'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, October 21, 2011

CALON WANITA UMNO JERANTUT




Sebuah laman blog menulis mengenai peranan 3 Wok dalam politik Jerantut. Mereka bagaikan pencorak politik Wanita UMNO Jerantut. Namun 3 Wok itu bukanlah sebenar-benarnya 3 kerana Wok Hitam dan Wok Putih hakikatnya telah bergabung menjadi 1. Gabungan Hitam dan Putih ini masih belum diberi nama. Mungkin boleh kita panggil sebagai Wok Taik Cicak.

Yang jelas Wok Taik Cicak ini tidak bersama Wok Kelabu. Mereka ada arahnya sendiri. Maklumlah dalam UMNO kepentingan peribadi lebih diutamakan. Kerana itulah selalu kedengaran setiap kali Wok Kelabu mengadakan aktivitinya maka dalam masa sama Wok Hitam dengan atau tanpa bantuan Wok Putih akan mengadakan aktiviti lain yang akan memecahbelahkan Wanita UMNO.

Wanita UMNO sudah tidak kukuh seperti dulu. Perpecahan membuatkannya lemah. Bukan setakat geng Wok Taik Cicak saja, tetapi Naib KetuaWanita juga nampaknya menyisihkan diri dari Wok Kelabu bagi tujuan melemahkan Wanita. Selain itu NKW juga disokong dan dibentuk oleh satu kumpulan yang diketuai seorang wakil rakyat dalam menguasai UMNO Bahagian.

Kak Key, yang satu ketika dulu sangat hangat dengan kisah skandal dengan Abang Bu Satu Batu juga tidak menyokong Kak Wok. Kak Key sangat rapat dengan Penguasa Pejabat Ahli Parlimen. Konspirasi politik dan ekonomi mereka juga diketahui ramai dan bukan satu rahsia lagi.

Pokoknya, Wanita UMNO Jerantut sudah tidak kuat dan berpecah belah. Jadi bagaimana mereka dapat membantu untuk pertahankan UMNO dan mengambil DUN Tahan sebagai kubu kekuasaan mereka. DUN Tahan biarlah untuk Wan Shamsuri. Semua orang pasti akan setuju dan menyokong beliau. Nampaknya bagi DUN Tahan beliaulah 'The Best Winnable Candidate'. Jangan ganggu lagi kerana gangguan itu akan melemahkan UMNO dan kemungkinan kehilangan DUN Tahan kepada pembangkang juga akan meningkat.

UD setuju Ketua Wanita diberikan kerusi untuk ditandingi. Beliau memang seorang yang aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sosial. Cuma dia tidak pandai menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat atau mungkin juga beliau berpendapat bahawa sokongannya bukanlah dari golongan pengamal media sosial.

Andai DUN Damak diberikan serahkan kepada UMNO, maka itu adalah kerusi yang sangat sesuai untuk beliau sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian  atau beliau harus bersaing untuk mendapatkan kerusi DUN Pulau Tawar. Dimanapun beliau dicalonkan, beliau adalah juga 'Winable Candidate' bagi calon UMNO Jerantut asalkan jangan ada permainan kotor Ketua Wanita UMNO Pahang dengan teori pecah dan perintahnya.


Aihh! Urag UMNO ni oih! Nye begaduh hajeq sesameq dimeq, nye berebut harteq hajeq. Macamp maneq UMNO tork rusok? Nye kerayanth sunggoh!



4 comments:

chenerong ular said...

pecah dan perintah, selalu dengar ungkapan ini, emm baru hakuk ingat dari siapa, tapi biarlah akuq baut tak tau hajerq, bak kata ungkapan dari KD, bagi yang selalu meneka identiti beliau "orang yang meneka siapa dia itu sentiasa di dalam kesamaran" walau pun pada hakikatnya tekaan itu adalah tepat?, jangan MAIN MAIN SAUDARA UD, SILAP CAMPUR WARNA NE SUSAH JUGA NANTI, HAKUKQ TAKUT NANTI DUN TAHAN, WZWH DUK KATA WOK HITAM, WOK PUTEH DAN WOK KELABU?, TAKUT NANTI YANG MENANG WOOK HIJAU ATAU BUNTAT HIJAU. MCAMMANA GAMOKNYA?, FIKIR FIKIRKAN LAH WOOK HIJAU TU DATANG DARI KUMPULAN WOOK MANA?

Anonymous said...

kelakarlah onq nih ud

uRag dRrulug said...

hahaha! blog UD memang kelakar mungkin kerana itulah disenaraikan didalam blog besar seperti Husin Lempoyang yg juga kelakar. Jadi, kalau baca blog UD, jangan anggapnya serius, bacalah makna yang tersirat dari yg tersurat itu. Sindiran dalam senyuman.....hehehehe!

uRag dRrulug said...

cenderung ular,
Ong kenai akuq? rase nye tidok pasai hakuq jarang sekali balik ke kapong, ong sajeq teka gamoknye dok? hehe...