'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, November 24, 2010

CATATAN MERABAN KONTRAKTOR MEROYAN KELAS F(D)

'Zon Kentut' Kontraktor Kelas F(D)


1.Baru-baru ini satu perjumpaan antara kontraktor kelas F telah diadakan. Seramai hampir 150 kontraktor yang berdaftar telah dipanggil untuk diberi taklimat. (Bukan di Jerantut, tapi ditempat lain, di negeri dan negara lain)

2. Taklimat diadakan dalam 2 sessi; pagi dan petang. Kontraktor juga di kelas-kan dalam 4 kumpulan. Kumpulan A dan B menghadiri sessi pagi manakala kumpulan C dan D pada sessi petang.

3. Kontraktor yang rapat dan jadi kroni bertuahlah kerana diangkat kedalam kumpulan A dan B. Mungkin bermakna peuang mendapat kerja-kerja lebih baik dari yang lainnya. Kontraktor yang tidak jadi kroni, masuklah dalam kumpulan C dan D, yang mungkin hendak 'bermimpi' untuk mendapat kerjapun sudah tidak layak.

4. Kenapa taklimat perlu dibahagia kepada 2 sessi? Kerana dewan perjumpaan itu kecil kah? Kalau kerana dewan itu kecil kenapa tidak dibuat didewan yang lebih besar? Dewan Majlis Daerah boleh memuatkan hingga beribu orang, kenapa tidak gunakan dewan itu? Kalau dewan itu juga kecil, kenapa tidak diadakan perjumpaan ditengah padang saja?

5. Mungkin juga tujuannya hendak mengkelaskan kontraktor-kontraktor ini. Maka nanti kontraktor kelas F di sini akan jadi kontraktor kelas F(A), F(B),F(C) dan F(D). Peliklah jadinya nanti. Mungkin inilah yang pertama di Malaysia. Ini semua adalah berkat pemimpin-pemimpin kita yang bijaksana dan bijaksini. Pemimpin yang sudah belajar tinggi-tinggi dan sudah bersih serta suci murni.

6. Mungkin juga ini hasil usaha dan idea kreatif pegawai-pegawai kerajaan yang gajinya dibayar kerajaan tapi ingin cepat kaya-raya dan memberi makan anak bini dengan duit 'ufti'. Kalau anak-bini membesar dengan duit haram yang akan menjadi darah dagingnya itu menjadi 'haramjadah', janganlah salahkan takdir!

7. Bersyukurlah kontraktor yang dapat gred A dan B serta tidak sia-sialah menjadi kroni. Kontraktor gred C dan D, berdoa sajalah semuga Allah akan membalas kepada mereka yang berkenaan dengan balasan yang sesuai dengannya didunia dan diakhirat.

8. Taklimat di sessi pagi untuk kumpulan A dan B dihadiri oleh pegawai tinggi kerana kumpulan ini adalah kumpulan anak emas. Taklimat untuk kumpulan C dan D memadailah dihadiri oleh pegawai rendah kerana ini adalah kumpulan 'taik kucing'.

9. Antara yang dapat jadi kumpulan A dan B termasuklah Tok 4 Kampong Tarak Tahan Wali Busra, serta (bukan Wan) Aki Hapri, Aki Terbizi, Aki Hupian dan Mustahak Abdillah di Kampong Sungai Rentang Anak Dara Dibawa Lari.

10. Apa ciri pengkelasan ini pun ramai yang tidak pasti, ada kontraktor yang baik dalam kerjanya, kemas, pantas tetapi diletakkan dalam kumpulan C dan D. Nak kata tak memberi 'ufti', semua mereka memberi 'ufti'. Mungkilah kerana ada yang memberi sikit dan ada yang memberi banyak. Tapi sama ada sikit dan banyak, 'neraka' jahanam juga tempatnya nanti..

11. Kalau berjalan-jalan di bandar nanti dan terjumpa mereka yang ada tulisan didahi dengan tulisan F (A-D), fahamlah bahawa mereka ini adalah antara kontraktor yang dah dikelas-kelaskan dalam satu program mengklasifikasikan kontraktor kelas F dibandar kita ini.

12. Ahli-ahli UMNO kitapun patut diklasifikasikan begini juga. Ada ahli UMNO(A) dan UMNO(D). Wakil rakyat juga ada kelas A - D. Pegawai kerajaanpun patut ada A-D sebab 'neraka' dan 'syurga' pun ada gred juga - A - D.

13. Inilah dasar 'SATU Malaysia' - mengredkan 'SATU' kepada beberapa kumpulan. 'SATU A' hingga 'SATU D'

14. Nampaknya usaha PM untuk menghapuskan rasuah sudah berjaya, bukan berjaya menghalangnya tetapi berjaya menggalakannya lagi.

15. Elok kita ingatkan peribahasa lama, antaranya:
Bapak borek anaknya rintik, tak tumbuh tak melata, ketam jangan nak mengajar anak berjalan lurus, rasuah adalah sedekah, duit dan bur** adalah halal.

16. .......tak sempat nak tulis lagi sebab broadband dah kena potong, bil dah lama tidak berbayar..


Haih! Kerayanth yok? Beginiq pulork dorh! Ishh! Rasuoh kume dorh beriq tapiq kereje tarok dapat jugeq!

23 comments:

Anonymous said...

Salam UD,
Sebab itu ong kena sokong projek mega WZWH dan apa cadangan WZWH memajukan Lembah Tembeling. Sekarang ong tahulah kerja takda untuk kelas F. Tapi bila WZWH tulis dalam blognya, ong marah, tidak sokong malah ong ejek dia. Aku nak royat ke ong tu.. WZWH tu kontraktor kelas A sebenarnya...banyak projek beratus juta dapat ke dia. Ong tengok Labak Tanah Memindah Pulau Besar jutawan dah sekarang pakai mercedes lampu bulat. Itu contoh orang yang menyokong. Aku khabor ke ong kalau ong nak kaya.

uRag dRrulug said...

Aku ceriteq pasai ketidaktelusan, pasai rasuoh,pasai kroni, pasai ketidakadilan, pasai buat tork muleq nati mati masuk nerakeq....

Anonymous said...

anon 9:24,

nyeq budo amat ong nirk

Anonymous said...

ong nok sokong wzwh tu bt ape???om nie sape??

Anonymous said...

Cikgu sekolah mengatur bebudak ikut sistem merit tu dari kelas A - Z masok neraka jugalah nampaknya.

Anonymous said...

kalau sokong WZWH pun, projek mega tu bukan dapay ke org lain, makan sama dema saja tu, jadi penyokong bodo saja buat apa?

Ree Kuala Lentun said...

anon 4:39,
sistem merit - neraka ada kelas dan syurga pun ada kelasnya. buat baik dibalas baik = syurga, buat bals dibalas jahat = neraka. tak kan itupun nak kena ajar? tak kan kurang cerdik sampai ke tahap itu? hehe

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

CATATAN MERABAN KONTRAKTOR MEROYAN KELAS F(D)

“TIGA SUJUD”

Sebenarnya akurk bukan tork nork singgah rumah saperk2 pun, tapi tarok masek sangat, maklum sajerklorh akurk nirk selanar nyerk sibuk mencari banir. Jadi harik nirk akurk aderk kesempatant bulih sikirt melabuh punggung dirumah tuan UD. Burak akurk pun bukannyerk aderk piedah sangat jugerk.

Kali ini, hanya ingin berkongsi sedikit pelajaran yang cuma ada sedikit jer. Pelajaran yang nak dikongsikan pda hari ini mengenai “Tiga Sujud” iaitu:-

i. Sujud Sahwi,
ii. Sujud Tilawah, dan
iii. Sujud Syukur.

Sujud pada bahasa mudah semata2 merendah diri tunduk sujud hanya semata-mata kepada Allah SWT. Iaitu meletak dahi dan hujung hidung di atas hamparan atau pelantaian dan seumpamanya, rapatkan tapak tangan, perut jari diatasnya, begitu juga kepala lutut dan perut hujung2 jari kaki. Sahwi bererti lupa, tinggal tanpa sedar atau tanpa sengaja, sebelum beri salam dikehendaki sujud dua kali.

Sujud tilawah bererti “sujud bacaan”, iaitu apabila pembaca Al Quran tentang ayat sejadah atau pendengar mendengar ayat tersebut sunat ia sujud sekali. Jika dalam sembhyang terus sujud dan bangkit semula sambung bacaannya. Jika diluar sembahyang hendaklah takbir dengan takbir ratulihram dengan niat sujud tilawah. Sujud syukur bererti sujud “terima kasih” kerana mendapat sesuatu yang disukai atau terhindar dari perkara dibenci. Antara sujud tilawah dan sujud syukur ternyata perbezaannya. Sujud tilawah disunatkan buat dalam sembahyang dan diluar sembahyang. Sujud syukur hanya disunatkan diluar sembahyang. Dalam tiga sujud ini ada bacaan2 khusus. Akan sambung lagi jika ada peluang...!!!

Pang5 Banir... akurk bejarlorh siket2 dengan arwah ayoh pastu di sekuluh belajar dengan ostat. Kalar akurk singgah dirumah saperk2 nanti akurk nork berkicek lagi mengenai sujud nih. Akurk tulis ni sebab akurk bersyukur kepaderk Allah, dibagi peluang oleh tuan UD beburak disini.

Anonymous said...

Salam encik UD.

mulek amat larh dimeq buat tu. encik UD kena sukung dimeq tu. bior encik2 di pejabat nun suruh urang2 kontrek hok buat kerja mulek2 tu buat kerja perujek di tempat kamiq di ulu temeling ni pulok, cepat larh sudohnye esok yok..

Dari: URANG SG KUCING

uRag dRrulug said...

Banir,
ong dgn aku neh bkn urag laen, sedareq oih! jangan kite buat tork pasai. ong datang kerumoh aku neh aku suka amat dorh, datang beri nasehat...aku ingat mase ong memundok belajor ugame dulu toh, aku juga ingat mase ong memundok same dengan urag aseli mecariq rutan dulu. ishh! banyok amat kenangan kiteq, yok?

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

CATATAN MERABAN KONTRAKTOR MEROYAN KELAS F(D)


Terima kasihlah tuan UD, kerana ingin terus berkongsi pandangan. Tapi berkenaan dengan cari “rutan” janganlah bagi tahu siapa2 pulak, nanti ada orang kata kita mencuri pulak. Tak apa itu masa dulu2. Belajar berdikari tapi tak menyusahkan orang lain. Lain pula dengan pemimpin yang dipilih hari ini, mereka tidak bersyukur dengan nikmat diberikan Allah. Sebaliknya mereka terus “loba” untuk “laba” maka “loya” orang kampung terus tertindas. Inilah keangkuhan dan corak orang2 politik. Kerakusan orang politik dalam apa jua parti memang terserlah, samada perjanjian, kemewahan, putar alam dan memandang rendah kepada orang lain. Istilah lain kepada orang politik sedemikian, mereka ini sentiasa dahagakan “budu”(bu... & du..)...!!! Tidak akan insaf sampai bila2 pun...!!!

Pang5 Banir, mintork maaf diatas tadik akurk berkicek “sujud” tapik kalar disinirk akurk royat “budu” urag kapongg kata “peda” tambah “ah”.

Anonymous said...

Salam lagik utk encik UD.
(bagik salam bebanyok pun tok saloh, york).

Hok banir besuroh tu, betoi amat larh. igama kiteq, kiteq kena dunjung, kena jageq mulek2. kiteq ni pun bukannye urang lain oihh.. Labok Tanah Memindoh Pulau Besor tu pun, biniq dieq sedareq kiteq, jadinye dieq pun sedareq kita juge larh. urang kabo kayeq amat doh dieq tu oihh sangkak dieq bekamir dgn urang pulitik derilir nun. kamiq ni pun sukeq amat larh. kamiq ni tok kayeq pun tok apeq larh, nok bagiq UPTI pun kamiq pek ke habendeq...

Dari: URANG SG KUCING

Anonymous said...

Salam bro UD,
kenapa ada sampai 150++ kontraktor kelas F di daerah pendalaman ini? banyak sangat ke projek di sini?atau 4-5 syarikat dimiliki oleh orang yang sama?ataupun cikgu dan kerani sekolah pun dah jadi kontraktor?sebab cikgu pun dah boleh berpolitik...UMNO kan parti kontraktor kah kah kah...

uRag dRrulug said...

terima kasih larh oihh! dimeeq reramai datang berkumen de blog akuq neh! Suka sangat larh akuq nye pasai blog ni jadiq merioh, tak laeh macam blog urag tu, dieq nork mengaku dieq urag drrulug tapi tarok sepeq nork mengikut dieq. Dieq suruh aku buat undiq urag drrulug pilih sapeq, dieq nye kaloh oihh! Aku tau dimeq tau aku ne sebenornyeq urag drrulug, bukannye dieq tu, hehe

Banir, oih!!
antara bu-du dengan pe-de...ishhh! aku tentu larh nok bu-du...mende nye sedap: bu-bejerabi bulu, pede-pedooh hajeq, tak amboh aku oihh hark iru! hehe

Buntat said...

Salam semua.
Mulek-mulek UD posting ni. Yang Aku heran dan pelik kenapa nak dikelaskan A,B,C,D,E,F.............Z. aku tak fahamlah. Masa aku dalam jabatan kerajaan tak pernah buat begitu. Munkin petugas ada kepentingan kut. Sebab tu aku tak kaya kut. Sukurlah aku tak terlibat rasuah. Sukur tak bagi anak bini makan duit rasuah.
Ini saya nak cerita sikit. Masa dulu-dulu seronok berkerja kerajaan sebab nak bantu rakyat dengan ikhlas tapi sekarang dah tak seronok sebab Ahli Politik masuk campur dalam projek pembangunan. Kena ikut cakap mereka walau pun menyalahi undang-undang. Kalau ada masaalah sapa yang sangkut?. Alhamdulliah saya dah meletak jawatan. Malas nak terlibat dengan perkara-perkara tak senonoh tu.
Saya heran kenapa membezakan antara sekolah dengan perkara ini. Tak cerdik langsung. Tuhan bagi kita ada otak bolih berfikir. Janganlah jadi " Katak bawah tempurung" atau "manusia duduk dalam perigi buta". Tolonglah berfikiran POSITIF sikit, barulah keputusan positif.
HAKUK MAHU SEMUA BERFIKIRAN POSITIF.
WASSALAM

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drulug dan semua,
Ralit juge aku membaca kumen Belea Banir ni, panjang akalnya budok bebanir ni.
Aku nok bersuroh sikit ke gon neh, gon ade dengor pasal bebudak belia kampung di galakkan mencarik "Toek"..kalo dlm base kome urang di pengor nih. Kalo beloh hilir skit di Kole Tahan tu urang panggil "Tree Gecko" base Latinnya ong kabo lah Sir UD. Katanya buleh jadi jutawan..,aku tak kisoh pasal nak jadik jutawan tu..keknya kekadang kita ni macam pak pandir pegi membeli kambing keknya nye beli ke sabit,,sebok buleh memakan rumput..begitu jugalah dengan kisohnya Toek nih, abih lah pukok buloh di tebang banir di takoh( sian ke ong banir, nye naya di urang aje),repuh di tebas dengan cerita nok mendapatkannya, kekadang sanggup mudik sampai ke keniam tak menoreh doh, kesnya menoreh dpt 50 ringgit aje sehari..Toek seekor berpuluh ribu, rabanlah demenya, keroh ke urang asli, nye kabo "Tak bulleh encek, nye liorr sungoh" padahal urang asli tu dalong hatinye "menda aku tahu menda tu mahal, masa ni tunggu pelancong dtg ke khemoh tu aje la, tak payoh nak ke hutan, "NG" bawok aku gi ke Jerantut juge lah"...Begitulah jawapannya urang asli, NG seorang bussineswoman tau macam mana nak beli hati urang asli ni, YB kite dgn WZWH ade bawok urang asli ni gi ke Jerantut? usah kate nak bawoh ke rumoh deme, nak ajok urang asli minum semeja pun usohlah...deme minum di Kupi House aje, kalo rakit pak anjang Yaakub di Kole Tahan tu pun, acok juge la peginya, agoknya la..YB dgn WZWH ni minumnya.
Bebalik ke cerita Toek ni tadih, aku rasa 10 tahun ke depan, bila prujek YB dgn WZWH ni berjaya. Sesapa yg ada Toek masa itu, usoh ke urang nak membeli nak menengok toek aje, urang kena bayor 10 ribu. Seboknya abih toek di kawasan Pengor ni doh..keknya yg kayanya sebok duit toek tak de lagi gayanya...kalau ceritanya toek di buat ubat, kite kena tahu juga macam mana pulok toek buleh jadi ubat, bukannya redoh aje cari..kalo ye sunggoh nye nak buat ubat, apsal tak buat ladang ternakan toek aje di Pengor ni?...raban laaa gon suka nya ..berniaga toek lagi untung dari berniaga urang dan unta,,jual Abdul Wahid dan Abdul Wahab sudah tadaa untung!

uRag dRrulug said...

Salam Ri,
Aishhh! ong suruh ke aku bagi tau nama latin menatang tu, manalah ke tau nya akuq neh, membace pun tarok berapa pandai, mende nya tork bersekuloh, ishh! ong tanye pada YB kita tu lah pasai di kelulusan tinggi, tinggi dari pukok tualang lebah madu WZWH tu lahgiq, dia pun pandai bahase urag putis neh, aku tork ke reti habuq...

Anonymous said...

Alo anom sema2.orang politeik memang takada kerja lain dok ngatake orang.dpt projek jual ke cina.bila orang kaya katalah rasuah.deme sema kerja malas.asyik dok kadai kopi ngumpat yb tak betoi tak dapat projek marah.nak dapat projek macam mana setengahnya tu lesen pun takada.arap ke butir je.orang cerdik sikit pada awak pun marah.ini macam punya melayu pun ada.

Anonymous said...

Anon 8:54,
Masalahnya bukan yg cerdik kita marah, masalah yg bodoh nk jadi cerdik, tak ada kelulusan tipu konon ada kelulusan, siapa yg nak di tipu?
semua org dh tahu

Anonymous said...

Anon 8:54
siapa2 pun tak kisah kalau orang2 cerdik menggunakan kecerdikan meraka untuk memperbodoh2kan orang yang bodoh. malangnya, ada orang2 bodoh yang tak nak mengaku akan kebodohan mereka, mengangkat diri mereka sendiri untuk dipandang cerdik, padahal kebodohan mereka setaraf dengan orang2 yang mereka perbodohkan. orang2 yang cerdik akan menerima kritikan dan memperbaiki kesilapan dalam memimpin, sebaliknya pemimpin yang bodoh akan menganggap semua yang dilakukannya betul dan menganggap segala kritikan dari orang lain bertujuan menjatuhkan mereka. itulah perbezaannya antara pemimpin cerdik dan pemimpin bodoh.

uRag dRrulug said...

Mmmmmm! ?????? Akuq hanya suuragurag budo ajeq!

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

CATATAN MERABAN KONTRAKTOR MEROYAN KELAS F(D)

Tuan UD, ong ingat gatek akurk panggil ke ong senalar tuan Ud, walaupun kiteq ni besedareq, akurk niq tua dariq ong lagiq, cerdik dariq ong, tapinyeq pandai ong sikit jer dariq akurk..!!!
Acu ong peratiq urag bekicek tu, ada lagi urag ariq niq nyerk pilih pemimpin cerdik, pemimpin budor. Urag pilih pemimpin cerdik tapi jangan jadi budor, kalar dorh budor urag tadork dork pileh2 haih...!!! Urag dork pilih dan berkiceq menyukung turk itu lebih budor lagiq lorh, ish ish... ish.., nanti kiteq hapuskan...,
Banir nak berkongsi sedikit pandangan:-

Halangan diantara para malaikat dengan manusia terlalu besar. Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah terhadap manusia yang beriman (Islam) lebih2 lagi suka memberi sedekah kepada orang susah (miskin). Bukan untuk megkayakan kepada orang kaya menjadi bertambah kaya. Ringkas cerita, syaitan ada juga beberapa gulungan; gulungan kuat berkerja, gulungan relak dan gulungan paling jahat. Syaitan ini ada juga “bos” mereka, suatu ketika bos syaitan telah membuat “sport check”. Sampai di suatu tempat, bos dapati anak buahnya masih belum tidur lagi, walaupun waktu sudah 3/4 malam. Bos bertanya, salah satu anak buah menjawab, manusia di sini terlalu kuat berusaha, beramal dan menolong orang susah membuat kebajikan terhadap Allah SWT. Di suatu tempat pulak, anak buah syaitan kelihatan relak pulak. Anak buah selamba menjawab pertanyaan, manusia disini sehingga waktu berkerja pun masih tidur lagi, sebab segala projek (kejahatan) kepada Allah ada disini. Di suatu tempat pula, bos syaitan terlalu marah2 pula. Seperti biasa anak buah selamba, menjawab, kita ni “jahat dah bos, tapi manusia di sini lagi jahat”. Diantaranya, menipu orang kampong, dan paling dahsyat “lepas kencing dan berak, mereka tak “flush” tandas digunakan.

Pang5 Banir, tadork apeqlorh kena takoh, ambil banir turk buleh buat kayu api, dan jadi watchman dengor berkicek polek2taik di koner lot...

uRag dRrulug said...

Banir,
Aok!! Ong tua ket ajeq pada akuq, kira bulan ajeq, tapi tetu larh aku hurmat ke ong tu, sedareq tueq, yok? Hehe! Nasehat ing aku raseq mulek amat larh, terutameq bile ong memang urag dorh napok mimang bijok sangat dorh, dorh bulih kenai jenis setan-setan ni kira bijok amart larh, sedang aku ni tork meraseq lalu nork bejupeq setan.Aku raseq setan ni pon ade bebagai bentuk, yok? Tetu ade jugeq hark yang buroi perut nye, yok? Agok aku hajeq larh tu, huhu.