'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, November 20, 2010

HIKAYAT UNTA, LAMMA, LEMBU DAN KHINZIR

Ini unta satu bonggol.


Ini pula unta dengan 2 bonggol


Sempena Hari Raya korban ini, saya nak cerita mengenai unta, kerana unta sangat sinonim dengan ibadah korban. Tapi cerita ini tak ada kena mengena dengan Husin Lempoyang, peniaga unta di pasar Baghdad tu. Tapi kalau dia tau cerita ini, tentu dia juga akan bersorak sakan dan berkata; "Wow! Jual orang lagi untung dari  jual onta!'


Syahadan maka tersebutlah kisah tentang 3 buah kampong.  Nama-nama kampong itu adalah Kampong Labu Labi, Kampong Padang Biol dan Kampong Sungai Rentang Anak Dara Dibawa Lari. Maka diriwayatkanlah adalah seorang saudagar peniaga minyak 'pemungkor' telah berjanji pada ketiga-tiga ketua kampong berkanaan untuk sedekahkan beberapa ekor unta bagi dikorbankan untuk kampong-kampong berkenaan. Maka setelah tiba hari yang ditetapkan, maka pergilah ketua-ketua kampong berkenaan membawa kenderaan mereka untuk mengangkut unta-unta berkenaan. Adapun ketiga-tiga ketua kampong berkenaan tidaklah pernah mereka melihat akan unta itu. Bagaimanapun tahulah juga mereka sedikit-sedikit akan perihal rupa unta dari orang-orang tua terdahulu.

Syahadan, maka apabila tiba ditempat dimana mereka mengambil unta itu, maka tercengang-cenganglah mereka kerana 'unta' yang mereka terima itu sudah tumbuh tanduknya. Tidaklah seperti unta di negeri Arab dan yang dikisahkan dizaman-zaman nabi. Maka tidaklah dapat berkata-kata lagi mereka itu oleh kerana terkejut yang amat sangatnya.

Arkian, maka dibawa jugalah 'unta-unta' itu balik ke kampong-kampong mereka kerana orang-orang kampong sudah berduyun-duyun menunggu untuk melihat bagaimanakah akan rupa binatang bernama unta itu. Maka akhirnya tibalah juga mereka ke kampong masing-masing. Maka diperikanlah bahawa bukan main terkejut berserta dengan tercengang-bangang orang-orang kampong itu kerana melihat 'unta' yang ingin dikorbangkan itu bertanduk pula.

Maka berkatalah seorang yang kononnya tahu akan hal-ehwal mengenal unta; " Ini bukan unta kerana leher unta panjangnya kira-kira sedepa." Maka jawab seorang lagi; " Ini bukan unta, leher unta panjang, tapi tak sampai sedepa." Yang seorang lagi berkata; " Unta tidak bertanduk, tapi mungkin yang ini dah tua kerana sudah tumbuh tanduknya." Maka, lamalah mereka itu berkira-kira bagaimana ikhtiarnya untuk niat menyembelih 'unta' berkenaan kerana nampaknya sungguhlah sangat berlainan.

Maka berkatalah seorang tua yang ada diantara mereka itu; " Sembelih sajalah. 'Unta' ni nampaknya macam sama saja dengan lembu-lembu aku tu. Niatkanlah sajalah 'unta' ini sebagaimana lembu untuk dikorbankan. Yang pentingnya, sembelihan dan korbannya sah serta halal!" Maka disembelih jugalah orang-orang banyak itu akan lembu-lembu itu untuk jamuan hari raya korban.


Yang ini pula Lamma namanya, sedara mara dan kaum kerabat unta jugalah.


Yang ini, tidak berleher dan walaupun kerinting bulunya, 
masihlah Khinzir (BABI) dan tetaplah haram dagingnya bagi orang-orang Islam.

Walaupun kurus, tetapi halal 
atau memadailah tulangnya dibuat sup.


Nota:
Dari sebaran maklumat di laman facebook, di Lancang juga mengalami perkara serupa apabila 'unta' yang dijanjikan bertukar menjadi lembu. Zaman sekarang banyak perkara-perkara pelik berlaku, banyak juga mereka yang bergelar pemimpin membuat janji-janji palsu.


Sian ke urag kapong, yok! Hark budo-budo kene tipu sokmo dengan hark yang pandai memungkor! Nasib baik juge larh unta itu bertuko jadi lembu, kalau jadi khinzir yang tarok lihier?, dorh lah haramp tok bulih de makanth, payoh amat pulok nork menyembelih pasai tarok belihier. Payoh amat, yok? Nork maroh karang mende kita dorh kenai dieq pemungkor, kiteq jugeq hark pilih dieq jadiq yang berhurmat duluq, ingat ke bulih jadi pasai! Wow! meniaga 'pungkor 'lagi untung dari meniaga onta!


10 comments:

chenerong ular said...

Hai dunia... perkara perkara yang melibatkan amalan pun di permain main kan, dalam islam munafik tu tak tunai janji dengan betul, tak tau lah mungkin ada alasan yang kukuh, kot kot unta yang di import dari makkah tak sampai pada waktu yang di janjikan. WALLAH.

uRag dRrulug said...

Hai unta...unta, dari jauh negeri Mekah kamu datang, sampai di Tanah Melayu dah tumbuh tanduk dan bertukar menjadi lembu...(?). Jauhnya perjalanan! Hehe! Mulek larh! Janji de dunieq neh dimeq buat bebagai, de akhirat natiq dimeq tau larh!

Anonymous said...

Hai ...Hoi Urag Drulug,

Bagaimana nie, dari pemungkau dah melarat ke pedooh pulok, esok-esok jadi perampuk dah...ke dah berlaku.


Unta mahal ong tau ke... jadi ganti Lumbu. sama aje boleh korban. PRU 13 nanti korban kedia pulok...amacam uD aderk sukong ke.

uRag dRrulug said...

mmm, sku tu sukung hajeq apa kateq dimeq, mulek kate dimeq mulek larh kate akuq, mende akuq ni urag tueq...

Anonymous said...

Salam encik UD.

Kamik ni tok kenai mende masek ke unta tu. hok liher pnjg mcm encik UD kabo tu ada larh kamik jupa dlm utan nun, kamik pnggil rusa haje, tapinya pek doh menatang tu, nye timbok di urang luor. hok kereba pindek tu biasa larh kami tingok curi ubi kayu kamik, tok ninek kamik kemarin mkn juga, kamik dok doh sbb kamik semua islam doh. sedara mara kamik hok bt 10 tu pun ada mengabo ke kamik cerita unta jadi lembu tu. tak ape larh. dime tipu larh urang, selagi dime bulih tipu. kamik di ulu ni mcm ni larh juga.

Dari: URANG SG KUCING

Anonymous said...

melayu ni memangnya susah.lain x tanyalah dulu sebab apa janji nak korban unta jd lembu.menda tu bukanya wajid org dah bersedekah tu pandai2lah bersyukor sikit.

samir said...

Mmm, Anon diatas - kalau rasa susah jadi melayu, awak jadilah bangsa Cina atau keling mungkin lebih senang sikit, selain dari unta dan lembu khinzir pun boleh dimakan, tak ada batasan, tak ada halal dan haram, semua boleh sebat. curi,rompak,khinzir,khamar,rogol,liwat dan bawak lari anak dara orang...semuanya akan halal. Apakah kerana mereka pemimpin maka tidak boleh ditegur? apakah mereka itu maksum? Kalau nak jilat, jilatlah sendiri saja...

Buntat said...

Salam UD. Muluk sangat ong keluar cerita ni. Dema pemimpin ni memang suka menipu. Menipu ni dah menjadi wajib bagi mereka. Kata menipu sunat katanya, Dalam ugama islam tak de kata menipu sunat. Menipu tetap berdosa. Kat dunia tak apalah buat apa saja pasti pembalasan DIAKHIRAT nanti. Kadang-kadang di balas didunia juga,
Anon diatas. Bukan tak bersukur tapi perbuatan tu yang tak puashati. Biasalah manusia ni memang kita lihat sama tapi hati dan perangai berbezakan.Aku rasa ong ni bukan melayu pandai nak komen orang. Manusia pegang pada janji. Lembu pegang pada tali. Kalau macam ini janji tak tunaikan nak pangil apa. manusia bukan lembu pun bulan.... munkin khinzir kot pasal tak tau nak nak bagi nama lagi. Pakai belasah aja tak kesah halal haram, dosa pahala.
HAKUK INGINKAN KEJUJURAN.
WASSALAM

Anonymous said...

kalau dah berani menegor org dan tau tiada siapa pun yang maksum jgnlah marah bila awak di tegor olih orang lain.apa awak ingat yb tu takada sedara mara.awak ingat buat blog bolih belasah orang ikut sukat hati awak.awak sorang dan rodong-rodong awak saje orang Tembeling.kalau berani menuduh org berzina untuk mr,an0m samir report polislah baru anak jantan.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drulug,
Korban unta?..Urang di hulu senun doh tak de kerbo?..Apsal suka sgt beli barangan luor sedangkan barangan tempatan ade...Apsal buleh katakan kereta rasmi semua Menteri/ raja bukan buantan Malaysia?..rakyat berkorban utk negara..Apa korban pemimpin utk rakyat/negara...cari lah idea utk berkorban kepada rakyat dengan sebenarnya...WALLAHUALAM