'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, October 4, 2011

SUB JERANTUT DARI DUN TAHAN

Mungkin juga dari kalangan mereka ini yang akan Ketua Bahagian lantik sebagai SUB


Syahibul hikayat, syahadan sebermula maka tidak lah dapat sahaya lari dari berkisahkan mengenai orang-orang besar UMNO kita ini adanya, melainkan kisah mengenai mereka jugalah yang akan sahaya ceriterakan adanya.

Belum lagi lama mantan SUB Jerantut kembali kerahmatullah, puak-puak UMNO Jerantut dah mula nak berperang. Ini soal peperangan sesama sendiri dan berebut harta rampasan perang.Mungkin juga betul untuk mereka itu. Tak kan nak biarkan saja kepada Al-Kicapi saja serta kroni-kroninya termasuklah Kak Key tu? Atau tak kan nak diam saja dan tengok saja satu-satu Pegawai Esekutif dalam UMNO Jerantut memulun segala peruntukan yang ada? Baiklah kita tumpang sama. Gunung sama diruntuhkan, sokong sama kita rebahkan.

Beberapa laman blog Jerantut sibuk menonjolkan calon masing-masing utk tumpang sekaki, kalau kroni dpt 'kunci' khazanah tentu mereka semua dapat sama merasa nikmatnya. Demikian juga ada blog-blog yang menelanjangkan calon-calon tertentu bimbang calon mereka tidak dapat dipertimbangkan oleh Ketua Bahagian.

Acher baca; Suara Prihatin UMNO Jerantut, patpatsikuklipat, Kutukan Dewata, dan lain-lain lagi. Semuanya tentang calon SUB.

Maka, blog UD pun ingin juga bersama-sama menyenaraikan calon-calon dari DUN Tahan khususnya dari Ulu Tembeling. UD berpendapat bahawa jika SU dilantik dari Ulu Tembeling ini akan menambahkan lagi kekuatan bagi menyokong setiap usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh YB ADUN Tahan kita. Selain itu tindakan ini akan lebih mengeratkan lagi persahabatan didalam UMNO dan akan mendekatkan perasaan masyarakat Ulu Tembeling dengan Parlimen Jerantut ini sendiri yang selama ini terbiar dan terpisah oleh geografi serta ketiadaan jalanraya.

Berikut adalah calon-calon yang UD ingin calonkan bagi mewakili masyarakat DUN Tahan;
1. Wan Shamsuri (AJK Bahagian)
2. Aziz Abd Rahman (Kg. Bantal)
3. Rahim Manggi (Kuala Sat)
4. Zakaria (Kg. Pagi)
5. Hamzah Hamid (Kuala Tahan - calon yang paling cerah harapannya dan kegemaran Ketua Bahagian)
6. Zamri Mat Ami  
7. Nordin (Kg.Gol)
8. Suran Jaafar (K.Retang)
9. Jafrun Ali (Kg. Bantal)

UD menolak Cikgu Zali kerana menurut rekod yang lalu semasa beliau jadi 'Kempen' Manager Aruah Cikgu Halim dia telah membelot dan menikam belakang, hehe! Jangan biarkan pisang berbuah 2 kali.


Tapiq, ame kala Ku Lan nork latik UD, hehehehe! bulih amart larh, tetu akuq sukung diriq akuq senirik, hehehe! Lame dorh akuq nork jadi setiausaha neh, tork dapart-dapart lagig, susoh jugeq yok? Gamoknye Ketua kena ade Setiausaha hark yang banyok duit jugeq, mudoh iket, yok?



5 comments:

Anonymous said...

ud, ong kenapa lupa calunka WZWH kita wakil dari SUNGAI KUCHING?, kerana cerdiknya, dia kata orang sungai lagi pandai dal boleh lelentong dia, aku sukong pencalunan, wzwh dengan penuh nafsu.

Anonymous said...

hah oihh. apa ong nak calon kan wzwh jugek huh?

Kutukandewata said...

salam UD,kalau wan shamsuri aku sokong 100%tapi kalu ong pun buleh juga.

Anonymous said...

dari senarai yang di tulis, hanya ada 2 calon yang layak..wan shamsuri dan tok 4 nordin je. dua dua bole buat kerja dan boleh jadi sub.

uRag dRrulug said...

Salam KD,
Aku mimang sukong Engku Wan Samsuri tu, tapi aku ni dalam dilema sbb aku pun nork sukong diriq aku seniriq jugeq, hehehe....WZWH tak payoh larh, sapa nak tulis blog sukong ADUN Tahan selain dia dgn ong? hehe