'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, October 15, 2011

SALAH ALUR?

Ini alur yang betul walaupun berbuat sesuatu yang salah,
asal jangan masuk alur yang salah dari arah yang salah!
Foto sumber Blog Pemikir Politik Jerantut


Kita duduk di ulu ini selalu hilir mudik kerana sungai masih laluan perhubungan utama. Jalan masih dalam pembinaan. Nampaknya sangat menggalakan, itu pandangan berdasarkan usaha-usaha dan kerja penebangan balak yang dijalankan tidak henti-henti. Lebih banyak lori balak keluar bermakna lebih banyak kayu yang ditebang dan juga bermakna laluan ke ulu Tembeling itu sepatutnya semakin hampir, melainkan pembalak-pembalak itu 'tersalah' jalan. Maklumlah kita sebagai manusia biasa ini tak sunyi salah dan silap. Maafkanlah pembalak itu serta tokey yang mendapat konsesi berkenaan kerana kita rasa mereka itu 'bukan tidak sengaja'.

UD sebenarnya nak cerita pasal 'salah alur', bila kita melakukan perjalanan dengan bot terutamanya dimusim kemarau kita berdepan dengan masalah laluan yang sukar kerana air tohor (cetek) selalu menyebabkan perahu tersangkut dan menganggu perjalanan.

Jerantut sudah terkenal bukan saja di negeri Pahang malahan diseluruh Malaysia sebagai satu daerah yang begitu aktif dengan blog kerana memiliki lebih dari 40 buah blog yang menulis tentang politik dan isu semasa. Diantara blog-blog berkenaan ada sebuah blog yang namanya khusus memilih politik sebagai asas tulisannya. Blog yang saya maksudkan adalah blog 'Pemikir Politik Jerantut'.
Melihat kepada namanya tentu kita menganggap blog berkenaan akan menjadi leader kepada penulisan blog politik Jerantut serta sebagai rujukan yang melontarkan idea-idea bernas berkaitan politik dan isu semasa setempat, tetapi malangnya blog berkenaan tercemar oleh virus seks dengan lebih menonjol sebagai blog seks. UD cadang eloklah nama blog itu ditukar kepada 'Pesakit Seks Jerantut'.

Ada yang salah nama, ada yang salah alur, ada juga yang salah arah. Kerana itu kita harus memandang kekiri dan kekanan serta kedepan dan kebelakang. Supaya kita tidak ditikam dari belakang. hehehe! Adoiiii! 'PSJ' ganti 'PPJ'.


Bileq kiteq nork pegiq ke Karimun? Ong jangan lupe ke hakuq WZWH. Jangan ong gi surag hajeq. Akuq nork gi getek oihhh! Aku nork bejuget!!


6 comments:

Anonymous said...

hahaha! ok UD, mmg koi dh meluat nengok blog oemikil pelir-itik jerantut tu, ntah hapa2

Anonymous said...

UD,
Sayo heren baco posting KD.Ada maso hente UMNO ado maso hente PR.Tapi dio puji Dato Wen Mizen.Dio ni sehat ko?Tok pehe parti gapo dio ni.Tapi kalu baco tulisen dio dio dudok samo ore UMNO.Bahayo dio nih.Ore kato dio ngajar.Letih lagu ni kito nok kempen di paden piul.

Anonymous said...

UD- Urag Drulug kena tengok isu kandungan sebelum menegur blog-blog UMB..
-UMB-

Anonymous said...

hoiii UD, pemikir politik jerantut tu blog cg pian lah, buat apa nak kutuk dia kan ajk umno bahagian. ikut suka lah apa aku nak tulis di blog aku...

PemikirpolitikJerantut said...

Maaf Saya bukan Cikgu Pian. Nanti Kena saman pula saya.. Saya nak nasihat..hentikanlah berbalah sesama sendiri..Kita punyai banyak visi yang perlu diselesaikan..tq

orang di hilir said...

haha, tu visi awak visi saya lain..visi saya tolong UMNO hancurkan parti, hehe..sbb org diatas pn buat perkara sama....buaya penjaga lubuk karun,..