerantut dan ke Kuala Lipis, pekan Tembeling jadi lesu dan mati
7) Ramai peniaga yang tutup kedai kerana kemerosotan perniagaan.

5. Kita yang mendabik dada kononnya berjuang untuk rakyat, apa yang kita lakukan untuk memulihkan ekonomi penduduk Kuala Tembeling selama ini? Apa perancangan kerajaan? Ahli Parlimen? ADUN dan AJK yang dipilih?

6. Saya cuma menanya dan menunggu jawapan walaupun saya ada beberapa cadangan yang boleh diambil bagi membangunkannya kembali.


Yang tinggal hanya runtuhan bangunan dan sedikit kenangan..



Jika pemimpin kita benar-benar ikhlas membangunkan rakyat, 
pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengubah wajah pekan bersejarah ini



Di sinilah salah seorang dari AJK Bahagian kita dibesarkan, 
mungkin dia sudah lupa tetapi sejarah ridak akan melupakannya.



Arwah Datuk seorang pemimpin pemuda juga pernah tinggal disini. 
Cucunya memang tidak ingat kerana dia lupa sejarah



Perahu Kajang hanya kaku di tambatan



Siapa yang ingin menjual dan siapa lagi yang mampu membeli?



Generasi masadepan - mereka menggantung harapan kepada kita




Duluq banyok urag ilir mudik naek perau dari sinin. Urag ilir berakit bawok kerba dan getoh pun banyok juge yok? Pasir Tembang tu penuh urag tambat perau dimeq, tidur berkemoh de senun. Maseq neh, antu setan pon tork berapa nork datang, yok?

Thursday, November 11, 2010

TUKARLAH TAYAR TU SEKALI

Mukadimah kali ini panjang sikit. Kerana ianya ditulis dalam bahasa orang putis dan saya mana pandai nak baca tulisan orang putih. Nak tulis lagilah tak pandainya. Sebab itulah mukadimah kali ini adalah 'copy and paste'. (Oppp! tertulis bahasa orang putih pulakdah!):


MENANTU SIAPA INI?


nota:
diri sendiri tak ada ijazah
malas belajar beli ijazah
buat kolej ajar ekonomi
ada ilmu akounting ada aljibra
ada dacing ada neracha
untuk timbang ijazah jual kati kah kah kah


IJAZAH TIMBANG KILO

The University of Wales announced it had suspended its involvement with Fazley International College, pending investigation - BBC LONDON

A Malaysian pop star with a bogus doctorate has been running a college offering University of Wales degree courses, a BBC investigation shows.

A Bangkok college that Thai authorities say has been operating illegally, is also offering courses leading to degrees from the Welsh institution.

Week in Week Out examined the way in which the University of Wales validated courses in overseas institutions.

The university said it was dealing "thoroughly" with the issues raised.

The programme revealed that Fazley Yaakob, who runs the Fazley International College (FICO) in the Malaysian capital Kuala Lumpur, was claiming to have both a masters and a doctorate in business administration. But both came from a bogus university.

The pop star, who has four hit albums to his name, claimed the qualifications from the European Business School (Cambridge), an offshoot of the Irish International University, which was exposed as a sham by the BBC in 2008.

“We are not happy about what is happening, we are dealing with it and will deal with it very thoroughly and will learn lessons from what has happened”.

Professor Nigel Palastanga said the University of Wales did not ask about his credentials, which were displayed prominently on the college website until he was confronted by BBC Wales' education correspondent Ciaran Jenkins in Kuala Lumpur.

Professor Nigel Palastanga, pro vice chancellor at the University of Wales, said the university was "concerned" about the issues raised in the programme.

"We are not happy about what is happening, we are dealing with it and will deal with it very thoroughly and will learn lessons from what has happened," he said.

The University of Wales announced it had suspended its involvement with Fazley International College, and would take no new admissions to its business administration and MBA courses until the matter had been investigated.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... ZAMAN INTERNET INI MASIH ADA YANG NAK BELI IJAZAH... kah kah kah..

kah kah kah... MUKA MACAM BURIT AYAM .... ADA NIAT NAK ADA IJAZAH... kah kah kah..

woit... KALAU NAK IJAZAH... BELAJAR LAAA.... kah kah kah...'



Itu kata blogger 'Tukar Tiub'. Tapi diapun dah patut Tukar Tayar. Ketika kebanyakan pemimpin PKR dan menyeberangi sempadan dia nampaknya masih belum sedar diri. Si Isham ni pun salah seorang dari penipu Melayu juga, Kah kah kah!


Nasib baik di tempat kita tidak ada orang yang tipu ijazah. Eloknya kalau ijazah itu dibeli, buatkan fotostat banyak-banyak dan tampal dipokok-pokok getah setiap kampong. Mudah-mudahan harga getah akan naik dan menyukakan hati orang-orang kampong. Kah kah kah!


Woit! Macam ini pun ada? Kah kah kah!


Urag sekarang, makin belajo makin budo dan makin kurang ajor. Tarok urag laen nok tipu pakat tipu urag kapong. Isu pengagihan saham Felcra hark yang tork telus macamane? Kruni-kruni konterek  tu macamane? Akhirnya natiq abis tanoh Melayu Jerantut tegadai ke bangse Cine sebab pemipin urag Melayu kita ni hark yang tamok.