'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, November 15, 2010

SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Buat ketupat palas? Sambil buata ketupat sambil mengumpat? hehehe! 
Mengumpatpun satu industri. Kak key boleh jadi peneraju, abang bu jadi penerejah!



Kebelakangan ini ‘MITI’ sibuk menghebohkan promosinya terhadap ‘Satu Daerah Satu Industri’. Di TV saya melihat kejayaan satu daerah di Pulau Pinang (kalau tak silap) yang menghasilkan jeruk madu yang diusahakan oleh Pak Ali dengan jenama ‘Jeruk Pak Ali’. Banyak jenis jeruk-jeruk yang dihasilkannya, dari betik, kedondong, pala dan sebagainya. Maka berjayalah daerah itu dengan satu industrinya.

Maka kitapun memandang sekeliling kita. Apakah industri yang diujudkan oleh pemimpi kita di Jerantut ini? Blog-blog Jerantut sibuk dengan isu projek silang yang lebih menguntungkan pengusaha. Mungkin juga ada penjawat awam yang tertentu juga mendapat faedah darinya, tidak pun ada pemimpin politik kita yang sudah ‘brruppp’ kerana menyokong projek berkenaan. Inilah malangnya jadi Melayu di negeri Tanah Melayu.

Dulu WZWH cadangkan penghasilan ‘Madu Lebah Tualang’ yang gred A dan bertaraf dunia di Ulu Tembeling mungkin sebagai satu industri. Setiap orang asli yang saya temui semasa mencari gaharu bila ditanyakan soalan itu, mereka mengaru kepala dan berkata;
‘Kalau lebah bersarang di pohon tualang itu tentulah lebah liar dan bukan lebah peliharaan. Kalau bukan lebah peliharaan tentulah ianya bukan satu perindustrian. Aku pula yang menggaru kepala. Rupanya orang asli lebih ceredik dari xxxx!

Walau apapun, kita jangan biarkan kita ketinggalan terlalu jauh kebelakang. Kita harus mendesak pemimpin kita mewujudkan satu industri bagi kita-kita di Jerantut ini. Tiddak kiralah apa industrinya, asalkan jangan perjudian dan pelacuran. Pemimpin kita harus fikirkan sesuatu. Penjawat awam juga harus bersama memikirkannya. Mereka ini dibayar khidmatnya oleh rakyat jadi mereka mesti berkerja untuk rakyat. Kalau terasa terlalu berat bebanannya, mohon saja berhenti mungkin tempat mereka boleh disis oleh orang yang lebih perform dan produktif lagi.

Kita selalu mendengar bahawa penjawat awam yang dibayar gaji oleh kerajaan tetapi tidak menyokong kerajaan. Itu masih boleh difahami lagi. Tetapi sebagai penjawat awam mereka mestilah berusaha untuk melaksanakan dasar yang kerajaan cadangkan jangan pula mereka sendiri yang mensabotaj perancangan kerajaan.

Malang bagi Jerantut kerana kita bukan setakat ketandusan pemimpin tetapi kita juga diberikan penjawat awam yang dibuang dari daerah lain, dimana disana mereka sudah tidak berguna lagi. Jerantut bagaikan tempat pelupusan ‘penjawat awam’ yang bermasalah dan sudah tidak diperlukan. Kerana itu jugalah kita menghadapi banyak masalah dengan permohonan dan pemberian tanah.

Projek homestay tidak berjaya di Jerantut? Bukankah Taman Negara dikunjungi ratusan ribu pelancong setahun. Kenapa tidak diambil kesempatan dari limpahan itu? YB tak faham pelancongan? Adakah ditubuhkan jawatankuasa pelancongan peringkat DUN Tahan? Daerah? Dulu ada yang usahakan tetapi tidak mendapat sokongan kerajaan lalu terkubur tanpa nisan.
  

Kalaulah pemimpin dan penjawat awam kita masih belum ada idea untuk manjadikan  apa-apa sebagai industri bagi daerah Jerantut, mungkin kita bolehlah jadikan Jerantut sebagai satu daerah yang menghasilkan ‘pemungkor’! Kerana kita melahirkan ramai orang yang bercakap besar tapi tidak mampu lakukan apa-apa pun.



Hai oih!! Urag Asliq pun dorh tau Madu Lebah Tualang bukanth satu industriq. Hehehe! Kerayanth sunggoh yok? Nye nork pebudo ke kiteq? Ishhh!

6 comments:

Jeepers Creepers said...

sayang pahang dapat pemimpin tak kreatif..jenis tak reti pandang ke hadapan..hanya tahu pandang kocek sendiri..

uRag dRrulug said...

Terima kasih YB Raz (sahabat bro Braveheart) kerana sudi dtg dan berikan komen diblog ini. Sila datang lagi ke blog daerah pedalaman Ulu Tembeling

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Akurk darh, royat dulu,tumbuhan melata liar di tebing Sungai Tembeling akurk rasa buleh dikomerisalkan jika ada pemimpin beri membuat cadangan dan kajian ala biotekno. Buah kemnacong, jambu air, hempenai, mata ayam, buah neram, buah lewa, buah kejijak @ chekli dll yang kaya dirimba Ulu Tembeling, tapi akurk tork tahularh, kalar doh abis kene tebang semuaknyerk. Ada satu lagi buah kulim buleh dibuat maajun sakit pinggang utuk dibagik aje kepada pemimpin pulitik biar demeq turk belumba2 lagirk nork baut kemajuant di Jerantut,lupakan Ulu Tembeling nirk...

Pang5 Banir, nork minta bukak ladang tebu, tapi takut banyak pulork ular takut kena ketik...

Anonymous said...

Bukan tak kreatif, tapi tak reti, tak nk dengar pandangan orang2 yg mempunyai idea yg baik...hanya pandangan beliau yg dirasakan betul..almaklumlah keluar dari unuversiti ( uni mne tu )...cakak urag putih pn dah pandai, tanah tak boleh beri kepada org kuala tahan, takut dijual, rumah tak boleh dibina untuk jenerasi kedua nanti mencemar pandangan pelancong yg datang, nk mintak tanah kena buat kertas kerja untuk 3 ekar kertas kerja mestilah mempunyai produk yg ada kaitan dengan pelancongan dan ekonomik..bayangkan lah berapa ramai org kuala tahan yg tak ada tanah...brapa produk daa yg harus difikirkan oleh org2 kuala tahan yg tak ada tanah...tak boleh beri tanah untuk tujuan tanaman getah, tak ekonomik...hahahaha pemikiran haru biru...dia ingat pemikiran dia macam mahathir, mahathir pn menggalakan untuk membuat restoran terapung semasa beliau datang pada kali kedua ke kuala tahan...guane gayek laa nokk dapat tanoh dan rumoh di kuala tahan ni..harapkan yb tak membantu langsung, ingatkan sukung dia boleh membantu...kena tukor yb laa gaye nya pada pru ke 13 nanti,tapi kalau tak letak dia jadi calun dia akan bertanding atas tiket lain plk...biarkan laa dia bertanding atas tiket lain..letak dia jadi calunpn macam gaye yb pembangkang juga....lebih baik jangan calunkan dia pda pru ke 13 nanti...byk lagi ni...tunggu dulu, letih amat dohhh nk menaip ni, klu belajo di universiti bulehlaa menaip lama2

Anonymous said...

Salam.Mungkin daerah jerantut buleh adakan industri sukan ekor memandangkan ramai orang suka main sukan ini.

uRag dRrulug said...

hahaha!,
Industri Pembangunan Sukan @ 'Sport Toto' serta yang sewaktu dgnnya....menarik....kita sudah ada pengasasnya..iaitu Wan Nombor...kehkehkeh...hanya Johari yang mengenal Maniam...