'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, October 16, 2010

PELAN (ASAS) PEMBANGUNAN EKO-PELANCONGAN ULU TEMBELING

Sekumpulan Pelancong Asing berkhemah di Jeram Perahu



Saya berpendapat - jawapan kepada komen-komen yang diberikan pada posting 'Membangunkan Kompleks Pelancongan Jeram Perahu' adalah lebih sesuai dijawab dengan lebih lengkap untuk mudah difahami. Ianya juga boleh diperhalusi lagi dengan pertambahan pendapat dan pandangan baru dari komen berikutnya nanti;

1.      Kita setuju bahawa kawasan pesekitaran Ulu Tembeling kaya dengan sumber alam semulajadinya dan sangat sesuai untuk dimajukan sebagai satu destinasi pelancongan baru negeri Pahang yang berasaskan dan berkonsepkan eko-pelancongan.

2.      Kita percaya bahawa jalanraya akan siap dibina dalam masa beberapa tahun ini, yang akan menghubungkan kawasan Ulu Tembeling dengan bandar Jerantut serta bandar lainnya di negeri Terengganu dan laluan tersebut bakal menjadi penting kerana memendekkan jarak perjalanan dari Ulu Terengganu ke Kuala Lumpur. (Sepertimana laluan Kuala Berang – Gua Musang – Brincang – Simpang Pulai)

3.      Kita juga percaya bahawa apabila jalanraya berkenaan siap dibina, kawasan Ulu Tembeling tidak lagi dianggap kawasan terpencil kerana boleh dihubungi dengan cepat dan mudah dan dari pelbagai arah.

4.      Oleh yang demikian, destinasi pelancongan Ulu Tembeling akan dengan mudah dilawati dan boleh menjadi tarikan utama, terutamanya apabila kita mampu mempromosikannya dibawah jenama ‘Taman Negara’ yang sudah termasyur serata dunia.

5.      Bagaimanapun, sedapat yang boleh dan seberapa banyak yang boleh, penduduk Ulu Tembeling harus diberi kefahaman mengenai industri pelancongan itu sendiri serta peranan yang boleh mereka mainkan. Justru kursus-kursus dan pengenalan mengenai pelancongan perlu diberikan kepada setiap penduduk. Mereka harus sedar hak mereka dalam dasar eko-pelancongan negara.

6.      Projek Pelancongan harus dimulakan dengan pengenalan program ‘homestay’. Penduduk terpilih akan diberikan kursus mengenai pengendalian ‘homestay’ serta bertanggungjawab mendendalikan ‘homestay’ dikampong masing-masing. Ini adalah cara yang lebih afdal untuk menghayati industri pelancongan.

7.      Ini dituruti dengan pembinaan semula kompleks Pelancongan Jeram Perahu. Pengendalian kompleks Jeram Perahu akan menjadi lebih mudah bila semua atau ramai pihak sudah benar-benar faham tentang industri pelancongan.

8.      Agensi kerajaan khususnya Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dengan bantuan Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, perlu berusaha bersungguh-sungguh mempromosikan destinasi ini sebagai destinasi (utama) baru negeri Pahang dengan menerbitkan risalah-risalah serta mengedarkannya.

9.      Promosi dengan memasukkan maklumat mengenai destinasi ini didalam buku panduan pelancongan ‘Guide Book’ seperti Lonely Planet, Let’s Go, Rough Guide dan sebagainya perlu juga cuba dilakukan, walaupun ianya sedikit sukar kerana buku-buku berkenaan diterbitkan diluar negara dan penulisnya tidak mudah untuk diminta menulis apa yang mereka tidak ingin tulis, bagaimana pun pendekatannya masih ada.

10. Dan yang lebih penting adalah menyiapkan destinasi ini sendiri supaya menjadi sebuah destinasi yang akan menjadi tarikan pelancong. Dalam kontek ini kita harus melihatnya sebagai satu komponen iaitu ‘Jeram Perahu dan Persekitaran Ulu Tembeling’:

i)  Produk pelancongan sokongan di persekitaran Ulu Tembeling adalah ‘Homestay’ dengan diperkuatkan oleh pertanian dan perikanannya jika ada.

ii) Produk Pelancongan utama adalah Komplek Pelancongan Jeram      
Perahu. Ianya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya adalah pengangkutan bot, penginapan – chalet dan kawasan perkhemahan, air dan letrik, pemandu pelancong,

-   Selain itu aktiviti pelancongan juga harus diambil kira. Oleh yang demikian, selain dari aktiviti memancing dan berkelah yang boleh dilawati dengan bot, beberapa aktiviti lain juga harus dibangunkan dengan membina beberapa rentis hutan (trail) serta laluan 4x4.

-   Dengan itu kelak kita akan dapat mempelbagaikan aktiviti pelancongan sewaktu berada disana dari menaiki bot, memancing, berkelah, jungle trekking, offroad adventure (4x4), mountain biking, white water rafting dan sebagainya.

-   Disamping membangunkan industri pelancongan kita juga mampu memperlindungi hidupan akuatik khususnya ikan dengan adanya pengawasan dan kawalan yang lebih teratur terutama apabila kawasan tertentu dijadikan kawasan santuari dan konserversi.


11.Kita mampu lakukannya asal kita benar-benar ingin melakukannya secara jujur dan ikhlas. Berikan kepentingan rakyat ditempat pertama. Sudah tentu industri pelancongan mampu menjana ekonomi penduduk tempatan sekiranya mereka terlibat sebagai pemain dalam industri ini.


Aku dorh bukok jalanth ke gon. Mudoh amat YB kalau dieq ambil iniq jadi panduan mudel pembangunan pelancongan de DUN Tahan. Tapiq, seperti biase larh yok?, natiq urag akan kata; ishh! Aku dorh ade perancang…. begitu jugeq….aku dorh pikir lame dorh…… Tapiq tork kisoh larh, cadangan aku ini iklas. Kalau nork banyok lagiq, kene larh jeput akuq dalap mesorat gon tu!, hehehehe! Kalau jadiq ‘think tank’ aku nork, tapiq ame kalau jadiq ‘septik tank’ tork amboh larh aku nye!

4 comments:

Anonymous said...

Cu-cu Atok.
Salam UD.
Akuq sukong amat apa yang ong tulih tu... yang penting pada akuq urang
drrulug mendapat feadohnya dan diberi peluang sebesar mungkin. jangan nanti urag luar yang kaut untuongnya....
Ni... ada satu cerita hangat berlaku di Dun Tahan ni. Ketidak adilan YB Dun Tahan terhadap genarasi muda/penduduk Kg. Merting. Ceritanya begini.... Pengambilan peserta FELCRA KG. MERTING utk kali kedua telah dilakukan pada hari Jumaat (15/10/10).Seramai 22 orang peserta telah dipilih. Tapi malangnya hanya 4 orang sahaja penmduduk Kg. Merting yang dipilih. 18 peserta lagi bukan dari kampung Merting.terdapat lebih dari 20 orang penduduk Merting yang telah ditemuduga dan dikira layak untuk dipilih sebagai peserta felcra.Dari senarai nama peserta yang berjaya tu... ada macam-macam urang. Ada bini penghulu.ada tok 4 dlm Dun Tahan.Ada urang pejabat Tanah....Jadi,akuq mintok ong bongkorkan hal ini. Tanya WZWH tu apa dah jadi. dan akuq dengor-dengor ada individu yang nok panjangkan hingga ke Istana Pekan. Ong tulung york!!!!.

Anonymous said...

Salam Cu-cu Atok.
Macam tu rupanya. Tak patut betul.
Aku ada satu cerita tentang Felcra.
Saya dapat tau TOK PENGHULU Jual borang Felcra RM100. Tak taulah PEMIMPING Sekarang.
Saya harap UD dapat menyiarkan berita-berita ini

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Inilah yang dikatakan pemimpin polek2taik. Kawe juge dapat tahu serba sedikit mengenai pemberian rancangan tanah felcra tembeling tengah kawasan kg padang kuala tahan. Ada orang bebini dua pun dapat rancanagn tu rumahnye pun berdekatan ajeh jadi senangloh nok bergilir malam ni hok mane malam esok hok mane pulak. Yang membahagikan burang tu toktawloh sapenye, tapi mestiloh urang tuh urang bepengaruh juge. Kalar tidak tokkan nye buleh dapat, begitulah malangnye nasib simiskin.

Pang5 Banir... nok mitok jugok rancangan di Ulu Temeling kalar buleh di kg pagi ke kuala sat ke...

chenerong ular said...

habis saham felcra der monopoli oleh saudara mara tok penghulu,yang kat merting berapa kerat haja urrang yang betul layak,urrang mereting berapa urrang,sedara mara penghulu kawasan turk,hok k tahan pun sama,ornga pejabat tanah dan daerah tinggal sikit jer yan belum dapat,cuba siasat,barapa ramai urrang luar dapat dan berapa ramai urrang tempatan yang dapat hok betul2 miskin,dok usah kita silidik hok tempat lain,sama jer,kakitangan kerajaan yang ramai dapat,hok memunggut pucuk paku untuk jual tak dapat pun,keryan demaq,beliwat amat buat ke urrang miskin,dimaq terima lah pembalasan di AKHRIAT NANTI.