'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, November 9, 2010

PEDALAMAN MESTI DIBANGUNKAN - KITA MESTI BERSATU (HANGAT BERKARI, BEREMPAH DAN BERAWAS SERTA BERGARAM KUNYIT) - tiru style ParpuKari lah ni

Rakyat Marhaen di pedalaman ini menunggu keputusan kita 
yang akan jadi pembela nasib mereka kelak


Saya melihat blog ini semakin disukai, dan memang walaupun sedikit yang melawatnya namun mereka adalah 'genuine'  pegunjung yang terdiri dari anak tempatan yang sangat prihatin kepada daerah pedalaman ini - Ulu Tembeling.

Ketika saya mula berblog, saya tidak mengenali sesiapa dalam liga blog Jerantut, namun kebelakangan ini saya semakin mengenali ramai sama ada secara realitinya ataupun lewat blog mereka. Saya juga melihat sudah semakin ramai dari kalangan anak-anak pedalaman sepanjang Sungai Tembeling yang ada kecenderungan berbincang dan memberikan pendapat mereka sama ada diblog atau dilaman Facebook. Semuanya mesti diberikan pertimbangan.

Memang ramai anak-anak pedalaman yang sudah terbuka luas mindanya, belajar di universiti tempatan dan luar negara. Mendapat anugerah ijazah atau 'membeli'nya. Apapun mereka semua ini adalah aset kepada pembangunan daerah pedalaman ini. Ada yang sudah tidak ingin kembali lagi dan berjuang dari jauh di kota (seperti saya, ihik! ihik!), ada yang sudah kembali dan ingin memikul tanggungjawab bersama. Semua kita memainkan peranan masing-masing dengan cara masing-masing.

Kejayaan sukar dicapai jika kita berjuang sendirian. Segala tenaga harus digabungkan untuk membentuk satu kekuatan dan menjadikan perjuangan  itu tidak sia-sia saja (melainkan ingin berjuang secara sia-sia di Kg. Pasir Sia). Justru, tidak kira apa bangsa dan keturunan (Bendahara atau Bendahari) kita mesti bersatu dan berkerjasama dengan satu visi dan satu misi - membantu kerajaan membangunkan daerah kita - daerah pedalaman Ulu Tembeling serta pesisir Sungai Tembeling.

Mari kita mulakan disini, bersatu; saya menyeru blogger Sri Tri Buana, Cenerung Ular, WZWH serta rakan-rakan dan sahabat yang selalu memberikan komen diblog seperti; Buntat, Ri - Kuala Pengor, Tok 4 Kuala Aur, Pang5 Banir serta lain-lain yang saya tidak sempat menyebut namanya. (Muara Sat tidak payahlah, sebab dari tulisannya kita tau dia bukan 'orang kita', mungkin hanya penyamar saja, seperti komando dan gerila.  Saya masih mengenal mana Mutu dan Manikam) ( Bukan seperti Wan Joe Nombor yang hanya mengenal Mutthu dan Maniam) Mari kita bina gagasan dan lakarkan perjuangan, jika kita diperlukan oleh Wakil Rakyat yang berkenaan, mari kita bersama membantu mencapai cita-cita bukan setakat cita-cita peribadi kita tetapi harapan semua rakyat di daerah ini.

Apakah WZWH sudi menyahut panggilan ini? Bagaimanapun sudah tentu dengan beberapa syarat; 1) Saya menjadi Ketua Kerja (Cenerung Ular, Buntat dan Sri Tri Buana tentu setuju)  2) Semua pihak termasuk Wakil Rakyat mesti benar-benar berubah, jangan ada sikap menjaga kroni sendiri saja serta 'KURANGKAN' cerita-cerita 'memungkor' 3) Bersama mengawal dan 'MEMASTIKAN' supaya tidak berlaku penyelewengan kepad setiap projek dan bantuan dari kerajaan dan parti, jangan ada manusia spt Kak Key dan mereka di pejabat .....itu yang songlap segala peruntukan. Syarat ke-4, ke-5 dan seterusnya akan kita bincangkan bersama-sama nanti.

Apa kata saudara semua? Saya menanti pendapat dan komen saudara sekelian. Jika sesiapa ingin hubungi saya secara peribadi (WZWH atau YB) boleh hubungi email yang di atas. Saya jenis manusia yang tidak sabar menunggu terlalu lama, justru jika tidak ada respon yang diberikan maka saya menganggap tawaran ini ditolak. Adil dan saksama!


Urag pulitek, retorik dimeq adalah perpaduan...tapiq semua perpaduan itu dimeq yang hark nork jadi ketueq, kali iniq kalau hendokkan perpaduanth, bior aku pulok hark yang jadi ketueq nye. Bior akuq pulok jadi ketue belogger Temeling, WZ, CU, STB semua kene larh duduk bawoh akuq, buleh ke dork.....ini demi perpaduanth, hehe! Harap ke belog Dato' Wan Dumpok,  (sini)   emmm! Macam hampas hajeq, macam budok tork berape habis sekuloh walaupun dieq adeq sijil luor negareq!

11 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
OK WZWH setuju jika untuk kebaikan kawasan pedalaman Lembah Tembeling dan juga mana-mana tempat yang mundur dalam parlimen Jerantut serta untuk "Greater Bandar Jerantut" dan "suburban Pinggir Bandar Jerantut".

uRag dRrulug said...

Salam WZ,
Terima kasih lah ong endok terima cadangan aku tu. Nanti aku usahakan pertemuan pengamal media sosial pesisir Sungai Tembeling untuk sama-sama berbincang. Pasti ramai yang sedang menunggu. Aku akan rujuk pada SPU dan BH dulu, mereka juga pasti gembira dengan berita ini.

Anonymous said...

mulek lah tu, jgn biarkan keadaan tegang berpanjangan nnti uarg luar akan ambil kesempatan atas kiteq

chenerong ular said...

Salam UD, Uu okey,hakuk mengikot hajer,yang mulek wajib kita sukuong,yang jeheak kita tentang,puas tentang tak jalan jugaq kita diam.


Tok kira lah kepalanya jnji untuk kebaikan.

Buntat said...

Salam semua, saya rasa tak poyohlah nak berbaik selagi tak nak berubah SIKAP. Janji kalau boleh UBAH SIKAP boleh dipertimbangkan. UD saya cadang ong fikir betul-betul untuk bertemu dengan WZWH. Aku sarankan UD buat undian dulu. Tengok apa pendapat semua duluk.
FIKIR-FIKIRLAH.
WASALLAM

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drullug,
Aku sukong ong jadik ketua..tapi aku pun nak bagi syarat ke ong dan aku rasa urag di hulu, di tengoh dan di hilir mesti setuju...
1)Sungai Tembeling dan sewaktu dengannya mesti kembali jernih(dibaikpulihkan)
2)Tiada lagi pembalakan
3)Budaya dikekalkan (tak kan melayu hilang di dunia)..urang asli pun urang kite jugek..bela lah deme
4)Nuklear, kabel car lupakan lah...JALANRAYA itu di utamakan
..Aku bagi 4 ni dulu, banyok sgt kang tinggi sangat agendanya, berat sgt memikulnya...tapi aku ni macam biasalah, yg betul aku sukong..bukan bab parti pulitik, sebok aku tak kan mengundi doh lepas aku undi ong bertanding dgn WZWH ari tu...dan aku kabo ke ong, aku memang anti pulitik..maaplah ke urang UMNO ke, PAS ke, gon jgn berangan nak dpt undi aku...Apa pun, Gud Luck untuk ong!

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.

Bhg. 2...

AKUKULTUR

1. Semasa pelnacaran, YB Menteri Pertanian Dan Asas Tani berkata Projek Berimpak Besar merupakan salah satu komponen meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kerajaan untuk melibatkan pelaburan swasta bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatan taraf sosioekonomi rakyat. Ia dipantau terus oleh YAB Perdana Menteri melalui National Implementation Task Force (NITF) ia dilaksanakan secara “total package” dan dilaksanakan berdasarkan “Special accelerated track”. Bagi subsektor perikanan, ZIA dipilih berdasarkan sumbangan yang dapat dihasilkan dalam bentuk pengeluran sumber makanan, pengwujudan peluang pelaburan dan pemilihan komoditi yang mampu menjana pendapatan eksport negara. Pembangunan digalakkan secara bersepadu yang melengkapi rangkaian nilai pengeluran bermula dari pembangunan induk ikan, pembenihan, teknologi ternakan terkini dan pemprosesan hasil ladang.

NUKLEAR

2. Jika kita berada di daerah sasaran langsung, mungkin tidak pernah mengetahui apa2 tentang bahaya nuklear. Jika tinggal agak jauh, besar kemungkinan akan luput, asalkan kita tahu apa yang harus buat dan bersedia melaksanakan langkah2 untuk keselamatan jiwa.

Pang5 Banir... tumpang gembira masyarakat Ulu Tembeling menikmati limpahan rezeki di tempat sendiri…

SPU said...

Salam,
Kenapa harus selalu melihat kepada perbezaannya? Kenapa tidak tumpukan kepada persamaan yang ada? Jika jujur untuk bersama berjuang, maka rapatkanlah barisan, kurangkan perbezaan. Bagaimana agaknya dengan YB Wan Amizan, apakah beliau bersetuju dengan cadangan ini? Kita tidak boleh gunapakai pendapat WZ kerana dia bukan kata pemutus. Boleh WZ pastikan bahawa Wan Amizan juga akan setuju?

Anonymous said...

Tok 4 Kuala Aur.
Salam Semua....

Hoo...... hork ni..la yang akuq tunggu selama ni.Akuq sukong amat... dan akuq tunggu aje bila ong nork panggil buat pejumpaan. Akuq nork ikut serta. Ong Kabo awai-awai seket... bior senang aku nork ngelir.... nork siapkan rakit. Ulugg ni kalou tork kita usahakan untuk kemajuan sampai bilapun gitu la.....
Akuq sukong cadangan ong UD.

bRAVEhEART said...

Salam UD dan semuanya,
Saya sentiasa setuju dan sokong UD. Bagi kawasan pedalaman yg terpencil dan kecil ini, pemimpin janganlah terlalu berfikiran besar kerana berfikiran terlalu besar itu akan buatkan kita lupa utk melihat perkara-perkara kecil yg sebenarnya adalah merupakan keperluan utama masyarakat setempat. Berfikirlah dan bertindak diatas keperluan kerana pemimpin tugasnya adalah memberi keperluan rakyat - mengikut keutamaan. Jika berlebihan itu hanya akan memberikan kepada golongan yang bukan benar-benar perlukan. Kontrek sbg contoh hanya menguntungkan pihak tertentu sdg kan rakyat masih dalam kesusahan.

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

PEDALAMAN MESTI DIBANGUNKAN - KITA MESTI BERSATU (HANGAT BERKARI, BEREMPAH DAN BERAWAS SERTA BERGARAM KUNYIT) - tiru style ParpuKari lah ni

Bagi akurk turk, tork kisoh sangat sapa diangkat jadi ketueq. Senalar pun akurk duduk dibawah asuhan ayah bunda, kalar hork mana demaeq turk suroh buat, akurk akan buat asalkan menda turk mulerk unturk keroga. Ketuaeq sapark2 pun buleh hork pastinyerk demaeq mesti dengar cadangan urang lain. Tork pakai lain kira, asalkan demaeq kena ambil tau gatek. Bincangkan…!!!. Akurk doh tulis bab akuakultur bhg 1 & 2 dan sedikit mengenai nuklear dan belum habis lagi, semuga tuan UD bawa ke pengetahuan urang diatas.


Pang5 Banir... nork tulis lagi selagi tidak diharamkan dalam mana2 bolg, lepas ini nork tulis mengenai bioteknologi pulork. Bab politik tork berapa pandai sangat...!!!.