'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, October 14, 2010

SIAPA YANG MAMPU MAJUKAN KAMPONG KITA?

Foto kredit kepada: tokgajah.com

Foto kredit kepada:  fotomedia.com.my

1. WZ dah nampak kurang minat posting atau dah tak fokus serta hilang konsentrasi. 2 posting terkini cerita pasal Sang Kelembai. Lucu bila (kununnya) pemimpin besar bercerita pasal perkara kecil. Patut ulas isu global, atau nasional khususnya apa yang PM perkatakan. Ulas juga tentang PM kata Cina bukan kaum pendatang dalam masa sama Nazir kata dia keturunan pendatang dari Indonesia. Rakyat jadi keliru. SPU kata kalau begitu tukar saja negara MALAYsia ini kepada CINAsia.....(?)

2. Dulu kita ada Penghulu Razak, yang berusaha keras memajukan pelancongan di Jeram Perahu. Ketika itu banyaklah pelancong luar dan dalam negara yang datang melawat dan tinggal di Jeram Perahu. Saya masih ingat ada beberapa buah Chalet (Syele) yang dibangunkan dengan kerjasama kerajaan tempatan. Malangnya kita menganggap Penghulu berkenaan tidak jujur dalam tugas. Kita pun berharap supaya akan dapat seorang Penghulu dari kalangan kita sendiri, yang akan berusaha lebih keras memajukan kampong dan sangat bertanggungjawab kepada penduduk kampong kita.

Maka ketentuan takdir Allah kita dapat apa yang kita hendak. Maka (uhuk!..uhuk!..) ( Ini bunyi batuk lah ni) kita dari kalangan kita sendiri. Apakah ini (uhuk!..uhuk!..)  lebih baik dari yang lalu? Komplek Pelancongan Jeram Perahu kini sudah habis musnah (uhuk!..uhuk!..) rebah menyembah bumi kerana yang ada sekarang ini tidak ada kecenderungan terhadap pelancongan bahkan (uhuk!..uhuk!..) mungkin juga tidak ada kecenderungan untuk membangunkan kampong. Semua orang (uhuk!..uhuk!..) sedari hakikat ini. Jadi apakah lebih baik kita ada orang dari kalangan kita yang (uhuk!..uhuk!..) (Aih! batuk sangat ni, kena minum ubat batuk sikit tu) tidak membangunkan kampong kita dari orang luar yang berusaha keras membangunkan kampong kita? (uhuk!..uhuk!.) (Batuk lagi? Banyak minum ais batu gamaknya ne?)

3. Pelancongan Jeram Perahu boleh dan mesti dibangunkan semula. Mungkin atas nama koperasi penduduk kampong atau sebagainya. Gajikan mereka yang mahir dalam pelancongan dan  benar-benar berhasrat untuk membangukan komplek pelancongan Jeram Perahu itu serta berminat membangunkan kampong. Pasti ada yang begitu. Peluang untuk maju juga pasti ada berikutan kecenderungan masyarakat untuk melawat kawasan pedalaman yang indah dan tidak tercemar (?). Tercemar?...pencemaran harus dikurangkan dan dielakkan terus. Jangan lagi ada pembalakan. Dalam masa sama mampu mengawal populasi ikan-ikan bagi bekalan masa akan datang. Segalanya harus dirancang dengan teliti. UD boleh bantu pihak berkenaan jika mereka inginkan pandangan dan kerjasama, malang UD bukan kroni, sudah tentu tidak akan dipanggil untuk sebarang perbincangan.

Kampong kita (Ulu Tembeling) perlukan pemimpin yang berusaha keras memajukan kampong. Bukan setakat bijak pandai cerdik dan pintar tetapi yang hati nuraninya berbunga didaerah pedalaman ini. Banyak musang yang berbulu ayam tetapi tidak ada ayam yang berbulu musang. Perhatikan sekeliling kita, atas nama pembangunan, siapakah yang sebenar-benarnya mendapat faedah secara langsung darinya? Mungkin kerana saya bukan kroni jadi saya banyak berbunyi....tapi saya menyatakan sesuatu yang benar.

Haih oih!!!  Segala prujek derulug, puok dimeq hajeq yang dapart yok? Urag laen tarok ke? Urag laen tarok be-lisen kuntrek ke? Kalau beri ke gon 10 taun lagiq, musang pon tarok bebuluq natiq..Uhuk!..uhuk!..ishhh! Batuk juga larh akuq neh!

7 comments:

Anonymous said...

salam UD
kalau tak silap usaha membina prasarana pelancongan di jeram perahu tu zaman yb dato' chu rahimah, seorang yb yang bukan berasal dari sebelah senun..

untuk dun tahan, pemimpin-pemimpinnya patut dipilih dari orang luar yang tidak berkepentingan barulah usaha-usaha pembangunannya dapat dilakukan dengan rancak, cuntuhnya seperti UD dah maklumkan; penghulu razak yang sama-sama membangunkan jeram perahu dengan bekas yb dato' chu adalah bukan anak tempatan, tetapi apabila digantikan dengan penghulu tempatan yang diharapkan dapat meningkatkan pembangunan tak menjadi kebenda, semuanya langsai...

saya sangat setuju usaha memulihkan destinasi pelancongan jeram perahu dilakukan kerana sekurang-kurang mungkin boleh memberi peluang pendapatan kepada penduduk berhampiran dan membuka mata pelancong samada dalam atau luar mengetahui keindahan alam semulajadi

Pendekar said...

orang melayu memang tak pernah hilang perasaan dengki pada orang lain.last last sendiri yang rugi.

chenerong ular said...

Slam UD,jika perujek ada?,wang pun ada masuk!!!,tak kira apa akan jadi selepas itu,PEMIMPIN2 YANG BAIK MERPERHALUSI DAHUL SEBELUM MELULUSKAN SETIAP PERUJEK,fikir dulu perujek itu berdaya maju ke tidak?,PULANGAN KEPADA MASYARAKAT,BERBALAU KE TIDAK,sebagai contoh HANYA 2O MURID DIRI KAN SEKULAH JUTA JUTA NILAI RM NYA.ITU SAJA YANG KITA PERTIKAIKAN,BUKAN KITA MENOLAK PEMBANGUNAN?,PEMBAZIRAN KOS BOLEH MENAMPUNG PERUJEK LAIN. JANGAN MEMIKIRKAN ADA PERUJEK BESAR NANTI UNTUNG PUN BESAR PADA PELOBI,PEMAJU PATUT DAPAT UNTUNG KERNA DIA MENGELUARKAN MUDAL.JADI PILIH LAH PEMIMPIN2 YANG TAU UNTUK MENDAPATKAN PERUJEK SEPADAN DENGAN KEADAAN SEMASA SETEMPAT DAN TAK ADA NIAT NAK KEREKEOK KEUNTUNGAN KE LAIN..... WASALLAM

Buntat said...

Salam UD. Sekarang ni dah jadi trend projek kebanyakan dapat pada kroni dia saja. Yang lain melopong aja. Kesihan kat yang lain.
Ramai cerdik pandai disini tapi malangnya mereka ini tidak benar-benar ikhlas untuk fikirkan peningkatan ekonomi orang kampung. DEMEQ ni pentingkan poket sendiri aja.

HAKUK HARAP KEPADA KAUM BIJAK PANDAI DI KAWASAN UD SAMA-SAMA FIKIRKAN PEMBANGUNAN EKONONI KAMPUNG. SAMA KITA BANGUNKAN.
BOLEH TAK?????????????

Ri~Kuala Pengor said...

Salam semua,
Tiada org lain yg akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selain dari diri deme sendiri,,,Kite lah yg sepatutnya mengubah nasib kite..bukan ahli politik dan kroni2nya..jadinya jgn haraplah dan tak mungkin puak yg berkroni ini menukar nasib kite...jadinya, bersatu lah..jgn pandang duit yg di hulur, jgn percaya janji yg di tabur, jgn undi kalau tiada memberi manfaat....itu pandangan saya org yg tak pandai pulitik. Masalahnya terlalu byk aset kite telah di curi dan di cemari menyebabkan kite masih dan terpaksa menagih simpati dan bantuan mereka..sebab janji mereka menolong kita? Plan mereka utk diri mereka...plan kita org yg mengalami dan menghadapi kesusahan di hulu, sentiasa di pertimbangkan, walau pun duit kite rakyat malaysia yg di gunakan utk membayar gaji2 mereka....fikirkanlah..gaji yg di bayar tidak mencukupi utk mereka...sehinggakan sanggup mencuri hak kite dan memperdayakan kite...inikah PEMIMPIN?

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

Kawe tok fikir sanget, pasai nok bayar gaji, demeh tuh..., hok kawe dok fikir khazanah alam maya kurniaan Ilahi tuh dirobek rakus oleh kuasa polet2taik hok demeh tu ade. Mavang hok kawe sebutulah, sudah 53 taun kawe dok dibawah kuasa polek2taik apemende hok kite buleh. Hok kawe taunye air sungei temeling tuh bertambah keruh, dulu buleh tinguk ikan temelian berlaga, tapi skrang taik pun doh tok kenal rupa nye bertukar dengan air keruh tuh. Macang mane nok bagi 100% undi ke pemimpin polet2taik srupa tuh.

Sepatutnya kite doh berjumpe dengan pemimpin benar2 memperjuangakan kuasa politik, kite nih dah senang sangat doh, ni dok duduk semacang dulu juge...

Kawe ingat dulu ada seorang pemimpin (allahyarham) dapat pingat tuanku bagi ppn, amn, pjk, jp tak apa mendenye juge buat, tapi dok tayang pistol di pinggang di kampong bantal aje...

Pang5 Banir... masih sayangkan MUT.

nanieydotcom said...

saya nk komen saya rindukan kampung bantal je.. even duk kt situ kejap je tp byk benda yg saya belajar.. :)