'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, October 31, 2010

Loji Nuklear WZWH tak cukup kuasa.

1. UD baru balik meeting dari Putrajaya dengan Datuk Najib. Datuk Najib bagitau UD,  memang Malaysia bercadang nork bina loji nuklear. Tapi bajetnya lebih dari 2.6 billion hork WZWH umumkan. DSN bagitau UD kalu untuk nuklear bajet 2.6 billion itu ciput sangat.

2. DSN bagitau UD, bajet nuklear kalau sungguh2 nak supply ke satu Malaysia mesti ada 260 billion. Ame setakat 2.6 billion tu hanya boleh supply bekalan ke Paya Poh, Dahong, Peling dengan Macang Perah jer. Kalau ke Kg Bantal dapat sampai ke Bukit Bisik rumah Ayah Long Abu Zaman jer.

3. Ini akibatnya bila WZWH keluarkan bajet tak ada home work. Main sebut jer. Kalau pakai bajet WZWH api ke Kg. Bantal pun lok lak lok lak. Datuk Najib kabor ke UD, sisa buangan loji nuklear tu esok peranyut ke sungai Tembeling jer.

4. Kita harap lepas ini WZWH nork buat projek kena buat homework dulu, jangan duk sebut jer billion senun, billion sini.

Saturday, October 30, 2010

PEMIMPIN TIDAK KELULUSAN TINGGI TAK MENGAPA,

Gambar hiasan semata-mata. Di hujung sana blogger cg pian 
yang senyum selalu dan tak pandai untuk tak senyum


PEMIMPIN TIDAK KELULUSAN TINGGI TAK MENGAPA, ASAL JANGAN MEMUNGKOR.....

Saya terbaca di blog rbf, (klik sini)  mengenai calon PRK Galas hanya berkelulusan SPM. Isu ini dimainkan oleh orang-orang Pas kerana calon mereka adalah seorang Doktor. Mungkin mereka lupa dahulu; mereka ada calon yang hanya seorang peraih ikan bahkan Naib Presiden Mereka Mahfuz pun hanya lulus SRP saja. (klik sini)

Pada saya kelulusan calon bukan perkara utama dalam menjamin keberkesanan tanggungjawab seseorang wakil rakyat. Malahan kemungkinan wakil rakyat yang tidak berkelulusan tinggi lebih baik perkhidmatannya kepada rakyat tetap ada. Cuma....cuma.......

Cuma janganlah dia dari kalangan pemungkor. Jangan tak lulus SPM kata kelulusan Univ.. Jangan tidak mendapat ijazah lalu membelinya. Itu menipu namanya. Itulah pemungkor. Sekali seseorang itu menungkor maka selama-lamanya dia akan memungkor. Sampai bila-bilapun dia akan tetap diingat sebagai seorang 'Pemungkor'.

Kita menunggu sebuah website/blog yang ,masih dalam pembinaan ~ http://www.duntahan.com/


Pemipin tork ceredek tork apa. Budo pun tork apa. Asal jangan memungkor. Sekali menipuq tetap selamanyeq menipuq, yok? 

Friday, October 29, 2010

WAYANG FREE



1. Wan Heru maroh dorh ke kiteq oih! Mungkin dieq keliru gamok nyeq. Tork ape larh. Jangan kiteq bekisoh sangat ke dieq tu. Keliru...keliru...keliru!!

2. Hari ni moh kiteq dingok wayang. Akuq belanje ke gon semueq. yok? Free! Urag Gusai buleh dingok jugeq. Wan Bederul, lame dork napok ong? Ong tarok dingok wayang ? Hehehe! Natiq aku nork pastikan kapong-kapong Ulu Temeling akan dapat Wi-Fi Kapong macam di Gua Musangkh. Aku nork mengicek anak 'Yatim' (Rais) tu duluq. Kita nork Wi-fi Kapong TANPA ada PRK.

3. Isuk aku nork hale he Gua Musang pulok.

Kita tidak hendak loji Nuklear. Kita tidak kisah bagai mana sisa nujklear diuruskan. Kita hendak keselamatan diutamakan. Apakah kita tidak ada sumber tenaga lain selain dari itu? Arang Batu? Air? Angin? ATAU mengkaji sumber tenaga baru....2 dalam satu; Bina 'Incinerator' bagi pelupusan sisa pepejal dan memperolehi tanaga dari pembakaran berkenaan? Fikir! Kaji! Lakukan sesuatu, asal bukan nuklear! Kita hantar pelajar kita keluar negara untuk jadi pandai bukan pandir. Untuk jadi pemikir dan pencetus idea besar, pencipta bukan setakat peniru. (Baca sini)

Thursday, October 28, 2010

HANYA JOHARI MENGENAL MANIAM

Imej Jerantut Bandar Sampah harus dikikiskan


1. Kita hidup dan berpijak dibumi nyata. Jika kita ingin menanam impian sekalipun, 'pastikan'lah impian itu sesuatu yang wajar dan mampu dicapai dari segi lojiknya. Kerana itu saya sebagai insan kerdil ini lebih suka bercakap mengenai perkara-perkara kecil saja. Jadikan ianya impian bukan sekadar angan-angan.

Saya ingin mengingatkan kembali bahawa dari 7 elemen penting yang disebut oleh PM bagi memperkasakan semula UMNO, eleman ke-4nya adalah menjuarai media sosial. Dalam bahasa lain menguasai IT; Facebook dan blog dengan mendekatkan diri kepada rakyat yang sudah banyak menggunakan medium berkenaan dalam kehidupan harian.

Setakat ini, masih belum ramai tokoh politik Jerantut yang ada laman blog dan facebook, kalau ada pun mereka tidak begitu aktif. Bila keadaan ini akan berubah agaknya? Sebenarnya bukan terlalu susah untuk membina laman blog, cuma perlukan sedikit minat dan usaha.

Kita akan pertimbangkan, jika ada permintaan mungkin kita akan adakan siri pembelajaran membina laman blog untuk kita-kita di sini, atau untuk pertanyaan dan pembelajaran lanjuta boleh hubungi 'cifu' blogger Jerantut aka 'guru besar' (Klik Sini ke blog beliau) Klik sini bagi panduan bina blog.


2. Bandar Jerantut sudah berubah wajah. Tahap kebersihan sudah bertambah baik walaupun masih belum benar-benar membanggakan sebagai sebuah Bandar Pelancongan, namun ini adalah permulaan yang baik.

Tiada siapa dapat nafikan ini adalah usaha keras YDP Majlis Daerah dan khususnya Setiausaha Majlis Daerah Jerantut sendiri. Kita harus mengucapkan syabas dan tahniah kepada Wan Norizan kerana usahanya itu.

Wan Norizan, jika tidak silap saya adalah anak tempatan Kuala Lipis kelahiran Bukit Betong dan saya mengenali beliau semasa beliau masih lagi bertugas di Majlis Daerah Kuala Lipis. Usaha beliau mengubah wajah Jerantut membanggakan semua pihak. Kerana itu tanpa rasa malu dan segan silu WZWH mengakui bahawa beliau adalah saudaranya walaupun mereka dari berlainan rumpun wan, WZWH wan Tembeling dan Wan Norizan adalah wan Bukit Betong.

Kawan-kawan mengijeq; WZWH ni asal ada wan hark yang mulek perangai, kayeq, terus mengaku sedareq. Ntoh-ntoh Wan Ho dan Wan Wah. (Tukang Emas dan Tukang Jahit) tu pun mengakuq sedareq dieq. Hehehehe! Hark yang tetunya, 'Wan Keliruq' dan 'Wan Numboi' memang sedareq dieq. Dueq-dueq cik igu sekuloh. Entohlarh yok! Hanya Johari yang mengenal Maniam. Ong adeq numboi mulek hah?

Wednesday, October 27, 2010

LOJI NUKLEAR SELAMAT? DIPERLUKAN SANGAT?


Cerdik sangatkah WZWH melebihi Tun Dr. Mahathir? Kah kah kah!



Kah kah kah!
Tukar Tiub pun tau hal Jerantut dan Ulu Tembeling. Tukar Tiub pun menganjing ke WZWH pasal pembinaan Loji Nuklear. Kata Hishamuddin Rais begini:
buat jalan - jalan runtuh
buat rumah - rumah runtuh
buat jambatan - jambatan runtuh
buat stadium - stadium runtuh

nak buat loji nuklear ?
kah kah kah



Kah kah kah!
Gon bace lah disini (KLIK)



Tuesday, October 26, 2010

"MAQASID DAN MANHAJ PERJUANGAN"



1. Dalam ucapan seorang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, beliau mengunakan perkataan sepertimana tajuk posting hari ini. Saya yang bukan sekolah arab dan tidak pandai bahasa yang dituturkan oleh Shah Rukh Khan ataupun bahasa Parsi atau pun Palestin tentulah pening kepala. Semak punya semak kamus, maka tahulah maknanya adalah Matlamat dan Pendekatan. Ahh! Ada perkataan yang seerti dngannya dalam bahasa Melayu rupanya, jadi mengapa perlu gunakan bahasa yang sebegitu asing? Mungkin juga untuk tunjukkan bahawa si penuturnya adalah seorang yang begitu Islamik dan sangat mahir dengan bahasa arab, bahasa yang digunakan oleh kitab Al-Quraan.

2. Dulu, ada seorang pemimpin yang sudah ditempat ke-2. Bila bercakap sudah tentu akan menggulung lidahnya untuk jadikan sebutannya sebagaimana sebutan bahasa Arab.Dia bercakap mengenai masyarakat Madani, sampai terpaksa PM menyindirnya sebagai 'kabul' penjual permaidani. Akhirnya dia tertangkap kerana meliwat. Sekarang ini masih berdepan dengan tuduhan liwat, Tapi untuk kali ke-2.

3. Ketua Pemuda diatas ini ada juga hubungan dengan bekas orang nombor 2. Kerana itu dia sanggup menyerahkan paspot kepada nombor 2 untuk membolehkan beliau menerima rawatan diluar negara. Oleh itu bukan ada banyak perbezaan diantara kedua-dua mahkluk ini. Kita kena sentiasa awasi mereka.

4. Orang yang bercakap terlalu pandai adalah sangat bahaya kepada masyarakat kita. Pandai bertutur bukan bermakna cerdik dan bijaksana yang boleh membantu rakyat. Kalau bercakap mengenai nak bina hotel berpuluh tingkat, nak bina resort 7 star, nak bina itu dan ini yang tidak berpijak dibumi nyata, ia tergolong didalam golongan kaki auta @ Pemungkor. Dulu kita ada dengar ada seorang calon pilihanraya kata nak bina jalan raya dengan duitnya sendiri jika kerajaan tidak bina, Hakikatnya dia mendapat kontrek membina jalanraya berkenaan dan mendapat untung berjuta ringgit. Kita jugalah yang selalu kena perdaya.

Klik baca Kedah Times.


Akuq serik amat dorh oih! Kene tipu hajeq de dimeq. Janjiq nork beri tanoh felcra tork beriq jugeq, dapart ke sedare mareq dimeq hajeq. Ishhh! Mende kite urag budo.....tapi akuq ade satu undi dalap pilihanraye natiq, ong tau larh aku nork undi sapeq, yok?

Monday, October 25, 2010

SELEPAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Gambar Pahang Daily Online:
Sebahagian perwakilan yang menyerikan malamnya dengan berhibur di Dang Dut, manakala siangnya mengantuk di Perhumpunan Agung. Ini bukan gambar Orang kita dari Jerantut. Orang Jerantut tidak begini. kalau tak percaya boleh tanya pada En. Dolah Kicap. WZ pun tau tu. Boleh pastikan WA tak terlibat......


Perhimpunan Agung UMNO ke-61 sudah berakhir, tetapi kenangannya tidak.

Dalam ucapan penggulungan Presiden, beliau masih menggesa UMNO menggunakan se-maksimum mungkin bidang IT terutamanya laman Facebook dan Blog. YAB Presiden memang sedar bahawa orang UMNO masih ramai yang buta IT. Kekalahan BN dalam PRU 12 lalu sebahagiannya adalah kerana kurang upaya saingi pembangkang dalam rangkaian sosial terutama blog. Kita juga memandang remeh terhadap media sosial (media baru) dan salah tafsir impak yang diberikannya. Akhirnya kita tersandar kedinding dan kehilangan 5 buah negeri.

Berapa ramai AJK dan pemimpin diperingkat bahagian yang adal blog dan Facebook? Berapa ramai yang aktif? Berapa ramai pula yang melawati laman-laman berkenaan? Yang ramainya adalah yang masih buta IT. Bahkan lebih ramai yang menganggap IT langsung tidak memberi impak kepada sekeliling mereka.

Berjuang dia era sekarang tidak lagi seperti dulu.Peralatan juga semakin canggih. Jika kita masih ingin kekal dengan kuasa yang kita ada kita mesti mengubah strategi dan cara perjuangan kita. Kegagalan kita menguasai IT akan membuatkan kita kehilangan keupayaan untuk mendapat maklumat. Kegagalan mengumpul maklumat akan akibatkan kita salah tafsir kekuatan lawan. Kegagalan tafsir kekuatan lawan akan buatkan kita kalah dan tersandar ke dinding.

PRU 13 adalah cabaran terbesar kita. Kemungkinan UMNO / BN kalah masih ada. Ini juga bersabit dengan survival bangsa Melayu. Kalah UMNO maka kalahlah bangsa Melayu. Pas tidak akan perjuanhgkan Melayu bahkan Pas mengadai Melayu kepada DAP demi sedikit kuasa yang ingin mereka genggam. PKR hanya perjuangkan peliwat dan tidak akan kemana-mana.

Kita ingin lihat nanti akan lebih ramai pemimpin UMNO yang aktif berblog....dan tahniah kepada sahabat saya Cikgu Pian kerana aktif berblog, DUN tahan juga, semenjak blognya dilinkkan di SPU. Yang lain-lain bagaimana?

Klik ke blog Info Corner, baca eleman ke 4 dari 7 elemen transformasi UMNO. Kita dan pemimpin UMN O kita apakah sudah sampai ke situ? Blog resmi UMNO Bahagian Jerantut pun kita masih belum ada!


Sedareq akuq, cenerung ulor dorh ade belog. Ong ni Ri~Kuale Pengor, bila lagiq nork berbelog? Janganth isuk nork puyok akuq, asap rong akuq, segalenye ong nork mitok pade akuq! Maroh pulok de WZWF pasai ong tarok umpame ke dieq sebagai pemipin urag Ulu Temeling serta jajahan takluk nye. Tahniah larh dapat pingat, patut dorh dapat Dato' dorh sebab Halim Lim Ah Chap pun dorh lama dapart, tarok tuleh belog pon!

Sunday, October 24, 2010

TERIMA KASIH DS NAJIB KERANA MENDENGAR SUARA KITA




Perhimpunan Agung UMNO sudahpun berakhir hari ini. Saya masih belum nampak jelas perubahan dalam UMNO. UMNO masih UMNO yang dulu walau berapa kali bersalin kulit sekalipun, tetap sama.

Perhimpunan Agung hanya gelanggang tempat perwakilan menonjolkan diri. Bagi yang berucap mereka seperti dulu juga, berpidato berapi-api. Ucapan penuh dengan retorik sesekali memohon, merayu kemudian mengugut serta membodek para pemimpin. Orang bertepuk kita bertepuk, orang bersorak kita bersorak.

Cuma ada beberapa perkara yang patut perwakilan akui, iaitu bahawa peratusan perwakilan adalah dari kalangan mereka yang masih buta IT. Kerana itulah Presiden bersungguh-sungguh meminta mereka menyertai media sosial ini untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. Di Jerantut sendiri berapa orang pemimpin kita yang aktif mengamalkan media sosial? Adalah satu dua orang. Blog DUN Tahan nampaknya sudah jadi sarang labah-labah. Bukan setakat layoutnya tidak menarik, tulisanya serta isunya juga tidak menarik sama sekali. Bolehlah dikategorikan blog berkenaan sebagai blog 'sampah'. Sama juga dengan blog Norhelan (Ketua Wanita UMNO) yang hangat-hangat tahi ayam. Sekarang ni diblog Norhelan bukan setakat ayam sudah tidak bertelur, berak pun ayam sudah rasa segan, hehehe! Kita tunggu dan lihat selepas ini, siapa lagi pemimpin UMNO Jerantut yang terbuka mindanya untuk IT?


Pada hari ini, kita mendengar Presiden UMNO berucap dan menegur perkara sama berkaitan pemberian saham felcra. Terima kasih DS Najib. Suara kita sudah didengari pemimpin. Blog kita, terutama blog SPU memang sedang dipantau oleh pemimpin UMNO. Kita bangga kerana akhirnya suara kita didengari oleh pemimpin. Ini bukan akhir perjuangan tetapi sebenarnya perjuangan kita baru saja bermula.

Jika pemimpin UMNO kita jujur, tidak pentingkan diri dan mengambil berat terhadap rakyat baru kita rasa kita patut bersama didalam saf. Tetapi jangan beri kami harapan dan impian, jangan jadi saudagar penjual mimpi. Kami inginkan realiti kerana kami hidup dan berpijak dibumi nyata.

Si pemungkor dan penjual temberang akan tetap kita pinggirkan dan singkirkan!


Hah Oih!! uRag dRrulug seroh memorandum bantahanth rakyat DUN Tahan pada DS Najib, presiden UMNO aka PM. DS Najib peka dan prihatin laluq beriq responnya dalam ucapanth penggulungannya. Kita tau akhirnye pemipin akan sedor jugeq dan mendengor suare kiteq yok? Kita sedor blog Jerantut dipantau UMNO Kebangsaan terutamanye blog SPU. Kite berjaye, tapiq pejuangan kiteq baru hajeq bemuleq bukanth nye sudah berahir! UD akan pastikan suara rakyat diberiperhatianth!

Saturday, October 23, 2010

IKS PEMBUATAN 'ASAM RONG' UNTUK PASARAN ANTARABANGSA

 Gambar hiasan: Industri Kecil dan Sederhana pembuatan keropok


Semua orang di Ulu Tembeling dan bahkan sepanjang Sungai Tembeling makan 'asam rong'. Bahkan orang di Raub juga makan dan menggemarinya. Jika pembuatan 'asam rong' ini dilakukan secara komersial besar kemungkinan berupaya dipasarkan bukan saja di Malaysia bahkan diluar negara sekalipun.

Memang sudah susah untuk mendapatkan bekalan buah perah, bahan utama bagi membuat 'asam rong' berikutan kepupusan pokok perah yang juga ditebang dalam pembalakan. (Begitulah dengan mudah kita memupuskan spesis-spesis tumbuhan kerana lebih mementingkan kewangan bagi jangkamasa singkat).

Namun begitu alternatifnya kepada buah 'perah' iaitu 'biji getah' sudah digunakan sejak beberapa lama dulu.Justru, jika kita sudah tiddak mampu mendapatkan buah 'perah' untuk tujuan pembuatan 'asam rong' maka kita boleh melakukannya dengan menggunakan 'biji getah'.Selain dari masih banyak terdapat pokok-pokok getah disekitar kita, ianya juga mudah untuk didapati tanpa perlu meredah hutan untuk mendapatnya.

Prosen pembuatan 'asam rong' juga sangat mudah. Mula-mula bijigetah yang dipungut itu dijemur selama satu dua hari, kemudain kulitnya dipecahkan untuk mendapatkan isi-rongnya. Isi rong buah getah itu selalunya dititik dan kulit kerasnya dibuang dan sekali lagi ianya dijemur untuk beberapa hari lagi. Proses berikutnya adalah menghancurkan isi-rong berkenaan. Secara tradisional, ianya ditumbuk sama ada menggunakan lesung tangan atau kalau dulu digunakan lesung kaki (juga dikenali dengan lesung hindik). Isi-rong yang suddah ditumbuk (tidak terlalu hancur) tadi disimpan didalam bekas yang kedap udara supaya ianya tidak dijangkiti kulat. Biasanya di simpan didalam 'molo' atau tempayan untuk jangkanasa beberapa bulan.

Setelah diperam selama beberapa bulan maka 'asam rong' berkenaan siap untuk dipasarkan sama ada bagi pasaran dalam negeri bahkan bagi pasaran luar negara. Bagaimanapun sebelum itu, proses pembungkusan dan penjenamaan harulah dilakukan dengan baik supaya produk tahan lebih lama dan kelihatan menarik terutama untuk pasaran luar negara.

Oooo! Mungkin ada yang rasa hendaka ketawa bila idea memasarkan 'asam rong' ini dicadangkan. Tetapi apakah kita sedar bahawa diluar negara banyak bahan makanan yang selalu kita makan dikampong-kampong kita juga terdapat dipasaran diluar negara?

Apakah kita sedar bahawa kunyit, daun kunyit, halia, lengkuas, daun kesum, terung pipit (terung mangol), daun limau purut,....namakanlah apa saja, hampir segalanya terdapat dipasaran diluar negara walaupun bukan datang dari negara Malaysia.

Kadang-kadang kita hairan kenapa kerjaan Malaysia tidak dapat memasarkan barangan keluaran negara kita dengan berkesan diperingkat antarabangsa? Jawapan mudahnya adalah agensi-agensi berkenaan serta penjawat awam yang bertugas diagensi berkenaan tidak bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka. Kerana itulah kita selalu tewas kepada Thailand dan Indonesia dalam banyak hal yang melibatkan industri pertanian.

Di eropah dan negara-negara luar, makanan India, China, Jepun serta Korea sudah tidak asing dan dapat menarik minat diperingkat antarabangsa. Demikian juga dengan makanan dan masakan Indonesia dan Thailand yang sudah semakin mendapat tempat diarena antarabangsa, tetapi kenapa makanan Malaysia tidak mendapat pengiktirafan demikian? Jawapan mudah adalah kita kurang peka terhadap mempromosikan makanan negara kita diperingkat antarabangsa. Sekali lagi kelemahan kerajaan dan penjawat awam yang bertugas di agensi berkenaan boleh kita persalahkan.

Jika kita dapat mempromosikan makanan kita, termasuk 'asam rong' keperingkat antarabangsa serta berupaya mengekspot 'asam rong' keluar negara (yang disertakan resepi memasaknya) tidak mustahil 'asam rong' juga akan mendapat tempat dan dipasarkan di luar negara.


Hehehe! Isuk akuq akanth buatkan resipi macap mana nork buat gulai 'asam rong' ikan sebarau. Yang peting, mestiq pedas yok? Sedareq akuq Wan Heru tu gemo amat ke gulai asap rong nih. Wan Rahman pun same jugek, mende dieq asal urag Kapong Batai, yok? Gon ade puyok? Bok ket! Akuq ade er'rong!

Friday, October 22, 2010

MADU LEBAH GRED 'A' BERTARAF DUNIA

Ladang Ternakan lebah Borneo Honeybee Centre, Sabah



Memastikan kualiti mencapai gred 'A" dan pada peringkat antarabangsa


 Sarang lebah liar tetapi bukan di pohon Tualang



Nak fikir projek besar-besar tak nampak. Nak memungkor besar-besar pun tak pandai. Jadi terpaksalah cerita perkara yang biasa-biasa saja - yang sedang-sedang saja.

Mungkin boleh kita fikirkan semula setakat mana relevan nya idea-idea besar orang-orang yang berfikir besar. Kita lihat dan fikirkan semula posting semalam tetapi dengan lebih menjurus serta fokus kepada sesuatu perkara. Saya CnP dibawah ini perkara yang diulas secara rambang semalam;
  • Projek Madu Tualang gred A bertaraf dunia - Ini adalah idea yang terhebat. Kena pastikan atau cadangkan supaya lebah-lebah hanya akan 'bermadu' (bersarang) di pohon-pohon tualang saja. Selain itu lebah-lebah ini juga mesti dipastikan mengeluarkan madu gred A dan BERTARAF DUNIA.

Jika lebah dipelihara maka lebah-lebah berkenaan dapat dikawal dari segi pembiakannya serta kualiti madu yang dikeluarkannya kerana penuaian akan dilakukan pada masa yang sesuai dan tepat. Ini memanglah dianggap sebagai satu industri, yang mana kita mampu menguasainya. Bagaimanapun rasa mustahil untuk kita mengawal dan mengarahkan kepada lebah-lebah berkenaan supaya hanya 'bermadu' (bersarang seterusnya mengeluarkan madu) di pohon-pohon tualang saja kerana itu diluar kawalan kita.

Soalannya adalah; bagaimana kita mengklasifikasikan madu-madu lebah tualang itu? Apakah apabila ia bersarang di pohon tualang? Atau bersarang dimana-mana tetapi meghirup 'nectar' dari bunga-bunga tuaang saja? Bagaimana kita boleh mengawal lebah liar itu supaya hanya bersarang di pohon tualang dan bagai mana kita boleh memastikan lebah hanya menghisap 'nectar' dari bunga tualang saja?

Selain itu bagaimana kita dapat memastikan lebah-lebah liar berkenaan menghasilkan madu gred 'A' saja dan bagaimana kita dapat memastikan lebah liar berkenaan menghasilkan madu yang mencapai standard antarabangsa? Australia adalah antara pengeluar madu lebah terbesar dunia, jika usaha besar dari idea besar itu berhasil mungkin kita akan menjadi pengeluar madu terbesar dunia?

Persoalan utama adalah apakah madu yang akan dihasilkan itu dari lebah yang diternak atau lebah liar? Ada lojiknya jika itu adalah lebah ternakan, tetapi apakah kita masih namakan ia madu lebah tualang jika ianya diternak? Jika madu yang dipungut itu dari lebah liar, maka kita akan ada beberapa kelas madu lebah kerana berdasarkan dimana lebah itu bersarang. Maka kita akan ada Madu Lebah Tualang gred 'A' bertaraf dunia,
Madu Lebah Meranti gred 'A' bertaraf dunia, Madu Lebah Kerayong gred 'A' bertaraf dunia, Madu Lebah Ara gred 'A' bertaraf dunia, Tampoi, Taban, Keruing Kipas, Keruing Gondang, bahkan Madu Lebah Gua Batu Kapor gred 'A' bertaraf dunia juga akan ada kerana lebah-lebah bebas bersarang dimana-mana yang sesuai.

Memang ini idea besar, dan bakal jadi pemungkaran yang besar juga. Rakyat marhaen tidak akan mampu berfikir begini. Ini hanya untuk mereka dari UK's boys saja dan yang setaraf dengannya.

Oleh yang demikian Tuan Yang Di Pertua, akta khas harus digubal supaya demi mencapai was-wasan berkenaan satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan akan ada orang-orang yang akan memanjat pohon-pohon tualang tertentu bagi memastikan lebah-lebah supaya bersarang dipohon-pohon berkenaan bagi mencapai hasrat untuk menghasilkan madu lebah tualang gred 'A' bertaraf dunia ini. Sekian, saya mohon mencadangkan!

Aih Oihh!! Kerayanth! Macap urag dalam sidang parlimen pulok dorh? Ishhh! Ada juge gaye macap PM jugeq yok? Hehehe! ...akan pastikan itu...akan pastikan ini...akan luluskan itu dan ini....Urag numboi deuq kiteq yok?

Wednesday, October 20, 2010

PEMUNGKOR NOMBOR 2 KITA




Wah! Terpukau kita membaca blog WZWH dipostingnya 'Lembaga Kemajuan Lembah Tembeling'  Klik untuk lihat biodata WZWF. (Opsss! tersalah pulak)

Saya CnP sebahagiannya dibawah ini;

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.

Banyak projek-projek potensi yang boleh dibangunkan di Lembah Tembeling seperti:
  • Projek Tenaga-samada hidroelektrik atau NPP
  • Projek Bersepadu Eco-nature resort pelancungan Kuala Tahan
  • Projek Pelancungan eco-nature tempat "exotic" Tembeling
  • Projek Pertanian kerana tanah yang begitu luas samada sawit, getah atau bioherba.
  • Projek Akuakultur bela ikan air tawar
  • Projek Jalanraya dan jambatan
  • Projek Kaolin atau ceramik bagi industri kraftangan kampung
  • Projek Madu Tualang gred A bertaraf dunia
  • Projek Perlombongan besi dan emas

Saya nak bincang secara ilmiah tak pandai dan tak tau fakta. Yang saya tau adalah berfikir secara lojik saja. Kita lihat senarai diatas satu persatu;

  • Projek Tenaga-samada hidroelektrik atau NPP - ATAU? Maknanya belum pastilah yang masa satu? Bajetnya juga sudah tentu belum pasti lagilah? Hehehehe
  •  
  • Projek Bersepadu Eco-nature resort pelancungan Kuala Tahan - Bersepadu? Maksudnya? Tak bersepahlah dak?

  • Projek Pelancungan eco-nature tempat "exotic" Tembeling - Eco-Nature Tempat 'Exotic'? Mungkin ini produk baru dalam industri pelancongan yang belum ada orang yang faham konsepnya.

  • Projek Pertanian kerana tanah yang begitu luas samada sawit, getah atau bioherba. - Sawit dan getah kita faham tapi bioherba ni kita kurang faham, tapi kalau 'Bayoi' tu ramai orang derulu tau...bayoi berbulu!
  •  
  • Projek Akuakultur bela ikan air tawar - Ternakan ikan airtawar? Nampak macam yang UD cadangkan dalam posting dulu je? Bolehlah tu!
  •  
  • Projek Jalanraya dan jambatan - Oooo! Ini kemudahan asas, perkara wajib sebagai tanggungjawab kerajaan mana sekalipun.

  • Projek Kaolin atau ceramik bagi industri kraftangan kampung - Besar ke pasarannya? Sudah dibuat kajian? Atau hanya tengok dalam air sireh saja?

  • Projek Madu Tualang gred A bertaraf dunia - Ini adalah idea yang terhebat. Kena pastikan atau cadangkan supaya lebah-lebah hanya akan 'bermadu' (bersarang) di pohon-pohon tualang saja. Selain itu lebah-lebah ini juga mesti dipastikan mengeluarkan madu gred A dan BERTARAF DUNIA.
  •  
  • Projek Perlombongan besi dan emas - Melombong besi dan emas ni memang patut. Di Sungai Belebor, Sungai Pengau, Sungai Lentun, Sungai Erak, Sungai Lurut dan lain-lain sungai lagi memang banyak emas. Projek perlombongan ini apabila dilaksanakan akan dapat menjadikan Ri-Kuala Pengor seorang jutawan dan akan jadi penyokong kuat Dato' Wan Amizan. Kehkehkeh!

 Haih Oih! Kerayant sunggoh ong yerk WZWH? Banyok benor prujek ong tu? Ong dorh kabo ke DS Najib ker? Kalau dieq tork endok luluskan prujek tu, bior akuq pulok hark yang mengabor ke dieq. Akuq akan pastikan dieq dengor ideor ong tu!





    YANG TUMBUH ADALAH YANG KITA SEMAI

    Gambar hiasan.


    1. Kita mendapat makluman bahawa YB ADUN Tahan tidak sihat dan mendapat rawatan di Hospital Pantai Puteri (?), sebagai pesakit luar saja. Beliau perlu banyak berehat dari menemui pengundi-pengundinya tertuama dimusim sekarang ini, apabila pengundi akan banyak membuat permohonan peribadi itu dan ini. Bagaimanapun kita doakan agar YB akan segera sembuh dan kembali menjalankan tugas serta berhadapan dengan rakyat yang dulunya memberikannya undi.

    2. Kita terpaksa tinggalkan isu saham Felcra kebelakang. Kita harap pemimpin-pemimpin diatas sana sudah mendapat isyarat yang kita berikan. Kita harap ada sesuatu yang dilakukan dan segalanya akan dapat berubah kearah kebaikan semua. Andai pemimpin masih diam membisu dan tidak ingin mengubah kesiapan yang dilakukan maka tugas kita nanti adalah mengubah kepimpinan dan parti yang memimpin kita dalam PRU13 nanti. Itu adalah hak mutlak kita, tiada siapa boleh kata apa.

    3. Saya CnP 2 komen terkini mengenai isu Felcra untuk perhatian ramai. Dibawahnya nanti saya akan ulas mengenai hal yang lain dari isu Felcra ini, sesuatu yang mengenai sikap kita semua;



    Anonymous Anonymous said...
    Salam tuan UD & MUT..., ISU SAHAM FELCRA: PENASIHAT ATAU PUNAHSIHAT? Tuding menuding setelah diangkat sebagai pemimpin politik dihadapan pemberi undi adalah mainan lazim dibelakang bos2. Tetapi bila dihadapan bos, mereka akan berkata “mampus gilah”, kalau nak diturutkan kemahuan puak2 ni, jawabnya “seluar dalam” tak sempat nak tukar. Ungkapan ini sering kedengaran. Itulah akibat kemewahan yang diperoleh melalui pintu belakang. Masyarakat miskin akan terus miskin, pemimpin senang akan terus bermewah2. Ingatlah dari segi percaturan politik, pemimpin seperti ini tidak akan kekal lama. Apa nak dihairankan “aku dah kenyang”. Percayalah, bila dah kenyang dan sudah tidak lagi terima penyokong tidak lagi bergelar pemimpin, mereka akan “istihar” perang dengan bekas majikan. Akan menyebelahi lawan. Ini lumrah dan sunnah orang berpolitik, mana yang lebih untung. Itulah yang pernah dinyatakan, orang berpolitik biasalah akan memeperoleh keuntungan atas kebodohan orang yang tak mengereti berpolitik. Apa cerita mengenai felcra, kalau nak dikira di kampong merting, kg. pagi, kg gol, kg lubuk payong, berapa buah rumah dan berapa ramai penduduk boleh dibilang dengan jari tak perlu kalkulator. Kalau nak selitkan seorang dua pegawai kerajaan, kerani, cikgu, polis, askar tak menjadi msalah. Tetapi berilah kepda orang kampong mendahului gulunagn itu. Baru pemimpin ada kelas VI. Pang5 Banir..., sangat takut, hari ini anak bini kita senang, esok lusa cucu kita menderita akibat tersalah cetak, wanauzubillah....
    October 20, 2010 12:34 AM
    Delete
    Anonymous Ri~Kuala Pengor said...
    Salam semua, Bila kite bertanya pada WZWH/YB kite hendakkan JAWAPAN bukan ALASAN(Isu jalanraya,FELCRA & prujek billionnya). Bila mereka BERJANJI kite nak WZWH/YB haruslah TUNAIKAN(Isu jalan raya, bekalan air). Bila kite mengadu pada WZWH/YB pasal kerosakan, patutlah mereka BAIKPULIHKAN(Isu alam sekitar). Bila WZWH/YB yang buat KESILAPAN hendaklah mereka PERBETULKAN (Isu FELCRA,kronisme,rasuah,kontrak membazir)bukannya nasihat/PUNAHSIHAT pada mereka yg mengatakan tentang kesalahan...sebab manusia ni tiada yang sempurna. WZWH/YB adalah pemimpin mendengar keluhan rakyat adalah kewajipan...Tuan WZWH/YB di amanahkan oleh rakyat, tiada rakyat tiada pemimpin. Jangan menipu, kalau salah mengakulah..tiada insan yang terlepas dari melakukan kesalahan...ITU FAKTA. Tunaikan janji lama WZWH/YB, jangan dok beli orang.WZWH/YB tak percaya dan rasa betapa susahnya hidup mereka yg tiada pendidikan, harta..cubalah gon berdua duduk di Hulu ni sesebulan..gon tau lah. Bila semuanya kena berbeli...macam WZWH/YB beli orang. By the way, aku baca WZWH punya blog..kemas,canggih tapi sayangnya penuh dengan janji,cerita kosong dan yg paling menyedihkan,,semua yg di rancang menunjukkan kuntrektor2 akan menjadi jutawan..sape lah kuntrekter2 ini.
    October 20, 2010 7:14 AM  
    4. Tidak salah bila kita menyalahkan pemimpin yang melakukan kesalahan dan ketidak adilan kepada kita. Bagaimanapun apakah pemimpin yang kita pilih itu salah semuanya? Bagaimana pula kita? Apakah kita tidak lakukan kesalahan? Tidak sedikitpun?    Kadang-kadang saya sangat meluat dengan sikap kita sendiri. Selalunya oleh mereka yang merasakan berkuasa dikampong-kampong sama ada sebagai Ketua Kampong serta Ketua UMNO Cawangan. Kita merasa kita menguasa majoriti undi dikampong dan cawangan maka kita akan dengan muka tak tau malu meminta itu dan ini dari pemimpin untuk keperluan peribadi.  
     
    Ada yang datang meminta RM1000.oo alasannya untuk perbelanjaan anaknya masuk universiti. Apakah anaknya masuk univ. adalah tanggungjawab pemimpin? Kalau benar begitu, memang patutlah pemimpin mengambil tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak mereka. (hehehe! ini dah berlaku tidak lama dulu!)  
     
    Ada yang mengharap makan minum mereka dibayar oleh pemimpin apabila mereka berada dikedai-kedai kopi. Ini dah heboh satu Jerantut, ada seorang pemimpin tertinggi  (bukan wakil rakyat) yang hanya membayar minumannya sendiri saja. Apakah mereka hendak pemimpin menanggung nafkah mereka juga?    
     
    Ada juga cerita tentang seorang yang datang menemui pemimpin wanita dan meminta belanja anaknya bersekolah, adakah ini wajar? Adakah lelaki ini memberi undi kepada pemimpin wanita berkenaan dalam pemilihan diperingkat wanita? Jadi apa budi yang diberikannya untuk dia memaksa memberi belanja peribadinya?    
     
    Sebenarnya inilah yang Tun Dr. Mahathir katakan bahawa UMNO sudah rosak hingga keususnya. Pemimpin diatas telah mengajar mereka untuk merasa diri mereka dihargai dengan membeli undi pada setia pemilihan. Kerana mereka sudah biasa dengan keadaan itu maka mereka mempraktikan kaedah mendapatkan wang cara mudah dengan bukan setakat menjual undi bahkan menjual diri mereka juga.
    Malangnya pemimpin masih belum sedar, kerana itu ada yang masih menaja lawatan ke Indonesia dan bahkan menaja umrah juga. Jika pemimpin itu benar-benar jujur untuk membantu rakyat didalam kawasan undinya, kenapa hanya Ketua Cawangan dan Ketua Kampong saja yang ditawarkan? Kenapa tidak semua penduduk kampong atau mereka yang dipilih secara undian atau rambang?    
     
    Kepada pemimpin-pemimpin, saya cuma nak katakan satu perkara saja iaitu ; Kini kamu terpaksa makan buah dari pohon yang kamu tanam dulu. Jika padi yang kita tanam makan  padi lah yang akan kita tuai, jika jagung yang kita semai maka jagung jugalah yang akan kita petik nanti.    
     
    Akuq dengor puok-puok pemipin ni gemor menyurok dorh mase ni. Tarok napok muke laluq oih! Dekat-dekat pemilihanth isuk nye ade larh pulok yok? Hehehehe! Dunieq tork tau maluq......bukanth akuq endok, bukanth akuq mintok.

    Anonymous

    Tuesday, October 19, 2010

    ISU SAHAM FELCRA: PENASIHAT ATAU PUNAHSIHAT?

    Mutira kata dari blog BarkingMagpie:
    Remember! Electricity comes from Electrons, and Morality comes from Morons! Cheers!



    Nampaknya dalam isu saham Felcra ini, WZWH menampakkan dirinya tidak faham isu bahkan ditahap bebal. Komen-komen pembaca sebenarnya sudah menjelas apa yang membuatkan rakyat tidak puas hati mengenai pemberian saham berkenaan.

    Oleh kerana beliau masih juga tidak faham maka saya cuba perjelaskan dengan cara yang sangat mudah. Kita tidak perlukan iq yang tinggi untuk memahami penerangan ini, bahkan orang seperti saya yang hanya lulus darjah enam sekolah atap pun akan boleh memahaminya.

    1. Kita tidak pertikai berapa pemohonan dan berapa yang berjaya, soalnya yang berjaya hendaklah dari mereka yang BENAR-BENAR layak.

    2. Kita kesal campur tangan pihak tertentu termasuk YB ADUN Tahan sendiri serta Penghulu dan Ketua Kampong dalam menentukan penerima kerana telah meminggirkan mereka yang LAYAK menerima saham berkenaan.

    3. Kenapa WZWH perlua berbohong dengan menyatakan bahawa ADUN Tahan tidak terlibat dalam menentukan pemberian saham berkenaan sedangkan semua orang tahu beliau memang terlibat.

    4. Saya cadangkan WZWH supaya berhenti menjadi punahsihat (bukan penasihat) kepada ADUN Tahan sekiranya tidak bergaji kerana itu bermaksud tidak diiktiraf kerana menjawab bagi pihak ADUN Tahan akan menambah kekusutan yang ada. YB yang berkelulusan univ. luar negara pasti mampu menjawabnya sendiri atau melalui seseorang yang bertauliah.

    5. Memadailah dengan hanya ada satu 'Pemungkor', rakyat DUN Tahan tidak perlukan lagi satu 'Pemungkor' untuk memegang watak 'Penglipurlara' dan bercerita tentang kisah 'Kelembai' serta 'Pak Pandir' untuk menghibur hati rakyat.


    Sebahagian komen mengenai isu berkenaan:

     Anonymous said...



    Cu-Cu Atok.

    Salam UD dan semuanya.
    Terima kasih UD kerana memberi perhatian kepada masalah yang akuq utarakan. Ni lagi berita panas dan terbaru tentang Isu pemberian Saham Felcra Merting. Cerita benar bukan tipu-tipu.Hari ini sepatutnya YB Dun Tahan hadir ke SK Merting utk merasmikan Sukan Tahunan.Dia Tork datang.Dia hantar pegawai khasnya saja (Wan Anuar Hakim).Urang kampung nork sangat dia datang tapi tia tork datang... puaslah tok penguhulu pencen menjawabnya.Baik dari golongan tua mahu pun golongan muda.Dalam ucapanya tok penghulu pencen ni berjanjilah akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalan ini.(janji urag pulitik).Tok penghulu beceritalah lagi bahawa banyak lagi bahawa dalam masa terdekat ni ada lagi pengambilan peserta felcra akan dibuat. Contohnya 50 lot Felcra Tembeling Tengah,Felcra Kg. Sepial dan Felcra Kuala Tembeling.Kalau gitu kenapa urang belah Kuala Tembeling diberi saham Felcra Merting? Tapi... yang sedapnya jawapan YB berdasarkan SMS yang dihantar oleh individu tertentu.... Jawapannya...
    1. kalau yang dapat surat tawaran kira dapatlah kalau tork ada tork dapatla...(Mudah amat... jawabnya)
    2. Senarai nama yang dikeluarkan adalah senarai nama 2008 sebelum dia jadi YB lagi...senarai tu Tok penghulu yang buat(Penghulu Zul) itu sebab 3 sepupu penghulu Zul dapat.
    3.Pengakuan Penghulu Zul pula bercangah dengan jawapan yang diberikan YB.(masing-masing menyalahkan antar satu sama lain)Urang kampung tork budo.... di antara YB dengan penghulu siapa yang lebih berkuasa? atau memang ada konspirasi antara dua makhluk ni?....

    Utk Renungan YB dan WZWH
    - Bila Wan Amizan jadi calon YB Dun Tahan, Orang kampung beri sokongan sepenuh hati.Mengharapkan isu saham felcra akan selesai... tapi harapan tinggal harapan....
    Memetik kata-kata salah seorang AJK UMNO KG. Merting. "Sapa-sapa Calon YB Dun Tahan ni, peti undi KG Merting tork pernoh kalah.Bodohnya kita......
    Malangnya penduduk Dun Tahan mendapat YB sebegini......

    Apa kumen UD,CU,Buntat,dan lain-lain?

    HARAPKAN PAGAR,PAGAR YANG MEMAKAN PADI,HARAPKAN SOKONG,SOKONG MEMBAWA REBAH,ORANG DI PERINGKAT ATASAN MENGATAKAN RASUAH INI DI LAKUKAN OLEH RAMAI PENJAWAT AWAM,MEMAMG BETUL,ITU TAK BOLEH KITA NAFIKAN,JANGAN MENUNDING JARI KE PENJAWAT AWAM SAHAJA,TENGOK DIRI KITA SENDIRI DULU WAHAI PARA PEMIMPIN2 ATASAN DAN BAWAHAN,CUBA KITA LIHAT DI PERINGAKAT KEMENTERIAN,DAERAH,HATA KAMPUNG2,CARA DAN HARTA MEREKA,GERUN KITA NAK MENGIRA,DARI MANA WANG DIPEROLEHI,INI YANG MEMPUNYAI KUASA,tak semua. GAJI KITA BOLEH KIRA BERAPA SEBULAN,BINI DUA KEKADANG TIGA,KALU TANYA MUSA PETAI PUN DIA DAPAT MENJAWAB DENGAN TEPAT dari mana punca keawangan yang diperolehi,INSAF LAH WAHAI PEMIMPIN2,BESAR KE, KECIK KE?,JIka sekarang ini kita makan rasuah ,atau kita meminta sesautu dari sesaorang,hentikan lah,selalunya kita mengunakan KUASA KITA UNTUK MEMPENGARUHI SASAORANG YANG LAIN yang juga mempunyai kuasa,BERTUJUAN MENDAPATKAN SESAUTU UNTUK KITA ATAU UNTUK ORANG LAIN YANG TAK BERHAK?.MENGINAYA ORANG2 YANG BETUL2 MISKIN DAN MEMBERIKAN SAHAM FELCRA KEPADA KUNCU2 KITA SAHAJA ATAU ORANG YANG TAK SEPATUT NYA DAPAT AKAN DI LAKNAT OLEH ALLAH S.W.T.TERIMA LAH PEMBALASAN NANTI...WASALLAM
    October 17, 2010 10:08 PM
     chenerong ular said...
    soalnya yang betul2 layak dapat saham kita tak mempertikaikannya,tok 4 miskin jika dapat tak menjadi masaalah,bini tok penghulu dapat kalau miskin tak menjadi masaalah,akak,adik,mak tuk penghulu dapat kalau miskin tak menjadi masaalah bagi kami kerana dimaq kata layak,walau pun dua tiga empat urang sdik beradik dapat tak menjadi masaalah,dah jadi dasar kerajaan,jangan berselindung dengan keputusan MMKN LAH,ORANG BUKAN BODOH,Bercakap benar lah,berilah kepada yang hak,yang betul2 miskin TEGAR,BINI TUK PENGHULU,BINI CIGU JUGA BERKERJA MISKIN KE?,KERANI PEJABAT TANAH DAN DAERAH LAKI BINI BERKERJA MISKIN KE?,MASAALAH MELANTIK TOK 4 PUN SAMA,DULU DAH ADA SUARA ORANG2 KAMPUNG YANG TAK PUASHATI LANGSUNG TAK MAU DIDENGARI,TANGGUNG LAH KAMU KAMU SEMUA DI AKHRIAT NANTI,POLITIK INI MEMANG JIJIK.....................
    October 18, 2010 1:29 AM
    salam,wzwh,kenapa bercakap bukan masa nya yb yb tak boleh campur tangan,orang lain yang buat keputusan,jangan nak tipu masayarakat lah,jika undang2 yer tak boleh di ubah itu pun ada juga penguatkuasa undang2 menipu.Jika ingin meminda undang2 betulah tak boleh sebarangan kena bawa ke PARLIMEN TERLEBIH DAHULU,ini kan keputusan yang tak betul yang dibuat oleh orang terdahulu dari kita,tak dapat ke ? yb yb baru nak membatalkan keputusan tersebut yang terang2 membuat rakyat marah. Seperkara lagi yang di utarakan,seolah oleh orang semua tak puashati hati dengan cara pemberian saham felcra,memang betul!!!,saya yang tak pernah memohon pun tau kelayakan saya,jika dah habis gulongan miskin tegar miskin,peserta pprt di beri saham tak kiralah saham apa sekali pun yang percuma,jika ada lagi rakyar bersunggut memang gilalah gulungan rakyat tersebut,ini tidak pemberian dibuat 20 % rakyat yang miskin dapat,80 % diberikan pada yang bergaji tetap,kroni yang berpendapatan tinggi,tok penghulu,tok 4 dan lain yang sama waktu dengan nya.CUBA FIKIR,SIAPA YANG BERFIKIRAN SEMPIT,YANG TAK BETUL DAN GILA?,ADAKAH RAKYAT YANG MISKIN DAN MERSAKAN DIRI MEREKA LAYAK,ATAU PUN YANG MEMPUNYAI KUASA MEMBERIKAN SAHAM FELCRA TERSEBUT KEPADA ORANG2 YANG TAK LAYAK,MEMBERI PADA KRONI KE,SAHABAT KE?.POKOK NYA MEREKA2 ITU TAK LAYAK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ORNAG2 MISKIN YANG MASEH RAMAI LAGI,JIKA ORANG MISKIN DAH HABIS BERI,TAK KESAH AWAK NAK BAGI PADA SIAPA KE ?,PM,TPM DAN MB BOLEH BERI SAHAM FELCRA JIKA ORANG MISKIN DAH HABIS DI BERI,SAYA CADANGKAN AGAR YB YB MENGUSULKAN KEPADA KERAJAAN AGAR PENERIMA SAHAM FELCRA DI MASUKAN NAMA DI BAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT AGAR MEREKA2 DAPAT BANTUAN RM300 SEBULAN KERANA DIBAWAH PARAS KEMISKINAN,TERMASUK AHLI2 MAJLIS DAERAH.ALASAN YANG TAK MASUK AKAL..WASALLAM
    October 18, 2010 11:44 AM
    Buntat said...
    Wahai WZWH. Janganlan ong nak memperbodohkan orang. Sabarlah ong tu lebih bodoh dari kami.
    Hakuk nak cerita sikit tentang pengagihan saham Felcra. ONG kata keputusan telah di buat oleh MMK EXCO PAHANG. Ngapa mereka ini tahu benar orang yang layak menerimanya.
    Hakuk nak tanya sapa bagi senarai nama-nama tersebut. Hakuk tahu Pengerusinya MB kan. MB kenal pastike nana-nama tersebut?. Kalau ong tak tahu janganlah buat tahu. Kononnya mewakili Dato' Wan Arimizan. Dato' hadirke masa tu?.
    2. WZWH menyatakan orang yang tak dapat dia mengundi PAS. Ini tak timbul kerana mereka-mereka ini bukan rakyat malaysia ke?. Ini yang tak betul. Salah konsep. Tak tahu macam mana mak menarik orang untuk menyokong kita. Kalau tak bagi WZWH tahu akibatnya. Sudah pasti mereka nagitif tentang pemerintah sekarang dan berterusan. Bukan setakat itu dia menjadi VAIRUS boleh merebak dengan aktif.
    HAKUK INGINKAN KEJUJURAN. JANGANLAN MEMPERBODOH-BODOH ORANG. JANGAN JADI BODOH. HAKAK TAHU SEGALA-GALANYA TENTANG PENTADBIRAN KERAJAAN SEKARANG.
    HAKUK TAK NAK ORANG KAMPUNG DIPERBODOH DENGAN ONG.
    October 18, 2010 12:47 PM
    Buntat said...
    Terima kasih UD menyiarkan ISU ini.
    Memang benar perkara ini berlaku. Saya rasa isu ini dah lama sangat. Yang mendapat hasil ada yang telah meningal dunia pun. Tapi ini hanya nak menunjukkan bahawa pengagihannya tak adil. Cuba fikirkan orang yang tak layak tapi dapat bahagian. Ini merampas hak orang lainkan. BERDOSA TAK RASANYA. Orang yang memilih tu BUTA KE? atau nak bagi kroni mereka sampai tak tahu garis panduan yang ditetapkan oleh KERAJAAN.
    Tak payahlah Kerajaan Melaungkan "RAKYAT DIDULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Semua ni tinggal kata-kata tapi pelaksanaan zero 0.
    Tak patut Tok Penghulu, Tok 4 dan DUN menagih kepada keluarga serta kroni. Apa dah jadi ni??. Bertoubatlah?. Perkara ni bukan rekaan tapi benar-benar berlaku. Tak percaya siasatlah.
    Saya serta semua keluarga saya menjadi mangsa dalam kes Felcra. Tak seorang pun dapat sedangkan saya memang orang kotahan juga. Ngapa kami ni bukan warganegara ke?
    HAKUK HARAP PERKARA NI TAK AKAN BERLAKU DIMASA AKAN DATANG.
    HAKAU DENGAR ADA LAGI FELCRA YANG NAK DIAGIHKAN.
    FIKIR-FIKIRLAH PEMIMPING SEKARANG JANGAN SAMPAI RAKYAT AKAN MENOLAK DI PILIHAN RAYA AKAN DATANG.
    SUDAH-SUDAHLAH GONE BUAT APA YANG TAK BETUL TU?
    INSAFLAH. PERBETULKAN SIKAP TU.
    October 18, 2010 12:02 PM


    Anonymous said...





    bro WZWH .... kalau yang diberi itu memang berhak .... saya rasa tak akan ada yang tak puas hati ....ini felcra tawar 10 mintak 100 ... yang memang layak terima 10 tapi dia pi beri 1 je kat yang layak ,9 lagi beri kpd yang tak layak ... ini sampai ketua kerani , cikgu gaji ribu-ribu pun dapat saham FELCRA apa ke hal bro ???? ada tu kerja kat kuantan kerja kat kl pun masih dapat saham felcra kat tembeling kat damak kat pulau tawar ... itu yang ramai naik angin tu ....tapi kerja ADUN ni bukan agihkan saham felcra sebenarnya .... kerja adun ni selalu mesyuarat ngan JKKK dan dapatkan senarai penuh rakyat yg memerlukan bantuan ... senaraikan keperlu2an rakayt stempat dan majukan nama2 mereka ini dan masalah mereka ini kpd agensi yang berkenaan dan followup sehingga bantuan sampai kpd rakyat yg memilihnya....

    October 18, 2010 11:02 PM




    Ri~Kuala Pengor said...









    Salam semua,
    Rasa terkilan dan senyo sampai ke hutok nak bagi kumen...jadi bengkok rasa hutok baca kumen WZWH. Ini jawapan/alasan (pemimpin,penguasa dan juara rakyat) bila terdpt aduan dan dakwaan tentang penyelewengan? Mula-mula tunding jari ke MMK Pahang, lepas tu tabur pulok janji lepas ni WZWH dan Wan Mizan akan berlaku adil ttg pembahagian...
    Utk kite renungkan:
    1)Selesai ke masalah bila rakyat buat aduan, pemimpin cakap, org lain yg perlu jawab
    2) Janji baru?Janji lama keluar duit sendiri utk buat jalan raya ke Hulu Tembeling masa berkempen utk menang pilihanraya...(tak lama lagi pilihanraya lagi=ini modal utk kempen seterusnya agaknya)
    3) Orang PAS tabur janji macam WZWH/YB buat?
    4) Apa yg WZWH/YB berlaku adil setakat ini...sila buktikan apa keadilan yg di perbaiki?..Org yg mungkin naik haji dgn duit sendiri di sponsor...urang yg miskin yg usah ke nak gi Haji..nak gi jerantut pun tak buleh, telah di abaikan..itu keadilan?
    5)Secara Metaforanya, senang nak cari 10 org miskin, lebih senang lagi nak cari 10 orang kroni dari 100 permohonan.
    6) Kenapa masalah FELCRA ini hanya di seluruh Jerantut?
    7) Tunding jari lagi setelah memahami masalah cth= WZWH kata"Jika pengagihan tidak betul maka itu tidak adil. Untuk membetulkan ketidakadilan ini maka orang Kampung terus chop YB pun tidak adil walaupun YB itu tidak terlibat kerana bukan pada masanya." hehehe Sebelum W.MIZAN jadi YB sape jadi YB?
    Banyak lagi yg buleh kite renung, kalo kite nak renung dari org yg belajo kat Scotland ni...malas lah nak membengkokkan hutok aku ni... ASTARFIRRULLAH HAL AZIM...bawok lah tengok rumput di padang WZWH/YB jgn lama sangat mendongak langit yg tinggi.
    October 19, 2010 12:02 AM




    Baca juga disini   dan   sini 
    Aku raseq ong mulek tork usoh jadiq penasihat lagiq, sebab ong lagiq banyok jadiq punahsihat dariq penasihat. Patut larh urag kateq ong ni muron sebab ong memang napok macap muron. Pok sedareq ong, Wan Khairu pun sudoh jadi keliru sebab derk ong. Sian akuq ke Wan Keliru tuh!

    Monday, October 18, 2010

    ISU FELCRA - SIAPA JUARA RAKYAT?



    Nampaknya isu Felcra masih belum dapat diselesaikan dengan baik, adil dan saksama. Pihak yang berwajib sedar berlakunya keserongan namun masih mebiarkannya berlaku kerana mendapat keuntungan dari keadaan ini. Kerajaan knonnya ingin membasmi kemiskinin namun perlaksanaan pihak kerajaan tambah meluaskan jurang kemiskinan - yang senang menjadi kaya yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin dan tertindas.

    Dalam isu Felcra memanglah tidak wajar jika penjawat awam @ kakitangan kerajaan mendapatnya dengan meminggirkan dari mengutamakan orang kampong terlebih dahulu. Ini namanya mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kuasa. Penghulu-penghulu juga memang memainkan peranan dalam penyalahgunaan kuasa ini. Ketua Kampong juga berperanan dalam penyelahgunaankuasa. Pihak atasan memang sedar dan nampak, termasuk juga YB Adun juga menyedarinya tetapi kenapa ini masih dibiarkan berlaku?

    Tetulah jawapannya kerana kepentingan kroni. Untunglah kita masih ada 2, 3 orang rakyat marhaen didalam DUN Tahan ini yang masih mampu bersuara untuk menyuarakan ketidakadilan yang berlaku. Terima kasih Cenerung Ular, Buntat, Cu-cu Atok, Ri-Kuala Pengor, Pang5 Banir, MUT dan lain-lain lagi, yang berani menyuarakan bagi pihak mereka yang tidak mampu bersuara atau sudah kehilangan suaranya.

    Ketahuilah bahawa saya, serta yang lain-lain ini dahulu adalah penyokong kuat kerajaan. Semua penduduk-penduduk kampong dulunya penyokong kuat kerajaan, tetapi apabila kami melihat pemimpin-pemimpin kerajaan yang memimpin sekarang ini sudah semakin jauh dari perjuangan asal, kami sudah hilang percaya kepada perjuangan parti. Kerana itulah kita lihat generasi muda sudah menjauhi UMNO, kerana mereka sudah bijak menilai dan mereka melihat bahawa pemimpin-pemimpin dalam UMNO kini tidak lagi memegang perjuangan dahulu. Pemimpin tidak berjuang untuk rakyat tetapi mengharap rakyat berjuang untuk mereka.

    Slogan Juara Rakyat adalah satu slogan yang menipu rakyat, kerana pemimpin tidak melaksakan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka ingin menjadi juara kepada rakyat tetapi mereka tidak berjuang untuk rakyat. Mereka berjuang untuk diri mereka sendiri serta kroni.

    Mungkin UMNO sudah terlalu lama memerintah. Mungkin pemimpin UMNO sudah jemu memimpin. Mungkin rakyat kena mencari alternatif lain selepas ini.Mungkin juga Penghulu-penghulu sudah terlalu lama berkhidmat. Ketua Kampong juga sudah tidak pandai membeza yang mana adil yang mana tidak. Mungkin juga mereka sudah lupa yang mana halal dan yang mana haram!

    Saya akan menulis isu Felcra ini beberapa hari lagi biar sampai orang jemu membaca, biar pihak berkenaan mengambil tindakan, biar kebenaran dapat ditegakkan.

    Saya CnP posting semalam;


    3. Isu yang hendak kita bawa adalah berkaitan dengan Felcra, ketidakadilan pemberian saham serta nasib malang golongan miskin yang tidak dihiraukan oleh kerajaan.

    - Dalam pemberian sahan Felcra yang dirujuk, rakyat tidak berpuas hati kerana mereka yang ada dari kalangan mereka yang tidak mendapat pertimbangan yang saksama. Walaupun mereka didalam golongan miskin dan tidak mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan namun oleh kerana sikap pilih kasih dan berkroni maka mereka tidak langsung dipertimbangkan sebaliknya saudara-mara Tok Penghulu dan Ketua Kampong diberikan hak kerana amalan sikap pilih kasih ini.

    - Selain itu golongan yang bukan benar-benar miskin dan kakitangan kerajaan juga menerimanya sedangkan sepatutnya keutamaan patut diberikan kepada rakyat miskin dan lahir serta tinggal dikawasan berkenaan dimana projek Felcra itu dibangunkan.

    - Ada dikalangan Tok Penghulu yang dilaporkan menjual saham-saham Felcra yang diberikan percuma ini dengan harga RM100.00 setiap satu.

    - ADUN, Tok Penghulu serta Ketua Kampong sebenarnya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengagihaan yang tidak adil ini dan mereka mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ini di dunia dan di akhirat.

    - Terdapat juga maklumat bahawa ada pihak yang suami dan isteri, kedua-duanya menerima saham dimana keadaan ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula penerima itu adalah serang kontrektor dari kalangan Wan dan memang sah kroni ADUN.

    - Kepada siapa lagi orang-orang kampong yang miskin ini dapat bergantung harap apabila jentera kerajaan sudah menyeleweng dan mementingkan diri mereka sendiri serta kroni? Gejala rasuah dikalangan kakitangan kerajaan sudah tidak dapat diselindungi lagi. Apa yang kerajan dapat lakukan mengenai gejala rasuah ini?

    - Saya tidak pasti kebenaran terhadap individu yang dituduh, Tok Penghulu dan Ketua Kampong yang berkenaan hasus disiasat oleh pihak atasan mesti memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan bagi  membersihkan imej kerajaan

    - Slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang kerajaan 'suapkan' kepada kita hanyalah 'tayangan gambar dan hiburan semata-mata'. Perdana Menteri, Menteri Besar serta Wakil-wakil Rakyat yang dipilih tidak langsung mengambarkan mereka faham dan berusaha untuk mencapai hasrat itu. Penjawat awam juga sebilangannya terlibat dalam 'penjahanaman' negara apabila mereka adalah pemain utama dalam 'industri rasuah negara'.

    - Jika wakil rakyat dan kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah ini (dan sebenarnya saya sangat yakin ini tidak akan mampu di bendung) maka terimalah hukuman rakyat pada Pilihanaya Umum ke 13 nanti. Jangan wakil rakyat fikir dengan merasuah pemimpin menunaikan umrah maka skongan rakyat akan bertambah dalam PRU nanti? Sebenarnya rakyat melihat dengan jelas dan rakyat sangat membenci serta berdendam untuk membalas perbuatan itu, dan UMNO /BN terpaksa menerima pembalasannya.

    - Dengan peningkatan gaji dan imbuhan bagi kakitangan kerajaan dan pemimpin masyarakat @ Ketua Kampong, perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelewengan harus di minimumkan jika pun tidak mampu dihapuskan terus. Adalah tidak adil bagi rakyat miskin dikampong yang pendapatan mereka tidak bertambah tetapi takanan dan penindasan terhadap mereka semakin meningkat.

    Sunday, October 17, 2010

    BILA RAKYAT SUDAH BERSUARA .....




    1. Saya berjanji dan memang bercadang untuk memberikan jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh WZWH dalam satu posting, tetapi terpaksa saya kemudiankan kerana ada yang patut saya berikan keutamaan - suara rakyat. Saya harus memberi 'respon' kepada komen-komen yang membawa suara rakyat dari ruang komen dalam posting semalam - rakyat didahulukan....

    2. Berikut saya salinkan semula kmeon-komen yang berkenaan dengan isu yang saya hendak diulas disini untuk perhantian semua. Saya akan meminta pihak-pihak berkenaan serta sahabat blogger supaya membawa isu ini kepada pengetahuan pihak atasan. Kalaulah saya WZWH tentu saya mampu berkata; ...saya akan pastikan.....walaupun yang pastinya dia hanylah seorang 'pemungkor' yang berkhidmat untuk bosnya yang juga 'pemungkor'...YB 'Pemungkor'. Sila baca CnP dibawah;

    4 Comments

    Anonymous said...

    Cu-cu Atok.
    Salam UD.
    Akuq sukong amat apa yang ong tulih tu... yang penting pada akuq urang
    drrulug mendapat feadohnya dan diberi peluang sebesar mungkin. jangan nanti urag luar yang kaut untuongnya....
    Ni... ada satu cerita hangat berlaku di Dun Tahan ni. Ketidak adilan YB Dun Tahan terhadap genarasi muda/penduduk Kg. Merting. Ceritanya begini.... Pengambilan peserta FELCRA KG. MERTING utk kali kedua telah dilakukan pada hari Jumaat (15/10/10).Seramai 22 orang peserta telah dipilih. Tapi malangnya hanya 4 orang sahaja penmduduk Kg. Merting yang dipilih. 18 peserta lagi bukan dari kampung Merting.terdapat lebih dari 20 orang penduduk Merting yang telah ditemuduga dan dikira layak untuk dipilih sebagai peserta felcra.Dari senarai nama peserta yang berjaya tu... ada macam-macam urang. Ada bini penghulu.ada tok 4 dlm Dun Tahan.Ada urang pejabat Tanah....Jadi,akuq mintok ong bongkorkan hal ini. Tanya WZWH tu apa dah jadi. dan akuq dengor-dengor ada individu yang nok panjangkan hingga ke Istana Pekan. Ong tulung york!!!!.

    October 16, 2010 3:59 PM


    Anonymous said...

    Salam Cu-cu Atok.
    Macam tu rupanya. Tak patut betul.
    Aku ada satu cerita tentang Felcra.
    Saya dapat tau TOK PENGHULU Jual borang Felcra RM100. Tak taulah PEMIMPING Sekarang.
    Saya harap UD dapat menyiarkan berita-berita ini

    October 16, 2010 4:36 PM


    Anonymous said...

    Salam tuan UD & MUT...,

    Inilah yang dikatakan pemimpin polek2taik. Kawe juge dapat tahu serba sedikit mengenai pemberian rancangan tanah felcra tembeling tengah kawasan kg padang kuala tahan. Ada orang bebini dua pun dapat rancanagn tu rumahnye pun berdekatan ajeh jadi senangloh nok bergilir malam ni hok mane malam esok hok mane pulak. Yang membahagikan burang tu toktawloh sapenye, tapi mestiloh urang tuh urang bepengaruh juge. Kalar tidak tokkan nye buleh dapat, begitulah malangnye nasib simiskin.

    Pang5 Banir... nok mitok jugok rancangan di Ulu Temeling kalar buleh di kg pagi ke kuala sat ke...

    October 16, 2010 9:56 PM


    Blogger chenerong ular said...

    habis saham felcra der monopoli oleh saudara mara tok penghulu,yang kat merting berapa kerat haja urrang yang betul layak,urrang mereting berapa urrang,sedara mara penghulu kawasan turk,hok k tahan pun sama,ornga pejabat tanah dan daerah tinggal sikit jer yan belum dapat,cuba siasat,barapa ramai urrang luar dapat dan berapa ramai urrang tempatan yang dapat hok betul2 miskin,dok usah kita silidik hok tempat lain,sama jer,kakitangan kerajaan yang ramai dapat,hok memunggut pucuk paku untuk jual tak dapat pun,keryan demaq,beliwat amat buat ke urrang miskin,dimaq terima lah pembalasan di AKHRIAT NANTI.

    October 17, 2010 2:50 AM


    3. Isu yang hendak kita bawa adalah berkaitan dengan Felcra, ketidakadilan pemberian saham serta nasib malang golongan miskin yang tidak dihiraukan oleh kerajaan.

    - Dalam pemberian sahan Felcra yang dirujuk, rakyat tidak berpuas hati kerana mereka yang ada dari kalangan mereka yang tidak mendapat pertimbangan yang saksama. Walaupun mereka didalam golongan miskin dan tidak mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan namun oleh kerana sikap pilih kasih dan berkroni maka mereka tidak langsung dipertimbangkan sebaliknya saudara-mara Tok Penghulu dan Ketua Kampong diberikan hak kerana amalan sikap pilih kasih ini.

    - Selain itu golongan yang bukan benar-benar miskin dan kakitangan kerajaan juga menerimanya sedangkan sepatutnya keutamaan patut diberikan kepada rakyat miskin dan lahir serta tinggal dikawasan berkenaan dimana projek Felcra itu dibangunkan.

    - Ada dikalangan Tok Penghulu yang dilaporkan menjual saham-saham Felcra yang diberikan percuma ini dengan harga RM100.00 setiap satu.

    - ADUN, Tok Penghulu serta Ketua Kampong sebenarnya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengagihaan yang tidak adil ini dan mereka mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ini di dunia dan di akhirat.

    - Terdapat juga maklumat bahawa ada pihak yang suami dan isteri, kedua-duanya menerima saham dimana keadaan ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula penerima itu adalah serang kontrektor dari kalangan Wan dan memang sah kroni ADUN.

    - Kepada siapa lagi orang-orang kampong yang miskin ini dapat bergantung harap apabila jentera kerajaan sudah menyeleweng dan mementingkan diri mereka sendiri serta kroni? Gejala rasuah dikalangan kakitangan kerajaan sudah tidak dapat diselindungi lagi. Apa yang kerajan dapat lakukan mengenai gejala rasuah ini?

    - Saya tidak pasti kebenaran terhadap individu yang dituduh, Tok Penghulu dan Ketua Kampong yang berkenaan hasus disiasat oleh pihak atasan mesti memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan bagi  membersihkan imej kerajaan

    - Slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang kerajaan 'suapkan' kepada kita hanyalah 'tayangan gambar dan hiburan semata-mata'. Perdana Menteri, Menteri Besar serta Wakil-wakil Rakyat yang dipilih tidak langsung mengambarkan mereka faham dan berusaha untuk mencapai hasrat itu. Penjawat awam juga sebilangannya terlibat dalam 'penjahanaman' negara apabila mereka adalah pemain utama dalam 'industri rasuah negara'.

    - Jika wakil rakyat dan kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah ini (dan sebenarnya saya sangat yakin ini tidak akan mampu di bendung) maka terimalah hukuman rakyat pada Pilihanaya Umum ke 13 nanti. Jangan wakil rakyat fikir dengan merasuah pemimpin menunaikan umrah maka skongan rakyat akan bertambah dalam PRU nanti? Sebenarnya rakyat melihat dengan jelas dan rakyat sangat membenci serta berdendam untuk membalas perbuatan itu, dan UMNO /BN terpaksa menerima pembalasannya.

    - Dengan peningkatan gaji dan imbuhan bagi kakitangan kerajaan dan pemimpin masyarakat @ Ketua Kampong, perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelewengan harus di minimumkan jika pun tidak mampu dihapuskan terus. Adalah tidak adil bagi rakyat miskin dikampong yang pendapatan mereka tidak bertambah tetapi takanan dan penindasan terhadap mereka semakin meningkat.

    Saturday, October 16, 2010

    PELAN (ASAS) PEMBANGUNAN EKO-PELANCONGAN ULU TEMBELING

    Sekumpulan Pelancong Asing berkhemah di Jeram Perahu



    Saya berpendapat - jawapan kepada komen-komen yang diberikan pada posting 'Membangunkan Kompleks Pelancongan Jeram Perahu' adalah lebih sesuai dijawab dengan lebih lengkap untuk mudah difahami. Ianya juga boleh diperhalusi lagi dengan pertambahan pendapat dan pandangan baru dari komen berikutnya nanti;

    1.      Kita setuju bahawa kawasan pesekitaran Ulu Tembeling kaya dengan sumber alam semulajadinya dan sangat sesuai untuk dimajukan sebagai satu destinasi pelancongan baru negeri Pahang yang berasaskan dan berkonsepkan eko-pelancongan.

    2.      Kita percaya bahawa jalanraya akan siap dibina dalam masa beberapa tahun ini, yang akan menghubungkan kawasan Ulu Tembeling dengan bandar Jerantut serta bandar lainnya di negeri Terengganu dan laluan tersebut bakal menjadi penting kerana memendekkan jarak perjalanan dari Ulu Terengganu ke Kuala Lumpur. (Sepertimana laluan Kuala Berang – Gua Musang – Brincang – Simpang Pulai)

    3.      Kita juga percaya bahawa apabila jalanraya berkenaan siap dibina, kawasan Ulu Tembeling tidak lagi dianggap kawasan terpencil kerana boleh dihubungi dengan cepat dan mudah dan dari pelbagai arah.

    4.      Oleh yang demikian, destinasi pelancongan Ulu Tembeling akan dengan mudah dilawati dan boleh menjadi tarikan utama, terutamanya apabila kita mampu mempromosikannya dibawah jenama ‘Taman Negara’ yang sudah termasyur serata dunia.

    5.      Bagaimanapun, sedapat yang boleh dan seberapa banyak yang boleh, penduduk Ulu Tembeling harus diberi kefahaman mengenai industri pelancongan itu sendiri serta peranan yang boleh mereka mainkan. Justru kursus-kursus dan pengenalan mengenai pelancongan perlu diberikan kepada setiap penduduk. Mereka harus sedar hak mereka dalam dasar eko-pelancongan negara.

    6.      Projek Pelancongan harus dimulakan dengan pengenalan program ‘homestay’. Penduduk terpilih akan diberikan kursus mengenai pengendalian ‘homestay’ serta bertanggungjawab mendendalikan ‘homestay’ dikampong masing-masing. Ini adalah cara yang lebih afdal untuk menghayati industri pelancongan.

    7.      Ini dituruti dengan pembinaan semula kompleks Pelancongan Jeram Perahu. Pengendalian kompleks Jeram Perahu akan menjadi lebih mudah bila semua atau ramai pihak sudah benar-benar faham tentang industri pelancongan.

    8.      Agensi kerajaan khususnya Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dengan bantuan Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, perlu berusaha bersungguh-sungguh mempromosikan destinasi ini sebagai destinasi (utama) baru negeri Pahang dengan menerbitkan risalah-risalah serta mengedarkannya.

    9.      Promosi dengan memasukkan maklumat mengenai destinasi ini didalam buku panduan pelancongan ‘Guide Book’ seperti Lonely Planet, Let’s Go, Rough Guide dan sebagainya perlu juga cuba dilakukan, walaupun ianya sedikit sukar kerana buku-buku berkenaan diterbitkan diluar negara dan penulisnya tidak mudah untuk diminta menulis apa yang mereka tidak ingin tulis, bagaimana pun pendekatannya masih ada.

    10. Dan yang lebih penting adalah menyiapkan destinasi ini sendiri supaya menjadi sebuah destinasi yang akan menjadi tarikan pelancong. Dalam kontek ini kita harus melihatnya sebagai satu komponen iaitu ‘Jeram Perahu dan Persekitaran Ulu Tembeling’:

    i)  Produk pelancongan sokongan di persekitaran Ulu Tembeling adalah ‘Homestay’ dengan diperkuatkan oleh pertanian dan perikanannya jika ada.

    ii) Produk Pelancongan utama adalah Komplek Pelancongan Jeram      
    Perahu. Ianya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya adalah pengangkutan bot, penginapan – chalet dan kawasan perkhemahan, air dan letrik, pemandu pelancong,

    -   Selain itu aktiviti pelancongan juga harus diambil kira. Oleh yang demikian, selain dari aktiviti memancing dan berkelah yang boleh dilawati dengan bot, beberapa aktiviti lain juga harus dibangunkan dengan membina beberapa rentis hutan (trail) serta laluan 4x4.

    -   Dengan itu kelak kita akan dapat mempelbagaikan aktiviti pelancongan sewaktu berada disana dari menaiki bot, memancing, berkelah, jungle trekking, offroad adventure (4x4), mountain biking, white water rafting dan sebagainya.

    -   Disamping membangunkan industri pelancongan kita juga mampu memperlindungi hidupan akuatik khususnya ikan dengan adanya pengawasan dan kawalan yang lebih teratur terutama apabila kawasan tertentu dijadikan kawasan santuari dan konserversi.


    11.Kita mampu lakukannya asal kita benar-benar ingin melakukannya secara jujur dan ikhlas. Berikan kepentingan rakyat ditempat pertama. Sudah tentu industri pelancongan mampu menjana ekonomi penduduk tempatan sekiranya mereka terlibat sebagai pemain dalam industri ini.


    Aku dorh bukok jalanth ke gon. Mudoh amat YB kalau dieq ambil iniq jadi panduan mudel pembangunan pelancongan de DUN Tahan. Tapiq, seperti biase larh yok?, natiq urag akan kata; ishh! Aku dorh ade perancang…. begitu jugeq….aku dorh pikir lame dorh…… Tapiq tork kisoh larh, cadangan aku ini iklas. Kalau nork banyok lagiq, kene larh jeput akuq dalap mesorat gon tu!, hehehehe! Kalau jadiq ‘think tank’ aku nork, tapiq ame kalau jadiq ‘septik tank’ tork amboh larh aku nye!