'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, October 17, 2010

BILA RAKYAT SUDAH BERSUARA .....




1. Saya berjanji dan memang bercadang untuk memberikan jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh WZWH dalam satu posting, tetapi terpaksa saya kemudiankan kerana ada yang patut saya berikan keutamaan - suara rakyat. Saya harus memberi 'respon' kepada komen-komen yang membawa suara rakyat dari ruang komen dalam posting semalam - rakyat didahulukan....

2. Berikut saya salinkan semula kmeon-komen yang berkenaan dengan isu yang saya hendak diulas disini untuk perhantian semua. Saya akan meminta pihak-pihak berkenaan serta sahabat blogger supaya membawa isu ini kepada pengetahuan pihak atasan. Kalaulah saya WZWH tentu saya mampu berkata; ...saya akan pastikan.....walaupun yang pastinya dia hanylah seorang 'pemungkor' yang berkhidmat untuk bosnya yang juga 'pemungkor'...YB 'Pemungkor'. Sila baca CnP dibawah;

4 Comments

Anonymous said...

Cu-cu Atok.
Salam UD.
Akuq sukong amat apa yang ong tulih tu... yang penting pada akuq urang
drrulug mendapat feadohnya dan diberi peluang sebesar mungkin. jangan nanti urag luar yang kaut untuongnya....
Ni... ada satu cerita hangat berlaku di Dun Tahan ni. Ketidak adilan YB Dun Tahan terhadap genarasi muda/penduduk Kg. Merting. Ceritanya begini.... Pengambilan peserta FELCRA KG. MERTING utk kali kedua telah dilakukan pada hari Jumaat (15/10/10).Seramai 22 orang peserta telah dipilih. Tapi malangnya hanya 4 orang sahaja penmduduk Kg. Merting yang dipilih. 18 peserta lagi bukan dari kampung Merting.terdapat lebih dari 20 orang penduduk Merting yang telah ditemuduga dan dikira layak untuk dipilih sebagai peserta felcra.Dari senarai nama peserta yang berjaya tu... ada macam-macam urang. Ada bini penghulu.ada tok 4 dlm Dun Tahan.Ada urang pejabat Tanah....Jadi,akuq mintok ong bongkorkan hal ini. Tanya WZWH tu apa dah jadi. dan akuq dengor-dengor ada individu yang nok panjangkan hingga ke Istana Pekan. Ong tulung york!!!!.

October 16, 2010 3:59 PM


Anonymous said...

Salam Cu-cu Atok.
Macam tu rupanya. Tak patut betul.
Aku ada satu cerita tentang Felcra.
Saya dapat tau TOK PENGHULU Jual borang Felcra RM100. Tak taulah PEMIMPING Sekarang.
Saya harap UD dapat menyiarkan berita-berita ini

October 16, 2010 4:36 PM


Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Inilah yang dikatakan pemimpin polek2taik. Kawe juge dapat tahu serba sedikit mengenai pemberian rancangan tanah felcra tembeling tengah kawasan kg padang kuala tahan. Ada orang bebini dua pun dapat rancanagn tu rumahnye pun berdekatan ajeh jadi senangloh nok bergilir malam ni hok mane malam esok hok mane pulak. Yang membahagikan burang tu toktawloh sapenye, tapi mestiloh urang tuh urang bepengaruh juge. Kalar tidak tokkan nye buleh dapat, begitulah malangnye nasib simiskin.

Pang5 Banir... nok mitok jugok rancangan di Ulu Temeling kalar buleh di kg pagi ke kuala sat ke...

October 16, 2010 9:56 PM


Blogger chenerong ular said...

habis saham felcra der monopoli oleh saudara mara tok penghulu,yang kat merting berapa kerat haja urrang yang betul layak,urrang mereting berapa urrang,sedara mara penghulu kawasan turk,hok k tahan pun sama,ornga pejabat tanah dan daerah tinggal sikit jer yan belum dapat,cuba siasat,barapa ramai urrang luar dapat dan berapa ramai urrang tempatan yang dapat hok betul2 miskin,dok usah kita silidik hok tempat lain,sama jer,kakitangan kerajaan yang ramai dapat,hok memunggut pucuk paku untuk jual tak dapat pun,keryan demaq,beliwat amat buat ke urrang miskin,dimaq terima lah pembalasan di AKHRIAT NANTI.

October 17, 2010 2:50 AM


3. Isu yang hendak kita bawa adalah berkaitan dengan Felcra, ketidakadilan pemberian saham serta nasib malang golongan miskin yang tidak dihiraukan oleh kerajaan.

- Dalam pemberian sahan Felcra yang dirujuk, rakyat tidak berpuas hati kerana mereka yang ada dari kalangan mereka yang tidak mendapat pertimbangan yang saksama. Walaupun mereka didalam golongan miskin dan tidak mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan namun oleh kerana sikap pilih kasih dan berkroni maka mereka tidak langsung dipertimbangkan sebaliknya saudara-mara Tok Penghulu dan Ketua Kampong diberikan hak kerana amalan sikap pilih kasih ini.

- Selain itu golongan yang bukan benar-benar miskin dan kakitangan kerajaan juga menerimanya sedangkan sepatutnya keutamaan patut diberikan kepada rakyat miskin dan lahir serta tinggal dikawasan berkenaan dimana projek Felcra itu dibangunkan.

- Ada dikalangan Tok Penghulu yang dilaporkan menjual saham-saham Felcra yang diberikan percuma ini dengan harga RM100.00 setiap satu.

- ADUN, Tok Penghulu serta Ketua Kampong sebenarnya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengagihaan yang tidak adil ini dan mereka mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ini di dunia dan di akhirat.

- Terdapat juga maklumat bahawa ada pihak yang suami dan isteri, kedua-duanya menerima saham dimana keadaan ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula penerima itu adalah serang kontrektor dari kalangan Wan dan memang sah kroni ADUN.

- Kepada siapa lagi orang-orang kampong yang miskin ini dapat bergantung harap apabila jentera kerajaan sudah menyeleweng dan mementingkan diri mereka sendiri serta kroni? Gejala rasuah dikalangan kakitangan kerajaan sudah tidak dapat diselindungi lagi. Apa yang kerajan dapat lakukan mengenai gejala rasuah ini?

- Saya tidak pasti kebenaran terhadap individu yang dituduh, Tok Penghulu dan Ketua Kampong yang berkenaan hasus disiasat oleh pihak atasan mesti memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan bagi  membersihkan imej kerajaan

- Slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang kerajaan 'suapkan' kepada kita hanyalah 'tayangan gambar dan hiburan semata-mata'. Perdana Menteri, Menteri Besar serta Wakil-wakil Rakyat yang dipilih tidak langsung mengambarkan mereka faham dan berusaha untuk mencapai hasrat itu. Penjawat awam juga sebilangannya terlibat dalam 'penjahanaman' negara apabila mereka adalah pemain utama dalam 'industri rasuah negara'.

- Jika wakil rakyat dan kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah ini (dan sebenarnya saya sangat yakin ini tidak akan mampu di bendung) maka terimalah hukuman rakyat pada Pilihanaya Umum ke 13 nanti. Jangan wakil rakyat fikir dengan merasuah pemimpin menunaikan umrah maka skongan rakyat akan bertambah dalam PRU nanti? Sebenarnya rakyat melihat dengan jelas dan rakyat sangat membenci serta berdendam untuk membalas perbuatan itu, dan UMNO /BN terpaksa menerima pembalasannya.

- Dengan peningkatan gaji dan imbuhan bagi kakitangan kerajaan dan pemimpin masyarakat @ Ketua Kampong, perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelewengan harus di minimumkan jika pun tidak mampu dihapuskan terus. Adalah tidak adil bagi rakyat miskin dikampong yang pendapatan mereka tidak bertambah tetapi takanan dan penindasan terhadap mereka semakin meningkat.

10 comments:

Anonymous said...

Cu-Cu Atok.
Salam UD dan semuanya.
Terima kasih UD kerana memberi perhatian kepada masalah yang akuq utarakan. Ni lagi berita panas dan terbaru tentang Isu pemberian Saham Felcra Merting. Cerita benar bukan tipu-tipu.Hari ini sepatutnya YB Dun Tahan hadir ke SK Merting utk merasmikan Sukan Tahunan.Dia Tork datang.Dia hantar pegawai khasnya saja (Wan Anuar Hakim).Urang kampung nork sangat dia datang tapi tia tork datang... puaslah tok penguhulu pencen menjawabnya.Baik dari golongan tua mahu pun golongan muda.Dalam ucapanya tok penghulu pencen ni berjanjilah akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalan ini.(janji urag pulitik).Tok penghulu beceritalah lagi bahawa banyak lagi bahawa dalam masa terdekat ni ada lagi pengambilan peserta felcra akan dibuat. Contohnya 50 lot Felcra Tembeling Tengah,Felcra Kg. Sepial dan Felcra Kuala Tembeling.Kalau gitu kenapa urang belah Kuala Tembeling diberi saham Felcra Merting? Tapi... yang sedapnya jawapan YB berdasarkan SMS yang dihantar oleh individu tertentu.... Jawapannya...
1. kalau yang dapat surat tawaran kira dapatlah kalau tork ada tork dapatla...(Mudah amat... jawabnya)
2. Senarai nama yang dikeluarkan adalah senarai nama 2008 sebelum dia jadi YB lagi...senarai tu Tok penghulu yang buat(Penghulu Zul) itu sebab 3 sepupu penghulu Zul dapat.
3.Pengakuan Penghulu Zul pula bercangah dengan jawapan yang diberikan YB.(masing-masing menyalahkan antar satu sama lain)Urang kampung tork budo.... di antara YB dengan penghulu siapa yang lebih berkuasa? atau memang ada konspirasi antara dua makhluk ni?....

Utk Renungan YB dan WZWH
- Bila Wan Amizan jadi calon YB Dun Tahan, Orang kampung beri sokongan sepenuh hati.Mengharapkan isu saham felcra akan selesai... tapi harapan tinggal harapan....
Memetik kata-kata salah seorang AJK UMNO KG. Merting. "Sapa-sapa Calon YB Dun Tahan ni, peti undi KG Merting tork pernoh kalah.Bodohnya kita......
Malangnya penduduk Dun Tahan mendapat YB sebegini......

Apa kumen UD,CU,Buntat,dan lain-lain?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua rakyat DUN Tahan,
Oleh kerana YB ADUN Tahan tidak sihat di hospital maka WZWH terpanggil untuk menjawab isu. Gon boleh kata WZWH adalah penasihat dasar politik dan ekonomi DUN Tahan (tetapi tidak bergaji hanya sukarela berkhidmat).

Isu saham Felcra. Saham Felcra bukan untuk orang Kampung Merting saja. Pada pengambilan saham Felcra yang pertama dan kedua terdapat 70 orang Kampung Merting dapat. Isu yang dibincangkan ini ialah yang ketiga baru-baru ini. Betul dari 22 calon saham Felcra dari Kampung Merting hanya 4 saja dapat baru ini 15/10/10. WZWH ingin menegaskan disini nama-nama yang dapat itu telah diputuskan dan dimuktamadkan oleh MMK EXCO Pahang pada bulan Februari 2008 lagi( YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak menjadi wakil rakyat pada bulan Mac 2008). Itu keputusan yang telah dibuat sebelum pilihanraya PRU 12 dan dimuktamadkan oleh MMK EXCO Pahang. YB Dato' Wan Amizan tidak boleh mengubah senarai yang telah diluluskan. WZWH akui ada lagi 22 orang Kampung Merting yang belum mendapat saham Felcra. Nama-nama itu perlu disahkan dan dimuktamadkan oleh MMK EXCO Pahang. Berkenaan isu lain WZWH tidak nampak salah kalau Tok Empat dapat saham Felcra. Soal Penghulu jual borang saham Felcra RM100 itu WZWH tidak tahu dan sesiapa yang ada bukti tolong bawa ke depan. WZWH mahu mengingatkan senarai-senarai yang telah diluluskan itu telah diputuskan lagi sebelum YB Dato' Wan Amizan menjadi wakil rakyat DUN Tahan. Harap semua rakyat Tahan jelas dan terang dengan isu ini.

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Pang5 Banir hendak bercakap dari segi ilimiah sedikit. Minta rakan2 bantu jika salah. Maklumlah Pang5 Banir ni, kerjanya mencari banir dan menjual banir sahaja. Beberapa posting Pang5 Banir sebelum ini bercakap loghat Ulu Tembeling, kerana terlalu syangkan masayarakat Ulu Tembeling dan pemimpin yang dilahirkan di kawasan pedalaman tu.

Pang5 nak mulakan sedikit mengenai politik...!!!.

Negara Malaysia masih mengekalkan kuasa politik dengan undi majoriti akan menjadi pemerintah. Pang5 Banir ulang sekali lagi, undi majoriti akan menjadi pemerintah. Tak kira negeri mana sekali pun. Apa yang kita ketahui beberapa negeri di Semenjanjung spt. Kelantan dikuasa oleh PAS, Selangor oleh Pakatan Rakyat (PKR/DAP/PAS), Pulau Pinang (DAP), Kedah (PAS). Negeri2 lain spt. Pahang masih dibawah kuasa UMNO/Bn (Majoriti UMNO) dan ber Menteri Besar orang Melayu. Ringkas kata Negeri Pahang yang luas dengan hasil mahsul itu masih dibawah kuasa politik orang Melayu. Alhamdulliah.

Pang5 Banir berhenti dulu setakat itu, tak manis nak cerita banyak2 kerana tua UD nak beri peluang sama orang lain. Tk.

chenerong ular said...

HARAPKAN PAGAR,PAGAR YANG MEMAKAN PADI,HARAPKAN SOKONG,SOKONG MEMBAWA REBAH,ORANG DI PERINGKAT ATASAN MENGATAKAN RASUAH INI DI LAKUKAN OLEH RAMAI PENJAWAT AWAM,MEMAMG BETUL,ITU TAK BOLEH KITA NAFIKAN,JANGAN MENUNDING JARI KE PENJAWAT AWAM SAHAJA,TENGOK DIRI KITA SENDIRI DULU WAHAI PARA PEMIMPIN2 ATASAN DAN BAWAHAN,CUBA KITA LIHAT DI PERINGAKAT KEMENTERIAN,DAERAH,HATA KAMPUNG2,CARA DAN HARTA MEREKA,GERUN KITA NAK MENGIRA,DARI MANA WANG DIPEROLEHI,INI YANG MEMPUNYAI KUASA,tak semua. GAJI KITA BOLEH KIRA BERAPA SEBULAN,BINI DUA KEKADANG TIGA,KALU TANYA MUSA PETAI PUN DIA DAPAT MENJAWAB DENGAN TEPAT dari mana punca keawangan yang diperolehi,INSAF LAH WAHAI PEMIMPIN2,BESAR KE, KECIK KE?,JIka sekarang ini kita makan rasuah ,atau kita meminta sesautu dari sesaorang,hentikan lah,selalunya kita mengunakan KUASA KITA UNTUK MEMPENGARUHI SASAORANG YANG LAIN yang juga mempunyai kuasa,BERTUJUAN MENDAPATKAN SESAUTU UNTUK KITA ATAU UNTUK ORANG LAIN YANG TAK BERHAK?.MENGINAYA ORANG2 YANG BETUL2 MISKIN DAN MEMBERIKAN SAHAM FELCRA KEPADA KUNCU2 KITA SAHAJA ATAU ORANG YANG TAK SEPATUT NYA DAPAT AKAN DI LAKNAT OLEH ALLAH S.W.T.TERIMA LAH PEMBALASAN NANTI...WASALLAM

uRag dRrulug said...

WZWH penasihat dasar politik dan ekonomi DUN Tahan yang tidak bergaji dan tidak juga berkelayakan, malang sungguh sdr menyandang jawatan itu dan lebih malang juga ADUN Tahan mendapat seseorang spt sdr. Tetapi yang teramat malang adalah sekelian penduduk dan Rakyat DUN Tahan kerana mendapat YB sedemikian ini. Dalam era moden ini kita bukan mahukan Tok Selampit atau tokoh penglipurlara seperti WZWH yang selama ini saya lihat tidak bercakap diatas bumi yang nyata. Sedarilah hakikat bahawa semua rakyat sudah bosan dengan tokoh penglipurlara begini serta YB yang membuat ladang tebu ditepi bibir. Selama ini UD hanya membuat komen secara sindiran dengan harapan YB dan kakitangannya (WZWH juga) akan dapat menerima teguran sinis dan berubah namun ianya hanya sia-sia belaka. Mungkin selepas ini UD terpaksa lakukan sesuatu yang tidak lagi berselindung supaya mereka akan mudah faham dan berubah. Terima kasih kepada semua sahabat dan saudara UD yang rela bersama-sama berjuang walaupun hanya dengan kata-kata, mari kita teruskan perjuangan kita demi agama, bangsa dan negara. Memang telah nyata bahawa blog UD sudah menjadi suara resmi anak-anak pedalaman bukan saja di Ulu Tembeling bahkan di seluruh DUN Tahan. Terima kasih semua.

chenerong ular said...

soalnya yang betul2 layak dapat saham kita tak mempertikaikannya,tok 4 miskin jika dapat tak menjadi masaalah,bini tok penghulu dapat kalau miskin tak menjadi masaalah,akak,adik,mak tuk penghulu dapat kalau miskin tak menjadi masaalah bagi kami kerana dimaq kata layak,walau pun dua tiga empat urang sdik beradik dapat tak menjadi masaalah,dah jadi dasar kerajaan,jangan berselindung dengan keputusan MMKN LAH,ORANG BUKAN BODOH,Bercakap benar lah,berilah kepada yang hak,yang betul2 miskin TEGAR,BINI TUK PENGHULU,BINI CIGU JUGA BERKERJA MISKIN KE?,KERANI PEJABAT TANAH DAN DAERAH LAKI BINI BERKERJA MISKIN KE?,MASAALAH MELANTIK TOK 4 PUN SAMA,DULU DAH ADA SUARA ORANG2 KAMPUNG YANG TAK PUASHATI LANGSUNG TAK MAU DIDENGARI,TANGGUNG LAH KAMU KAMU SEMUA DI AKHRIAT NANTI,POLITIK INI MEMANG JIJIK.....................

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam CU,
Nama-nama penerima saham Felcra adalah yang diputuskan oleh pengurusan DUN Tahan lama sebelum PRU 12 dan dimuktamadkan oleh MMK EXCO Pahang. ITU FAKTA. Selepas ini akan ada pengambilan peserta saham Felcra baru yang dibawah pengawasan WZWH dan YB Dato' Wan Amizan 100%. Harap CU dan UD dan beberapa pengkritik sosial DUN Tahan JANGAN EMOSIONAL dengan KEPUTUSAN SEBELUM PRU 12. YB Dato' Wan Amizan akan perbetulkan. 18 pemohon saham Felcra Kampung Merting itu akan mendapat juga akhirnya. Kita akan selesaikan segala permasalahan ini. JANGAN RIBUT TIDAK TENTU ARAH. Kepada UD memahami politik saham Felcra amat mudah. Secara metaforanya kerajaan tawar 10 yang minta 100, macamana nak layan. Sudah tentu 90 lagi akan marah tidak puas hati. Dan mungkin pangkah PAS. Kadang-kadang WZWH fikir saham Felcra ini sebenarnya banyak memberi lebih masalah sebab semua orang mahu, semua orang tidak boleh terima kenyataan mereka tidak dapat. Jika pengagihan tidak betul maka itu tidak adil. Untuk membetulkan ketidakadilan ini maka orang Kampung terus chop YB pun tidak adil walaupun YB itu tidak terlibat kerana bukan pada masanya. Bila YB mahu menyelesaikan masalah, orang Kampung tidak sabar mahu cepat saja. Dan pengkritik sosial DUN Tahan terus bercakap benda yang mereka tidak dapat maklumat sepenuhnya.

uRag dRrulug said...

WZWH, ong tak faham keseluruhan isu. Selain dari yang berhadk dapat tidak dapat isu lainnya adalah yang tidak berhah/patut dapat sudah dapat. Kenapa tidak jelaskan tentang pegawai kerajaan yang dapat? suami isteri juga dapat? Cik gu juga dapat? suku sakat Penghulu dan Tok Empat semuanya dapat? Isunya adalah ketidak adilan, yang mana patut didahulukan yang mana boleh dikemudiankan! Kita tidak kisah pegawai kerajaan, cik gu dan semua orang dapat tetapi dahulukan yang lebih perlu. Dan jangan sebut pasal keputusan ADUN dahulu atau sebagainya kerana mereka tetap wakil rakyat UMNO juga. Soalnya pemimpin UMNO korup dan dibenci rakyat. Awak dan ADUN awak lebih baik diam saja daripada menambah sakit hati rakyat marhaen!

chenerong ular said...

salam,wzwh,kenapa bercakap bukan masa nya yb yb tak boleh campur tangan,orang lain yang buat keputusan,jangan nak tipu masayarakat lah,jika undang2 yer tak boleh di ubah itu pun ada juga penguatkuasa undang2 menipu.Jika ingin meminda undang2 betulah tak boleh sebarangan kena bawa ke PARLIMEN TERLEBIH DAHULU,ini kan keputusan yang tak betul yang dibuat oleh orang terdahulu dari kita,tak dapat ke ? yb yb baru nak membatalkan keputusan tersebut yang terang2 membuat rakyat marah. Seperkara lagi yang di utarakan,seolah oleh orang semua tak puashati hati dengan cara pemberian saham felcra,memang betul!!!,saya yang tak pernah memohon pun tau kelayakan saya,jika dah habis gulongan miskin tegar miskin,peserta pprt di beri saham tak kiralah saham apa sekali pun yang percuma,jika ada lagi rakyar bersunggut memang gilalah gulungan rakyat tersebut,ini tidak pemberian dibuat 20 % rakyat yang miskin dapat,80 % diberikan pada yang bergaji tetap,kroni yang berpendapatan tinggi,tok penghulu,tok 4 dan lain yang sama waktu dengan nya.CUBA FIKIR,SIAPA YANG BERFIKIRAN SEMPIT,YANG TAK BETUL DAN GILA?,ADAKAH RAKYAT YANG MISKIN DAN MERSAKAN DIRI MEREKA LAYAK,ATAU PUN YANG MEMPUNYAI KUASA MEMBERIKAN SAHAM FELCRA TERSEBUT KEPADA ORANG2 YANG TAK LAYAK,MEMBERI PADA KRONI KE,SAHABAT KE?.POKOK NYA MEREKA2 ITU TAK LAYAK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ORNAG2 MISKIN YANG MASEH RAMAI LAGI,JIKA ORANG MISKIN DAH HABIS BERI,TAK KESAH AWAK NAK BAGI PADA SIAPA KE ?,PM,TPM DAN MB BOLEH BERI SAHAM FELCRA JIKA ORANG MISKIN DAH HABIS DI BERI,SAYA CADANGKAN AGAR YB YB MENGUSULKAN KEPADA KERAJAAN AGAR PENERIMA SAHAM FELCRA DI MASUKAN NAMA DI BAWAH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT AGAR MEREKA2 DAPAT BANTUAN RM300 SEBULAN KERANA DIBAWAH PARAS KEMISKINAN,TERMASUK AHLI2 MAJLIS DAERAH.ALASAN YANG TAK MASUK AKAL..WASALLAM

Buntat said...

Wahai WZWH. Janganlan ong nak memperbodohkan orang. Sabarlah ong tu lebih bodoh dari kami.
Hakuk nak cerita sikit tentang pengagihan saham Felcra. ONG kata keputusan telah di buat oleh MMK EXCO PAHANG. Ngapa mereka ini tahu benar orang yang layak menerimanya.
Hakuk nak tanya sapa bagi senarai nama-nama tersebut. Hakuk tahu Pengerusinya MB kan. MB kenal pastike nana-nama tersebut?. Kalau ong tak tahu janganlah buat tahu. Kononnya mewakili Dato' Wan Arimizan. Dato' hadirke masa tu?.
2. WZWH menyatakan orang yang tak dapat dia mengundi PAS. Ini tak timbul kerana mereka-mereka ini bukan rakyat malaysia ke?. Ini yang tak betul. Salah konsep. Tak tahu macam mana mak menarik orang untuk menyokong kita. Kalau tak bagi WZWH tahu akibatnya. Sudah pasti mereka nagitif tentang pemerintah sekarang dan berterusan. Bukan setakat itu dia menjadi VAIRUS boleh merebak dengan aktif.
HAKUK INGINKAN KEJUJURAN. JANGANLAN MEMPERBODOH-BODOH ORANG. JANGAN JADI BODOH. HAKAK TAHU SEGALA-GALANYA TENTANG PENTADBIRAN KERAJAAN SEKARANG.
HAKUK TAK NAK ORANG KAMPUNG DIPERBODOH DENGAN ONG.